Saturday, October 30, 2010

Letih...


Minggu yang letih,
Letih untuk semua,
Letih untuk senyum,
Letih untuk berbicara,
Letih untuk berduka,
Letih untuk menangis,

Tapi hari ini tetap berlaku dan berlalu,
Dalam kepayahan...ia berlalu,
mana mungkin ia bisa berhenti,
Letih... jangan engkau datang lagi,
buat kali kedua...pergilah jauh,
walaupun diri ini tahu engkau tidak akan pergi jauh,
mana mungkin engkau akan pergi jauh...

Dalam kepayahan, airmata mengalir jua...
aaahhh... inilah hati seorang perempuan...


saya: sabar memang perit,tetapi pujuklah hati...

5 comments:

Abd Razak said...

Salam sahabatku..:)

Moga sahabat sentiasa sihat serta dalam rahmat kasih sayang~Nya..

Jasad manusia fitrahnya lemah, adakala akan tetap terasa lelah dan letih. Oleh itu, carilah secangkir kelegaan buat menghilangkan kegersangan itu sepanjang kembara di bumi Allah ini, dengan sentiasa mendekatkan diri dengan Maha Pencipta.

Anonymous said...

Cun sahabat saya,

Maaflah sekian lama mendap, saya kini kembali tetapi berada di teratak lama .. apa khabar? semoga baik-baik sahaja :)

Letih? aduhai .. jom masuk kelab! :D Saya juga letih .. dan kerana letih, saya ingin mengurangkan tekanan minda itu dengan kembali ke alam maya .. bersiar-siar ke rumah sahabat, mudah2an momentum yang hilang bisa kembali ..

Guane gamok ganu kite?
dok sabor nok balik raya haji ni .. :)))

Izariza said...

alamak .. jadi anon pulak ke? heee ..technical error :P

cun09 said...

{{Abd razak}}

salam sahabat...

Terima kasih, nasihat dr sahabat ^_^
...semoga saya 'kuat' insyaALLAH...

***semoga sahabat cepat sembuh dan dilindungiNYA***

cun09 said...

{{Izariza}}

salam sahabatku Iza ^_^

kenape begitu lama menyepi eeaakk?? semoga sihat...

Udah balik msia? semua 'urusan' dah selesai kee?

aidiladha yg begitu meriah di ghanu niii...cepat balik eeaakk ^_^

**yg paling suke sangat2 cuti 4 hari**