Tuesday, July 03, 2012

SenYum...




بسم الله الرحمن الرحيم  

Bertemu semula di ruang yang tiada sempadan ini,
mudah-mudahan hari ini dan hari-hari yang mendatang akan dilalui
dengan ketaatan kepada ALLAH,
serta menjauhi laranganNYA.
 Semoga sahabat semua sihat dan dirahmati oleh ALLAH...
^___^

Akhirnya saya dapat gerakkan jari-jari saya untuk menekan
huruf2 di papan ajaib niii...
lamanyee menyepi...masa tak sesuai...keadaan yang tak mengizinkan...
yeee semuanya berlaku dalam diri saya untuk tahun 2012...
pusing kiri, pusing kanan dah enam bulan berlalu,
kalau tanya pada hati yang baik...terlalu sikit mengutip hasil untuk 
di bawa pulang nanti...
kalau tanya pada hati yang jahat...sudah pasti pelbagai jawapan
akan keluar dari mulut ini...
ada jeee alasan-alasan yang "terbaik"
yang pasti, hati kita patut berbisik
bersyukur atas apa saja yang ALLAH takdirkan,
bukan ketika menerima pelbagai nikmat,
bukan juga dikala menghadapi dugaan,
tetapi sepanjang masa dan ketika,
kita ini hambaNYA,
hidup kita tidak akan ke mana tanpa kasih dan sayang ALLAH
itulah kehidupan sementara...







saya: cermin diri untuk sedar diri...