Tuesday, January 31, 2012

HaRi TeRakHiR...

بسم الله الرحمن الرحيم




tq (",)


Salam buat sahabat kehidupan sementara...

Sebenarnya dah ada yg menegur..."kehidupan sementara" asyik C & P jeeee...
macam laaa 'dia' tak tau yang kita niii 'buat-buat sibuk' 
aduuusss kerja belom selesai...esok sudah bulan ke dua untuk tahun 2012...
nasib baik kelas belom bermula...
bercuti sakan...yang empat segi tuuu langsung tertutup...
kesian saya, ilmu dibiarkan...

Januari 2012...
Banyak meninggalkan kenangan...
...senyum.....tangisan......debaran...
25012012 sahabat jauh di utara tetiba muncul...rindu
jazakalah yunie sudi telefon n jumpa, walaupun masa yg begitu singkat...
29012012 makhluk perosak cuba mendekati...
jawapan yang ringkas
saya tidak mahu tahu dan tidak akan tanya apa2...titik

Feb 2012 akan bermula...


Ya ALLAH
banyak sekali impianku...
namun dosa yang menggunung membuatkan
hamba rasa malu bermohon padaMU...
Ya Rabb,
Kau amat suka pada hambaMu yang berdoa padaMu...
hamba akan terus memohon padaMu..
moga Kau meredhai impianku sebagai perancangan
yang telah Engkau takdirkan untukku…
permudahkanlah Ya ALLAH

Friday, January 27, 2012

NoTa JuMaaT...


بسم الله الرحمن الرحيم


tq (",)

ALHAMDULILLAH...
bertemu lagi di hari Jumaat terakhir di bulan Jan 2012
^__^

Tiada paksaan...tanya hati kita...


saya: cermin diri untuk sedar diri...

Monday, January 23, 2012

MuSaFiR...


بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji hanya bagi ALLAH Yang Maha Perkasa Lagi Maha Memelihara.
Bersama rasa kasih sayang yang ALLAH salurkan dihati ini, ingin sekali aku menzahirkan apa yang ALLAH titipkan pada tiap langkah dalam aku mencari redhaNYA.
Titipan ini adalah semata-semata kerana ALLAH, kerana melaluiNYA nikmat ini ku rasakan sekalipun disulami pahit getir dalam perjalanan yang sedang aku atur dengan izin dariNYA.
Wahai Si Musafir Hina dibumi Tuhan...
Perjalanan kita ini sebenarnya satu perjuangan.
Perjuangan yang menggunakan akal fikiran.  Perjuangan yang memerlukan matlamat untuk mengecapi tujuan. Perjuangan yang sering ditewaskan nafsu dan pujukan.
Tidak semudah omongan, "Mengecapi iman berlaku andai kita mengenal Tuhan".
Percayalah, kesulitan dan kesedihan itulah perjuangan.  Sedang nikmat ganjaran dan kegembiraan itu adalah kemanisan yang ingin kita rasakan.
Wahai Si Musafir Hina dibumi Tuhan...
Aku juga adalah insan.
Insan yang tak terlepas dengan ujian.
Insan yang sentiasa bergantung denganNYA yang memiliki tiap perlindungan.
Tidak bererti, nasihat dan ungkapan kekuatan yang sering ku lahirkan, menggambarkan aku ini hamba yang patuh pada perintah dan sentiasa menjauhi laranganNYA.
Aku juga seperti kalian.  Seorang insan yang sentiasa memohon pimpinan.
Wahai Si Musafir Hina dibumi Tuhan...
Ketahuilah oleh mu, tiap dari kita ini sedang menempuhi perjalanan dunia.
Tiada pengecualian pada diri yang  punya jasad dan roh.  Selagi bercantum keduanya, selagi itulah perjalanan ini dilalui.
Namun, sedarkah kita hanya sedikit bilangannya yang mahu mengambil peduli untuk memahami perjalanan yang ALLAH aturkan ini?
Berbahagialah pada hati yang ingin memahami.
Bergembiralah pada jiwa yang sedang melayari.
Andai dalam pelayaran ini, diri diuji dengan lambungan ombak hingga ada ketikanya terlepas habuan yang telah kita perolehi, jadikanlah SABAR dan SYUKUR itu sahabat pada diri.
Adakala melalui sebuah kehilangan kita akan lebih memahami erti sebenar satu penghargaan.
Dan melalui kebahagiaan dan kesenangan bisa melucutkan rasa kesyukuran pada sebuah kenikmatan.
Inilah kita, manusia yang hanyalah hamba.
Terlupa dan terleka dengan ujian dunia.
Termakan hasutan dalam kita memohon pimpinan dariNya.
Astaghfirullah...
Sesungguhnya, bermusafir dibumi Tuhan punya kepayahan yang dihujungnya menjanjikan kedamaian.
Berusahalah, kerana Sang Pencipta tidak pernah memungkirinya.
Ada bahagia yang menanti kita disana.
Ada penawar disetiap kelukaan dalam perjalanan si musafir hina.
Andai hari ini, kita ditemani dengan titisan jernih dipipi, hanya kerana ingin mencapai redha dan janjinya, tangisilah ia dengan penuh cinta.
Moga Rahmat dan Cinta dariNYA sentiasa mengiringi perjalanan si musafir hina dibumi Tuhan... aamiin Ya Rabbal'aalamiin.
"ALLAH, Engkau dekat penuh kasih sayang.
Takkan pernah Engkau biarkan hambaMU menangis..."
Subhanallah.
sumber ~ iluvislam.com ~
saya: cermin diri untuk sedar diri...








Friday, January 20, 2012

NoTa JuMaaT...




بسم الله الرحمن الرحيم

ALHAMDULILLAH...
bertemu lagi di hari Jumaat yg mulia
^__^




tq (",)


~ Ujian itu tarbiah kehidupan ~

Setiap ujian yang ALLAH bagi pasti ada hikmahnya...

Semakin ALLAH sayang kepada seseorang hambanya...

Semakin kuat ujian buatnya



saya: cermin diri untuk sedar diri...


Friday, January 13, 2012

NoTa JuMaaT...


بسم الله الرحمن الرحيم


ALHAMDULILLAH...
bertemu lagi di hari Jumaat yg mulia, 
dan masih lagi diberikan kesempatan oleh
 ALLAH untuk menyedut udara di bumi ciptaanNYA.



tq (",)


saya :  mencari yang sempurna? ...sesungguhnya manusia tidak sempurna...

Wednesday, January 11, 2012

TanPa KiTa sEdaR...


بسم الله الرحمن الرحيم

Tanpa kita sedar masa terus berlalu meninggalkan kita dan kita pula asyik leka, alpa dan asyik dengan duniawi
Tanpa kita sedar sudah banyak wang ringgit kita habiskan untuk berfoya-foya namun sedikit sangat amal jariah kita terhadap mereka yang memerlukan
Tanpa kita sedar selama kita bercakap akan keburukan orang lain akan tetapi kita dibutakan dari melihat kelemahan dan kedaifan diri sendiri
Tanpa kita sedar peluang sudah diberi untuk berjaya namun kita angkuh dan meremehkannya lalu rebah tersungkur ke jalan kegagalan
Tanpa kita sedar nasihat sudah mengunung diberikan kepada kita tetapi kita memekakkan telinga dan menahan hati darinya lalu kita mudah digoda dan disesatkan
Tanpa kita sedar dosa menimbun dan makin bertambah, akan tetapi kita sering lupa untuk bertaubat sedangkan pintu taubat sentiasa terbuka
Tanpa kita sedar mata dikurnia memperlihatkan ciptaanNYA , sebaliknya kita merosakkannya dengan pandangan hina dan jahil
Tanpa kita sedar mulut diberi hak berbicara agar sentiasa melafazkan kata-kata zikir kepadanNYA, sebaliknya kita mempergunakannya dengan berkata-kata dengan perkataan lagha
Tanpa kita sedar telinga diberi hak untuk mendengar alunan kalam suciNYA , sebaliknya kita memperlakukannya dengan menerima berita-berita fasik dan fitnah
Tanpa kita sedar kaki dan tangan yang sempurna dikurniakan agar melakukan ibadat kepadaNYA sebaliknya kita terpelangkup dalam dunia kemaksiatan
Tanpa kita sedar kita selalu menyalahkan takdir walhal kita diberi peluang dalam mengubahnya
Tanpa kita sedar kita selalu lupa akan ALLAH, namun ALLAH tidak pernah sesekali melupakan hambaNYA
Tanpa kita sedar kita sering mengatakan keseorangan  padahal ALLAH sentiasa bersama kita sepanjang masa
TANPA KITA SEDAR KITA SUSAH UNTUK TERSEDAR DARI KEASYIKAN DUNIAWI KEPADA KESEDARAN MENGINGATI ALLAH DAN RASULNYA....
Itulah kita yang seringkali harus disedarkan secara berulangkali agar tidak jauh dari hidayahNYA....
Dan Tanpa Kita Sedar
ALLAH itu sentiasa menyayangi hambaNya yang soleh dan taat kepadaNYA.
(sumber: iluvislam.com)

alt
pic pinjam...tq
saya : cermin diri untuk sedar diri...

Friday, January 06, 2012

NoTa JuMaaT...



بسم الله الرحمن الرحيم


ALHAMDULILLAH...
bertemu lagi di hari Jumaat yg mulia. 
Jumaat pertama 2012 ^__^

ALHAMDULILLAH juga diberikan kesempatan lagi oleh
 ALLAH untuk menyedut udara di bumi ciptaanNYA.



tq (",)



saya : cermin diri untuk sedar diri...

Wednesday, January 04, 2012

TiRai BaRu...



بسم الله الرحمن الرحيم













Salam untuk sahabat 'kehidupan sementara'


Semoga dirahmati dan diberkati oleh ALLAH
untuk perjalanan hidup di tahun 2012.

Selesai exam, selesai gaji pekerja-pekerja...
bermulalah kehidupan di awal tahun untuk
menyusun kertas-kertas, menulis nombor-nombor...
semoga dipermudahkan oleh NYA...