Tuesday, November 02, 2010

Insaf sekejap...

pic pinjam, sebab comel...tq


Salam untuk sahabat 'kehidupan sementara' ^__^

Masa terluang?? Tidak!!
hanya untuk merehatkan kepala yang
wayarnyee begitu lintang-pukang...
Bila nak lurus niii...

Tetiba baca satu artikel niii dan sajee nak kongsi...
Dalam kehidupan serba 'hebat' laaaniii
kena bebenor rasanyee...(termasuk tuan umah nii)


Benarkah wujud istilah 'insaf sekejap'? Ya, ia wujud.

Ramai sahabat mengadu, bahawa mereka mengalami sindrom insaf sebentar.

Sebagai contoh, insaf selepas mendengar tazkirah tapi 10 minit selepas itu, rasa insaf itu lenyap dan dia kembali kepada keadaan asal.

Saya juga tidak terkecuali.

Kisah Hanzalah

Saya teringat sebuah hadis riwayat Muslim, berkenaan dengan seorang sahabat Rasulullah yang bernama Hanzalah bin Ar Rabi'.

Beliau telah bertemu dengan Abu Bakar r.a lalu dia berkata, 'Hanzalah telah munafik!'.

Abu Bakar terkejut lalu bertanya mengapa Hanzalah berkata begitu.

Lalu jawab Hanzalah, "Ketika berada bersama Rasulullah s.a.w, Baginda selalu mengingatkan tentang syurga dan neraka seolah-olah aku melihatnya, lalu ketika aku keluar dari hadapan Rasulullah, aku disibukkan oleh isteri, anak-anak dan mencari nafkah, maka aku menjadi lupa peringatan Baginda!

Abu Bakar terdiam lalu dia berkata, "Demi Allah, aku juga begitu". Lalu kedua sahabat itu sepakat mahu bertemu dengan Rasulullah untuk mengadu akan masalah ini.

Lalu Rasulullah bersabda, "Demi dzat yang jiwaku di tangan-Nya, andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan menjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya. Akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)"

Manusia Biasa

Kita manusia biasa. Iman kita yazid wa yanqus. Ia kadangkala naik, dan ia juga kadangkala turun.

Dalam mendefinasikan perkataan insaf, saya cenderung untuk menyatakan bahawa insaf itu ialah taubat kerana di dalam sebuah keinsafan, ada suatu elemen yang dipanggil 'kesal'.

Orang yang insaf ialah orang yang menyesal. Dia menyesal kerana mengerjakan perkara yang tidak sepatutnya dia kerja. Dan kesal ini adalah hakikat taubat!

Maka izinkan saya menggantikan perkataan insaf dengan perkataan taubat.

Taubat Yang Berulang

Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasulullah bercerita perihal betapa besar dan luasnya pintu keampunan Allah.

Ada seorang hamba, dia melakukan dosa, lalu dia bertaubat.

Tidak lama, dia melakukan dosa lagi, dan kembali bertaubat. Berulang-ulang kali.

Lalu, sampai bila Allah mahu mengampunkan? Jawabnya ialah sampai hambanya jemu untuk memohon ampun!

Ya, Allah sama sekali tidak jemu untuk memberi ampun, tapi hanya manusialah yang jemu untuk bertaubat dan memohon ampun!

Mahu Kekal

Setiap orang, tempoh 'sekejap' mereka adalah berbeza-beza.

Ada orang yang 'insaf sekejap'nya ialah beberapa hari dan ada juga yang 'insaf sekejap' nya cuma beberapa minit.

Antara lain adalah kerana faktor persekitaran yang sangat mempengaruhi. Jadi, bagaimana kita mahu memanfaatkan tempoh yang sebentar cuma ini?

Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 39 yang bermaksud :

Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Setiap taubat harus diikuti dengan pembaikian diri, atau amal soleh.

Sebagai contoh, jika kita insaf kerana terbaca satu artikel yang sangat menyentuh hati dalam keadaan kita masih belum melaksanakan solat, maka segera menunaikan solat dan berdoalah supaya Allah mengurniakan kita keinsafan yang berpanjangan.

Ya, harus banyak berdoa!

Kesimpulan

Insaf sementara adalah suatu yang sentiasa berlaku dan akan berterusan berlaku kepada kita. Cuma apa yang kita pastikan ialah kita gunakan tempoh yang singkat ini untuk kita lebih mendekati-Nya dan paling penting, kita perlu berusaha supaya 'sekejap' ini tidak akan selamanya sekejap.

Mudah-mudahan ia akan berpanjangan kelak.

sumber

saya: cermin diri untuk sedar diri...

12 comments:

Unknown said...

:)

lama tak dtg sini.huhu...

Abd Razak said...

Salam sahabatku...:)

Moga sahabat sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya. Syukran mendoakan kesihatan saya...alhamdulillah

INSAF - Cara melatih dan memperbaiki jiwa adalah dengan menjauhkannya dari kenikmatan dan dengan mengabaikan bisikan syahwat. Cara ini sangat efektif dalam memasung hawa nafsu. Jika sudah dibungkam sedemikian rupa, hawa nafsu meredup lalu padam.

Hasilnya, hati melunak dan kembali
kepada posisi dan fungsinya yang benar berdasarkan bimbingan cahaya makrifat, cahaya akal, cahaya pengetahuan dan cahaya kebaikan-kebaikan lain. Setiap kali engkau menolak kongkongan syahwat terhadap jiwa, cengkaman semakin berkurang. Sebaliknya, setiap kali engkau memperturutkan dorongan syahwat, dorongannya semakin kuat.

*Nasihat dari Imam Al-Hakim*

ong ong kedek kedek said...

salam ziarah dan salam kenal :)

Insaf sekejap...
bukti iman itu 'yazid' dan 'yankus', yakni bertambah dan berkurang...
istiqamah untuk sentiasa menginsafi diri, itulah jihad...

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Islam adalah agama Fitrah yg berkesesuaian dgn kehendak naluri manusia. Surah ArRum:30 فَأَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفً۬ا‌ۚ فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِى فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيۡہَا‌ۚ لَا تَبۡدِيلَ لِخَلۡقِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Kita adalah manusia, mana mungkin kita spt malaikat yg tidak mempunyai kehendak nafsu tetapi semua naluri manusia mesti selaras dgn kehendak syariat Islam, hatta malaikat pun jika sekiranya dikurniakan nafsu maka terjadilah seperti Harut dan Marut ( Surah AlBaqarah:102). Kita tidak boleh melawan dan menyekat fitrah spt agama2 lain krn ini akan merosakkan tamadun manusia. Apa yg perlu adalah syariat Islam yg membataskan kehendaknya bukan menafikan kehendaknya manusia. Nak bagi contoh2, takut timbul fitnah pula. Jadi apa yg berlaku seharian dlm hidup kita adalah keperluan kita sbg manusia. Cuma sbg org mukmin, jantung kita sentiasa mengingati Allah SWT spt terdpt dlm Surah AlAnfaal:2 Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
Wallahualam

Dearie Pearls said...

Sahabat,
selalu insaf kejap....
tapi tulah....

sedar tak sedar, insaf tah ke mana dah..

manusia sentiasa lalai...

*insaf kejap lagi....

cun09 said...

{{iqbal}}

salam...
sibuk bebenor leee tuuu ^_^

cun09 said...

{{abd razak}}

salam sahabat...

terima kasih nasihat dr sahabat dan
juga p'kongsian nasihat dari Imam Al-Hakim ^_^

cun09 said...

{{hasrul nizam}}

salam sahabat...

benar...jihad yg kita terlepas pandang...

terima kasih sudi singgah 'umah' saya ^_^

cun09 said...

{{tajnur}}

salam sahabat ^_^

terima kasih sudi menambah ilmu utk kita semua...

**menarik pd surah AlAnfaal:2...syukran**

cun09 said...

{{LoL}}

salam sahabat ^_*

semoga kita dikalangan yg insaf lama...dan selamanya...

**harap sihat**

musi said...

salam;
masaallah !!. kemuliaan dan keampunan tuhan melebihi kemurkaan nya. insyaallah sahabat, ketika manapun jika kita ikhlas mohon keampunannya percayalah tuhan maha pengampun maha pengasihani. entri-entri saudara ni memang cun dan sangat baik, teruskan untuk bekalan kami semua, semoga anda selalu sejahtera!!

cun09 said...

salam sahabat ^_^

semoga kita dikalangan org yg diampun dan dikasihani oleh ALLAH

terima kasih sahabat...n3 utk diri saya, agar tidak terlalu leka n lalai, moga dpt juga berkongsi dgn sahabat yg lain...insyaALLAH