Monday, May 03, 2010

Diziarahi...



Berapa kali malaikat maut ziarah kita ?


Sebuah hadis Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh

Abdullah Abbas r.a. ,

bahawa Rasullulah S.A.W. bersabda yang bermaksud,

“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia

di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.”

Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,

didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.

Maka berkata Izrail:

“ Alangkah hairannya aku melihat orang ini,

sedangkan aku diutus oleh ALLAH Taala

untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok, bergelak ketawa.”

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa

diperhatikan oleh malaikat maut,

kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap

kehadiran malaikat maut,

kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis

Nabi S.A.W. yang menjelaskan

mengenai perkara-perkara ghaib,

terutama hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.



1 hari = 24 jam = 1440 minit

1440 minit / 70 kali malaikat menziarahi kita = 20.571 minit

Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit…

(sumber forum geleri ilmu)


saya : cermin diri untuk sedar diri...

4 comments:

Abd Razak said...

Salam...

Moga sihat hendaknya..

Mengingati mati menyedarkan kita bahawa hidup ini amat singkat dan kita akan dihadapkan ke hadapan Allah dengan hanya berbekalkan amalan dan amal ibadat kita.

Mati adalah jambatan yang menghubungkan kehidupan kita di dunia dengan kehidupan di akhirat. Saat kematian itulah yang menjadi penentu kita di akhirat kelak. Sekiranya amalan kita ketika di dunia ini baik maka kita akan menerima ganjaran yang baik di akhirat kelak. Dan demikianlah jika sebaliknya.

cun09 said...

{{abd razak}}

salam ^_^

Terima kasih peringatan dari saudara ^_^

Terasa begitu singkat kehidupan kita ini, tapi ketika melakukan dosa kita selalu bertangguh untuk bertaubat kpd ALLAH...seperti kita tahu lambat lagi kita menghadapi saat kematian.

Anas r.a. berkata telah bersabda Rasul S.A.W.: "Banyak-banyaklah mengingati mati. Sesungguhnya ia dpt menghapuskan dosa dan zuhud di dunia"

Unknown said...

paperingatan yg sgt baik dan berguna utk org yg sering melupai kematian sprt saya..huhu

cun09 said...

{{iqbal}}

salam iqbal ^_^

...seperti kak liza jugee...lalai...