Sunday, December 25, 2011

MuHasAbaH diRi...


بسم الله الرحمن الرحيم




pic pinjam...tq


Di mana DIA di hatiku...

"Bila ALLAH ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. 
Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagian yang hakiki."


saya: sudah adakah DIA dihati ini??

Sunday, December 11, 2011

ReHaT...


بسم الله الرحمن الرحيم


Salam untuk semua sahabat  'kehidupan sementara'
 Semoga sahabat sihat dan dirahmati oleh ALLAH...
^___^

"Pintu umah"  saya akan ditutup, mungkin hingga hujung tahun...
InsyaALLAH...mohon doa agar "urusan" saya  dipermudahkan oleh ~ NYA

Saya ada tinggalkan "citeer canteeq"  kat bawah...jom kita tengok ^__^





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini








saya: moga dipermudahkan...YA ALLAH

Monday, December 05, 2011

BaGaiMaNa kiTa?...


بسم الله الرحمن الرحيم







Salam untuk semua sahabat  'kehidupan sementara' 


Bumi mana tidak di timpa hujan. Manusia mana yang tidak pernah berdosa.
Tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam,
kita masih ada masa untuk jadikan hari ini dan
masa depan lebih putih berseri tanpa noda dosa.

Jika semalam diari harian dan bulanan terpalit warna hitam maksiat,
pastikan hari ini bangkit bertahajud merintih memohon keampunan daripada ILAHI.
Jika dulu bergelumang dengan dosa terasa manis dan bahagia, berpatah baliklah.
Jadikan dosa kini terasa pahit dan punca sengsara.
Jika zaman jahiliah akal terasa kosong dengan ilmu 
dan panduan untuk membezakan antara baik dan salah, 
binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dengan risalah wahyu iaitu al-quran dan hadis.

Moga warna hitam yang kita corakkan dulu kini mampu
kita lunturkan dan padamkan secara bertahap.
Biar merangkak, biar bertatih asalkan langkah menuju ILAHI sentiasa maju ke hadapan.
Moga dengan itu, kita menjadi insan terpilih untuk 
bahagia menikmati anugerah syurga abadi.

(sumber: masa silam yang kelam - solusi)

saya : cermin diri untuk sedar diri...