Sunday, August 29, 2010

Mukjizat...



“Puasa dan Al-Quran itu akan memberikan syafaat

kepada hamba di hari kiamat.

Puasa akan berkata,Ya Rabbi, aku telah menghalanginya

dari makan dan syahwat,

maka perkenankanlah aku memberikan syafaat untuknya.

Sedangkan Al-Quran akan berkata,

Ya Rabbi, aku telah menghalanginya

dari tidur di malam hari, maka perkenankan aku

memberikan syafaat untuknya.

Maka Allah memperkenankan keduanya memberikan syafaat. ”
(HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani)


Nikmat Turunnya Al-Quran adalah nikmat yang

paling mahal nilainya dan tidak ternilai harganya.

Tidak ada harta yang dapat melebihi

kemuliaan dan keutamaannya.

Bacalah dan selami makna dan kandunganya,

laksanakanlah isi kandungannya.


Sabda Nabi SAW:”Perumpamaan orang mukmin yang

membaca Al-Quran bagaikan buah limau
yang baunya harum dan sedap rasanya.

Dan perumpamaan orang mukmin yang

tidak membaca Al-Quran bagaikan kurma,

rasanya sedap dan tidak berbau.

Dan perumpamaan orang munafik yang membaca

Al-Quran bagaikan buah raihanah

yang baunya harum dan rasanya pahit.

Dan perumpamaan orang munafik yang tidak

membaca Al-Quran bagaikan buah hanzolah
yang tidak berbau dan pahit rasanya.

(Muttafaq A’laihi)



Ya ALLAH...

Rahmatilah dan muliakanlah kami dengan Al-Quran..

Suluhilah jalan kami dengan Al-Quran..

dan pandulah kami ke syurgaMu

Ya ALLAH dengan Al-Quran...



saya: cermin diri untuk sedar diri...

8 comments:

Abd Razak said...

Salam sahabatku..:)

Semoga Allah limpahkan rahmat dan keampunan buat kita semua..amin

Sungguh, begitu banyak sekali peluang yang Allah sediakan untuk kita meraih sebanyak mungkin ganjaran di bulan Ramadhan ini. Amat rugilah mereka yang luput dari anugerah ini.

Moga Allah berikan kita kekuatan untuk terus istiqamah melaksanakan ibadah kepada~Nya.

sinomosa said...

Salam,

Salam ziarah dan taaruf..:)

Dearie Pearls said...

Sahabat,
Apa khabar sahabat?
semoga sihat2 sahaja..

bagaimana percutian hari tu..?

saya lama tak update blog.
mesti banyak kisah tertinggal..

Selamat menyambut hari raya yang kian terasa hangatnya..
pasti tak sabarkan..?

pensel kayu said...

Ramadhan Kareem! ;)

cun09 said...

{{abd razak}}

salam sahabat ^_^

"Moga Allah berikan kita kekuatan untuk terus istiqamah melaksanakan ibadah kepada~Nya." ~ insyaALLAH~

cun09 said...

{{sinomosa}}

salam sahabat ^_^

terima kasih sudi singgah 'umah' saya...salam ramadhan

cun09 said...

{{LOL}}

salam sahabat...

percutian yg menarik ^_^

semoga sihat...lama menyepi yeee...

cun09 said...

محمد زهراوي}}

salam ramadhan...

terima kasih sudi singgah 'umah' akak ^_^