Sunday, August 29, 2010

Mukjizat...



“Puasa dan Al-Quran itu akan memberikan syafaat

kepada hamba di hari kiamat.

Puasa akan berkata,Ya Rabbi, aku telah menghalanginya

dari makan dan syahwat,

maka perkenankanlah aku memberikan syafaat untuknya.

Sedangkan Al-Quran akan berkata,

Ya Rabbi, aku telah menghalanginya

dari tidur di malam hari, maka perkenankan aku

memberikan syafaat untuknya.

Maka Allah memperkenankan keduanya memberikan syafaat. ”
(HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani)


Nikmat Turunnya Al-Quran adalah nikmat yang

paling mahal nilainya dan tidak ternilai harganya.

Tidak ada harta yang dapat melebihi

kemuliaan dan keutamaannya.

Bacalah dan selami makna dan kandunganya,

laksanakanlah isi kandungannya.


Sabda Nabi SAW:”Perumpamaan orang mukmin yang

membaca Al-Quran bagaikan buah limau
yang baunya harum dan sedap rasanya.

Dan perumpamaan orang mukmin yang

tidak membaca Al-Quran bagaikan kurma,

rasanya sedap dan tidak berbau.

Dan perumpamaan orang munafik yang membaca

Al-Quran bagaikan buah raihanah

yang baunya harum dan rasanya pahit.

Dan perumpamaan orang munafik yang tidak

membaca Al-Quran bagaikan buah hanzolah
yang tidak berbau dan pahit rasanya.

(Muttafaq A’laihi)



Ya ALLAH...

Rahmatilah dan muliakanlah kami dengan Al-Quran..

Suluhilah jalan kami dengan Al-Quran..

dan pandulah kami ke syurgaMu

Ya ALLAH dengan Al-Quran...



saya: cermin diri untuk sedar diri...

Monday, August 23, 2010

Terakhir...

Tanggal 11hb. Ogos…

Saudari hanya ada masa 30 hari untuk hidup,

mungkin 10hb Sept saudari tiada lagi di dunia ini…



Aaaggghhh hanya 30 hari???...

Saya tidak akan keluar rumah lagi,

saya hanya akan beribadah kepada ALLAH.

Ini Ramadhan saya yang terakhir, saya akan puasa sebaik mungkin,

puasa yang diberi pahala, yang telah janjikan oleh ALLAH,

saya akan mengerjakan solat terawih hingga

ke malam terakhir Ramadhan,

bukan seperti tahun-tahun yang lepas,

10 malam terakhir saya sibuk membeli-belah untuk beraya,

saya akan membaca quran sehingga selesai,

mungkin ini khatam terakhir saya.

Saya akan melakukan solat fardhu secara berjamaah…

sanggup saya ke masjid di subuh hari? Saya akan lakukan!!!

Ma kita berpuasa dan bersahur hanya untuk Ramadhan ini,

kita tidak akan puasa bersama lagi untuk tahun seterusnya…

untuk kakak dan adik kita hanya akan

berterawih hanya Ramadhan ini …

Saya tidak akan pergi kerja lagi, saya akan

minta cuti tanpa gaji untuk satu bulan,

duit sudah tidak ada apa-apa lagi untuk saya buat selepas ini…

saya akan tinggalkan kehidupan dunia.

Saya akan melakukan yang terbaik untuk diri ini

sebelum saya pergi untuk selama-lamanya,

hanya 30 hari sahaja YA ALLAH…

Kenapa baru sekarang saya hendak melakukan yang terbaik??

Sudah berapa tahun saya hidup di dunia ini,

bukan ini tahun pertama saya melakukan ibadah puasa!!!

Adakah kerana saya sudah tahu tarikh kematian,

baru saya akan melakukan ibadah yang terbaik??

Malunya saya kepada ALLAH,

dengan kehidupan saya untuk sepanjang Ramadhan ini…

Bagaimana dengan kehidupan saya sebelum ini??


Itulah diri kita yang penuh dengan lakonan.

Bagaimana perasaan kita bila ALLAH

telah menetapkan tarikh kematian?

ALLAH MAHA MENGETAHUI

Bila dan dimana kematian kita adalah

antara salah satu rahsia ALLAH

Kita hanya perlu “bersedia”




Ilmu yang menarik


"13 dah pergi, lagi 17 menanti... promosi terhebat

pahala extravaganza ramadhan berganda akan semakin

hebat dan ujian serta dugaan yang lagi mencabar menanti... JOM!!

(ayat yang canteeq daripada seorang sahabat ^_^)"


saya: cermin diri untuk sedar diri...


Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan...

Bersyukur kita kepada ALLAH kerana dapat
melakukan ibadah puasa untuk tahun ini,
Berapa ramai yang tidak dapat menikmati bulan
Ramadhan kerana telah dijemput ALLAH pada saat
kita semua menunggu bulan Ramadhan...

Seorang ustaz berpesan, semoga kita dapat melakukan
solat sunat taubat dan juga memaafkan kesalahan
orang terhadap kita,
kita perlu juga memohon maaf
takut-takut ada perangai kita yang orang tidak suka,
semoga ibadah yang kita lakukan pada bulan Ramadhan
ini tidaklah sia-sia dan diterima oleh ALLAH...


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini,
saya memohon ampun dan maaf kepada semua
sahabat 'kehidupan sementara'.
jika ada sebarang kekasaran dan kekhilafan saya selama ini.
Moga-moga ALLAH memberkati ibadah kita di bulan ramadhan
yang penuh dengan berkat ini. InsyaALLAH...




Saturday, August 07, 2010

Hitung...


Nikmat mana lagi ingin kita hitung:

  • kita masih boleh tidur semalam, ribuan orang dalam dunia ini ada penyakit tidak boleh tidur.

  • kita masih boleh bangun dan bernafas pagi ini, sedangkan ribuan orang sudah terbujur kaku semalam.

  • kita masih boleh bernafas dengan tenang ketika ini, sedangkan ramai antara kita sedang menggunakan bantuan penafasan di hospital.

  • kita masih boleh bersarapan pagi ini, sedangkan ribuan orang berlapar tiada makan berhari-hari.

  • kita masih boleh berkata-kata dan mengukir senyuman, sedangkan ramai yang lahir bisu atau menjadi bisu terbujur kaku.

  • kita masih mampu menggunakan kaki keluar berjalan-jalan, sedangkan ribuan orang yang lahir cacat atau menjadi cacat akibat kemalangan.

  • kita masih lagi boleh menaip dengan tangan, sedangkan ramai orang lahir tiada tangan atau kehilangan tangan.

  • kita masih lagi boleh melihat, sedangkan ramai orang yang lahir buta atau menjadi buta.

  • kita masih lagi boleh mendengar, sedangkan ramai orang yang lahir pekak atau menjadi pekak.

dan andai ingin di hitung segala nikmat ini ternyata tak mampu untuk kita lampirkan walaupun hingga ke hujung hayat.


saya:sama2lah kita renungkan...


Monday, August 02, 2010

Negeri di bawah bayu...



Akhirnya kaki ini berpijak juga di negeri sabah,
sudah cukup satu malaysia kaki ku berpijak ^_^

Walaupun tidak meronda 1 sabah tapi tak sangka dapat
melihat sendiri puncak gunung kinabalu.
Alhamdulillah pagi 18/07/2010 cuaca begitu
baik, Viva yang disewa selama 4 hari
dipandu mendaki ke Kundasang...
boleh tahan juga sepanjang perjalanan,
pengalaman dan melihat ciptaan ALLAH...

Petang...waktu balik hujan begitu lebat
sempat juga memandu dalam kabus
dan melihat pertolongan dari pemuda2 Sabah
mengangkat kereta dalam banjir,
hati mula takut, tapi buat2 biasa
supaya adik2 dalam kereta tidak cemas...
Alhamdulillah kami sampai di KK dan
terus ke pasar Filipina...cuci mata
dan makan...



Terima kasih untuk adik-adik UMS,
pengalaman dan kenangan bersama kalian
tetap dalam ingatan ^_*


saya: satu malaysia sudah selesai, indonesia dan thailand...
tapi arab saudi tetap di rindui...(semoga ada rezeki ke sana lagi...InsyaALLAH)