Monday, October 24, 2011

BerSaMa TUHANku...

بسم الله الرحمن الرحيم







Salam untuk semua sahabat 
 ^__^

Errrmmm 'umah' saya 'bercuti' lagi , 
Alhamdulillah...kesihatan sudah ok, tapi masih makan ubat...

sebenarnyee tengok 'citer'  niii kat 'umah' sahabat saya, 
tapi cam teringin nak kongsi juga kat 'umah' saya niii....
mari kita 'renung'...


saya : cermin diri untuk sedar diri...

Tuesday, October 11, 2011

akHirNya...



بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah...
Bertemu semula di ruang yang tiada sempadan ini,
mudah-mudahan hari ini dan hari-hari yang mendatang akan dilalui
dengan ketaatan kepada ALLAH,
serta menjauhi laranganNYA.
 Semoga sahabat semua sihat dan dirahmati oleh ALLAH...
^___^

Sebenarnya sudah lama saya tidak melawat doktor di klinik,
oleh kerana sudah berhari-hari saya 'buat2 sihat'
akhirnya saya buat lawatan mengejut.

Kata orang bila usia kita sudah ke angka 30++ 
kesihatan kita juga pada tahap keuzuran, betul kee?
Setelah ujian darah diambil...inilah hasilnya
tapi keputusan yang sangat teruja, bukan naik sikit2
 tinggi tuuu...ujian dariNYA untuk saya
yang suka 'buat2 sihat'

Saya nak kongsi dengan sahabat, apa itu kolesterol ??


Selepas pemeriksaan, kolesterol darah saya didapati berada pada tahap tinggi. 
Kini saya sedaya upaya memilih makanan sihat. 
Selain itu apakah nasihat untuk mereka yang mengalami kolesterol tinggi?
Masalah kolesterol tinggi bukanlah penyakit tetapi memberi 
komplikasi yang digeruni iaitu meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok. 
Kolesterol berlebihan akan berkumpul dan membentuk plak yang menyumbat dinding arteri. 
Memandangkan timbunan plak ini terus bertambah dan makin menebal,
 aliran darah akan menjadi semakin perlahan dan mungkin terhenti.
Bagi mereka yang ingin mengurangkan paras kolesterol, perubahan dari segi gaya hidup dan cara pemakanan harus dilakukan, seperti:
* Mengurangkan berat badan sekiranya anda bermasalah dengan berat berlebihan. 
Untuk mengurangkan atau mengekalkan berat badan,
 kita perlu menggunakan kalori berlebihan daripada makanan
 dan mengurangkan pengambilannya mengikut jumlah yang diperlukan. 
Ini kerana apabila pengambilannya melebihi daripada tenaga yang digunakan, 
kalori berlebihan akan ditukar kepada lemak dan mengakibatkan pertambahan berat badan.
* Bersenam secara tetap 
(sekurang-kurangnya 30 minit senaman tahap sederhana,
 sekurang-kurangnya 5 kali seminggu)
 boleh mengurangkan kolesterol total dan kolesterol berbahaya (LDL) 
serta meningkatkan kolesterol baik (HDL).
* Merangkumi buah-buahan dan sayuran dalam hidangan harian
 (5 hidangan sehari) didapati boleh meningkatkan kolesterol HDL
* Berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok 
memandangkan merokok boleh merendahkan kolesterol HDL
* Memperbaiki cara pengawalan stres juga sangat dicadangkan.
Semenjak tahun 70-an, red yeast rice didapati berkesan untuk merendahkan LDL, 
trigliserida dan kolesterol total. Walau bagaimanapun,
 pilihlah red yeast rice yang dipiawaikan kandungan ekstraknya 
berbanding dengan yang tidak dipiawaikan yang sukar untuk diramal.
Red yeast rice terhasil daripada fermentasi beras dengan yis merah,
 yang memberikan warna merah gelap kepada nasi.
 Ia mengandungi monacolin yang menghalang aktiviti enzim HMG-CoA 
reductase yang terlibat dalam penghasilan kolesterol dalam tubuh.
 Dalam ujian ke atas 502 orang pesakit hiperlipidemia, 
ia didapati dapat menurunkan 17 peratus kolesterol total. 
Secara purata Kolesterol LDL diturunkan sebanyak 24.6 peratus
 dan serum trigliserida 19.8 peratus. 
HDL kolesterol meningkat sehingga 12.8 peratus dalam kumpulan rawatan.
Selain itu, vitamin E tokotrienol juga didapati memberi 
manfaat dalam mengurangkan paras kolesterol
 total dan jantung secara keseluruhannya.



"Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;

"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula. " ~~sumber:ustaz zahazan~~







saya : masih boleh ^___^


Tuesday, October 04, 2011

pAnDanG BeLakaNg LaGi...



بسم الله الرحمن الرحيم

Salam untuk sahabat 'kehidupan sementara'
 n3 pandang belakang lagi sekali...
^____^



20.07.2011 ~~ 23.07.2011
ho chi minh ( vietnam )


Sukanyee boleh duduk kat tepi tingkap, pergi n balik
Antara pic yang sempat saya tembak...



makanan kat tempat mereka...
makan kat sini, eeeerrmmm boleh jeee laaa...





mereka mencari rezeki...
























gelagat mereka ditengah bandarayanya...
3 orang naik motor bukan budak2 tuuu



aksi-aksi ketika nak keluarkan duuuiittt ^__^



bangunan di sekitar hotel...



Dua kali tembak ^_^
sebenarnyeee pic niii saya tembak selepas orang tembak...
pic niii kat muzium perang vietnam
suka masuk muzium niii coz 

1 - boleh menembak apa sajee ketika berada dalam muzium
2 - rasa 'sesuatu' bila melihat bahan2 yg 
di pamer masa perang vietnam dulu...
hanya mereka yang tahu...










Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi,
 dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, 
ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) 
bagi orang-orang yang berakal;

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri
 dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, 
dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi 
(sambil berkata): 
"Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, 
Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. 
 ~Al -imran 3: 189-191~


saya: tempat orang - bumi ALLAH