Wednesday, December 22, 2010

Semangat yang hilang...

بسم الله الرحمن الرحيم


Hampir dua minggu ‘kehidupan sementara’ berkubur…

rasa cepat bebenor masa berlalu…

sahabat saya pun dah balik dari Tanah Suci,

(terima kasih buah tangan dr jauh ^__*)

Semangat ku hampir-hampir nak hilang…kenapa yeee???!!!

Tarikh:-

10 Zulhijjah 1431H hingga 27 Zulhijjah 1431H

Suasana :-

Begitu meriah tahun ini buat keluarga di teratak 57,

keluarga dari Kedah,Mak saudara dari Kuching,

semua berkumpul…yang dah lama bebenor tak jumpa…

indahnya 10 Zulhijjah mengalahkan 1 Syawal 1431H…

terasa seluruh badan macam robot,

semua perkara nak kena fakir, semua perkara nak kena buat…

Aktiviti di luar yang tidak dirancang juga berlaku,

kita hanya mampu merancang,

tapi yang pasti ALLAH telah tentukan…


"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu

benar-benar menghalangi mereka dari jalan

yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk"

- Surah Az-Zukhruf 43 : 37


"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh

syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu"

- Surah Az-Zukhruf 43 : 62


Semangat saya :-

Bila kita bangun dari tidur, langsung kita tidak tahu

apa yang akan berlaku sepanjang hari yang kita lalui,

bila kita nak tidur dan muhasabah diri kita,

kita akan tersenyum atau menangis keseorangan

apabila memikirkan semula apa yang telah terjadi,

bukan kita tahu pun tapi ALLAH telah tetapkan untuk

kita, susah, sedih, gembira, menangis, tersenyum…

semua itu bukan kita yang aturkan,

aaaggghhhhh hidup yang hanya sementara

menunggu ajal datang menjemput entah bila,

macam-macam yang perlu difikirkan…

kekadang menyoal pada hati sendiri…bila nak habis niiii,

hati sendiri juga menjawab…

bila kita mengadap kematian…tapi jangan lupa!!!

Bila kita sudah berada dialam lain,

lagi banyak perkara yang perlu kita jawab,

duit 1 sen pun dipersoalkan…


Boleh lagi kee saya menulis blog yee?

kejap on, kejap off

takut nanti sahabat maya saya akan hilang...

eeerrrmmm...saya pun dah lama bebenor tak

berkunjung ke blog sahabat, maafkan saya...

Bila exam dan kerja saya udah selesai

(bila nak siap akaun niii)

saya akan muncul kembali

^___^

Semoga komen dari sahabat semua

(ada lagi kee yang sudi baca blog saya?)

akan buat semangat saya kembali pulih...


إن شاء الله


“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu:

dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya

dengan iman dan hidayah petunjuk)?

Dan Kami telah meringankan daripadamu:

bebanmu (menyiarkan Islam).

Yang memberati tanggunganmu,

(dengan memberikan berbagai kemudahan

dalam melaksanakannya)?”

- Surah Asy-Syarh ayat 1: 3.



Untuk sahabat maya saya:-

~ Adik Deena Farhana ~ semoga cepat sembuh dan dilindungiNYA

~ Dida ~ semoga gembira disamping Abdul Rahman yang sangat comel






harap2 saya tak sampai tahap cam kat video niii eeeaakk...


saya : ujian dari ALLAH untuk diri ini…

Friday, December 10, 2010

Hari saya...

بسم الله الرحمن الرحيم






pic pinjam...tq


Oleh kerana ada sahabat yg bertanya saya ambil periksa apa...
saya terpaksa sambung lagi n3 saya ^__^
nii laaa 'sekolah' saya belajar.
Walaupun usia dah meningkat tapi saya masih buta tentang al-quran...
Sebenarnya tahun ini adalah tahun ke-4
untuk semua pelajar, tapi tahun ke-3 untuk saya
sebab saya masuk kuliah niii pelajar lain dah belajar satu tahun,
Alhamdulillah...masa periksa yang lalu
saya masih boleh sambung lagi sehingga sekarang...
Ini adalah tahun terakhir saya...


saya: moga dipermudahkan...YA ALLAH

Tuesday, December 07, 2010

Salam Maal Hijrah...


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Maal Hijrah untuk semua sahabat 'kehidupan sementara'

Tika wajah penat memikirkan dunia maka berwudhulah.
Tika tangan letih menggapai cita2 maka berdoalah.
Tika bahu sudah tidak terdaya memikul amanah maka bersujudlah.

Sewajarnya begitulah sentiasa keikhlasan fitrah diri bagi
sebaik-baik kejadian makhlukNYA agar kita
sentiasa tunduk di kala yang lain angkuh,
terus teguh di saat yang lain runtuh dan tegar
ketika yang lain terdampar...


saya: cermin diri untuk sedar diri...