Saturday, October 30, 2010

Letih...


Minggu yang letih,
Letih untuk semua,
Letih untuk senyum,
Letih untuk berbicara,
Letih untuk berduka,
Letih untuk menangis,

Tapi hari ini tetap berlaku dan berlalu,
Dalam kepayahan...ia berlalu,
mana mungkin ia bisa berhenti,
Letih... jangan engkau datang lagi,
buat kali kedua...pergilah jauh,
walaupun diri ini tahu engkau tidak akan pergi jauh,
mana mungkin engkau akan pergi jauh...

Dalam kepayahan, airmata mengalir jua...
aaahhh... inilah hati seorang perempuan...


saya: sabar memang perit,tetapi pujuklah hati...

Friday, October 22, 2010

Persahabatan...



ALLAH membuka kesempatan kepada setiap
Muslim untuk memberi syafaat kepada Muslim yang lain.
Dalam hadis panjang riwayat Muslim no. 302
daripada Abu Said al-Khudri,
Rasulullah s.a.w. bercerita tentang peristiwa
yang akan berlaku di akhirat nanti.

Antara lain Baginda bersabda yang bermaksud,
“Setelah kaum Mukminin selamat daripada neraka,
maka demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya,
setiap orang daripada mereka meminta kepada ALLAH
dengan memaksa agar dikeluarkan rakan-rakannya
yang berada di neraka.
Mereka berkata: ‘Ya ALLAH, mereka dahulu pernah solat,
berpuasa dan haji bersama kami.’
Lalu dikatakan k
epada mereka:
‘Keluarkanlah orang yang kamu kenal dari neraka itu.”

Masya-ALLAH, persahabatan yang terjalin di jalan ALLAH
berlanjut hingga ke akhirat.
Teman-teman yang pernah bersama-sama dengan
kita melaksanakan solat berjemaah, umrah, haji bersama,
dan silaturrahim yg kita jalin,
suatu hari nanti dapat mengeluarkan kita daripada api neraka.
Semakin banyak teman yang kita punya,
semak
in besar peluang untuk kita memperoleh syafaat itu.

Oleh sebab itu, Islam menganjurkan kita untuk
memperbanyak teman dan kenalan.
Jalinlah hubungan baik dengan
orang-orang Mukmin di sekitar kita,
lalu berusahalah menebarkan kebaikan kepada mereka.
Kita tidak pernah tahu apa yang
akan menimpa kita di akhirat nanti.
Jika ternyata kita harus masuk ke Neraka,
maka kebaikan sekecil apa pun yang pernah
kita lakukan di dunia akan berguna untuk
mengeluarkan kita daripada seksa neraka.


(Sumber : Majalah Solusi)


saya: cermin diri untuk sedar diri...

Monday, October 18, 2010

Ukhuwah...

Akhirnya bertemu jugee ^_^

16102010-sabtu (11.00am) kak nor telefon utk menjemput
ke rumahnya...( jemputan nii dah kali ke - 4, kalu tak silap).
Tapi baru kali nii dapat jumpa...
walaupun jarak rumah kami bukanlah jauh sangat.

Paling seronok dapat merasa juga masakan dr kak nor
yang selama niii saya dok tengok jee depan pc...
yang tak tahan menu tuuu cam serasi sangat ^_^
Satu lagi yang tak tahan, sampai kat umah
kak nor terus makan, lepas makan
terus diangkat pinggan tak mau bagi kami cuci,
cam kat hotel...layanan yang sungguh speseel ...

Hari tuuu kak nor buat mini gader untuk
Saudara Ben Ashaari (dari Putrajaya)
turut dijemput sahabat saya shita dan adik waniey.

Apa-apa pun saya nak ucapkan berbanyak-banyak
terima kasih buat kak nor dan keluarga.


pinjam pic kak nor...TQ


Ikatan ukhuwah yang terjalin kerana ALLAH begitu terasa,
walaupun kami baru pertama kali berjumpa


BAROKALLAH...buat kak nor ^___^


saya: ^_^

Friday, October 15, 2010

Cawan Dan Kolam...



Hati sebesar cawan dan hati sebesar kolam

"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?"

lelaki muda itu berkeluh-kesah.

Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar.

Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.

Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya.

Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling.

Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum.

Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam

dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya.

Lalu, selepas lelah dan puas berfikir,

suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung.

Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang.

Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia.

Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari

lelaki tua itu sambil tersenyum.

Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat

iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil

membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam.

Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.

"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam,"

ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.

Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan.

Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

"Sekarang kamu minumlah air tersebut,"

dalam bingung yang masih bersisa,

lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila

melihat kerutan di dahi lelaki tersebut. " Masin!"

Lelaki tua itu tersenyum lagi.

"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam

ini ke dalam kolam itu.

Kemudian kamu hiruplah airnya."

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam.

Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal.

Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.

"Tawar, tidak masin seperti tadi,"

lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

"Anakku, adakah kamu memahami kenapa

aku meminta kamu berbuat begitu tadi?"

tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut.

Lelaki itu hanya menggeleng.

Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah.

Garam itu umpama masalah.

Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah,

ditimpa masalah dan diuji dengan masalah.

Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan,

maka kita akan merasai pahitnya masalah itu,

pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."

"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam,

masalah tidak akan mengganggu kita.

Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan

mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita.

Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir,

untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi

hikmah kepada kita."

"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada,

aku sentiasa membesarkan jiwaku,

supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara

lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku.

Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan,

sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."

Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan

senyuman yang terukir di bibir.

Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa

membesarkan jiwa dan berlapang dada.


saya: cermin diri untuk sedar diri...

Monday, October 04, 2010

Dunia...


Sedetik Nikmat Dunia

Terimalah sekecil amalan hambaMU...

melewati hari-hari biasaku
hiruk-pikuk suasana dunia tiada batasan
pemandangan harianku tetap sama
mendongak kelangit biru
sekejapnya mendung
sekejapnya terang

pagi harianku
lalai penuh terbuai
solatku
zikirku
selawatku
zakatku
ditinggal tiada taubat
dipahat penuh karat

aku pendosa hina
mahu pangkat singkat
mahu duit dekat-dekat
tidak mahu separuh permata
tetapi mahu segunung harta

ya ALLAH
aku bertaubat padaMU
sekeras kerikil hatiku...
lembutkanlah
berikanku hidayah
kembali sujud padaMU
matikan hambamu ini dalam iman dan islam
dalam kalimah syahadah
amin....

(sumber)

Ya ALLAH

banyak sekali impianku...

namun dosa yang menggunung membuatkan

hamba rasa malu bermohon padaMU...

Ya Rabb,

Kau amat suka pada hambaMu yang berdoa padaMu...

hamba akan terus memohon padaMu..

moga Kau meredhai impianku sebagai perancangan

yang telah Engkau takdirkan untukku…

permudahkanlah Ya ALLAH


saya: cermin diri untuk sedar diri...