Sunday, May 30, 2010

Terima kasih...



Menutup tirai bulan may 2010,
sekali lagi saya dapat award yang comel dan istimewa daripada
~pena farhana~

Terima kasih ^_^

semoga ukhuwah kita kerana ALLAH dan diredhai...

Wednesday, May 26, 2010

Alhamdulilah...





Setiap kejadian yang berlaku apabila kita tidak berfikir
secara waras kita akan menyalahkan orang lain,
menyalahkan diri sendiri hanya sebilangan kecil sahaja,
walaupun kita yang melakukan kesalahan itu,
kita tidak terfikir langsung semua ini ALLAH telah tetapkan...
bila kita sedar kembali baru kita tahu ALLAH
telah menolong kita setiap saat...
ALLAH sentiasa bersama-sama hambaNYA...
ALLAH MAHA MENGETAHUI...

saya: sedih untuk diri sendiri...

Terima kasih...





Terima kasih untuk deena farhana
semoga ukhuwah kita berpanjangan ^_^


Tuesday, May 18, 2010

Gagal...


Kita sentiasa gagal untuk menjadi seorang hamba yang

bersyukur apabila mendapat kesenangan,

dan kita juga gagal untuk menjadi seorang hamba

yang bersabar apabila berhadapan dugaan....

(masjid kristal, Kuala Terengganu)

saya: Ya ALLAH jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu

Sunday, May 16, 2010

Ingatan...



"Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu)
atau orang yang menuntut ilmu
atau orang yang selalu mendengar pengajaran
atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut)
dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima,
yang dengan sebabnya engkau akan binasa."
(Riwayat al-Bazzar)

saya : selamat hari guru untuk semua guru, ustaz, ustazah yang mendidik saya,
semoga diberkati dan dirahmati oleh ALLAH...
dan juga untuk sahabat 'kehidupan sementara'

Sunday, May 09, 2010

Monday, May 03, 2010

Diziarahi...



Berapa kali malaikat maut ziarah kita ?


Sebuah hadis Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh

Abdullah Abbas r.a. ,

bahawa Rasullulah S.A.W. bersabda yang bermaksud,

“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia

di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.”

Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,

didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.

Maka berkata Izrail:

“ Alangkah hairannya aku melihat orang ini,

sedangkan aku diutus oleh ALLAH Taala

untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok, bergelak ketawa.”

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa

diperhatikan oleh malaikat maut,

kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap

kehadiran malaikat maut,

kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis

Nabi S.A.W. yang menjelaskan

mengenai perkara-perkara ghaib,

terutama hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.



1 hari = 24 jam = 1440 minit

1440 minit / 70 kali malaikat menziarahi kita = 20.571 minit

Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit…

(sumber forum geleri ilmu)


saya : cermin diri untuk sedar diri...

Terima kasih...


Ole-ole dari Sarawak...TQ

Akhirnya kaki sahabatku berpijak juga di bumi Sarawak...
bercuti sakan yee... ^_^

saya : 2 kali p sarawak 2 kali juga p muzium kucing...kenape yeee??