Tuesday, December 29, 2009

Ketetapan ALLAH...

(Halaman teratak)

Daripada Ibu Abbas r.a., Nabi SAW bersabda :

"Wahai anak, aku ingin ajarkan kepada engkau beberapa kalimah:

Peliharalah hak-hak ALLAH nescaya ALLAH memelihara kamu.

Peliharalah hak-hak ALLAH nescaya engkau akan mendapati-NYA

di mana sahaja kamu berada.

Apabila kamu ingin meminta bermohonlah kepada ALLAH.

Apabila kamu inginkan pertolongan mohonlah pertolongan daripada ALLAH.

Dan ketahuilah, sekiranya seluruh umat berhimpun untuk

memberikan suatu manfaat kepada engkau,

mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikit pun

melainkan dengan suatu yang telah ALLAH tetapkan kepada kamu;

sekiranya mereka berhimpun untuk memudaratkan kamu,

mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikit pun

melainkan dengan suatu yang telah ALLAH tetapkan ke atas kamu.

Telah pun diangkat dan segala pena dan telah keringlah segala buku.

(segalanya telah ditetapkan oleh takdir dan ditulis di Luh Mahfuz)"


(Riwayat Al-Tirmizi dan Ahmad)


Friday, December 25, 2009

Untuk sahabat...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Satu-satunya 'jiran umah' saya yang

bukan sahabat maya tetapi sahabat 'depan mata'

Hari yang istimewa untuk...

Sahabatku Shita


Wednesday, December 23, 2009

Memohon...

Di subuh hari…Ggeeerr!!!
Semua memandang kearah pintu surau,
ada seorang lelaki yang sedang memegang pintu.
Kenapa dengan orang ini ? Kenapa dia langgar pintu ?
Salah seorang dari jemaah menghampiri orang tua itu
lalu di pimpin untuk masuk ke saf berjemaah subuh.
Subhanallah…

Di saat pagi subuh begini, orang yang sihat dan
mampu melihat tetapi masih tidur,
sedangkan orang yang buta ini sudah bangun
berjalan dari rumahnya ke surau, seorang diri,
jalan meraba-raba, sampai merempuh pintu,
hanya untuk menunaikan solat subuh berjemaah.
Ya ALLAH …

Dari Abu Hurairah r.a. :
Ada seorang yang buta datang menemui Nabi SAW lalu berkata :
“ Wahai Rasulullah, sesungguhnya tidak
ada seorang pun yang mahu memimpinku pergi ke masjid”
Lelaki buta itu memohon kepada Rasullullah agar
diberi keringanan untuk melakukan solat di rumahnya sendiri.
Rasulullah SAW pun memenuhi permintaannya.
Namun begitu lelaki itu hendak pergi,
Baginda SAW memanggilnya dan bertanya, :
“Apakah kamu mendengar azan ?”
Lelaki buta itu menjawab, :
“Ya” Rasulullah SAW bersabda,:
“Kalau begitu penuhilah”

(HR: Muslim)





Agama bukan mengikut keadaan.
Agama adalah sesuatu dimana kita mengikut perintah ALLAH.
ALLAH beri keadaan yang melanda seseorang,
kepada orang-orang yang mukmin adalah untuk memberi
ganjaran pahala kepadanya.
Dalam segala keadaan yang dia harungi,
dia mentaati perintah ALLAH,
ALLAH akan beri pahala atas ketaatannya dan
juga memberi ganjaran atas kesabarannya.
Jadi ALLAH datangkan keadaan kesusahan
kepada orang mukmin adalah untuk memberi pahala kepada mereka.
Setiap kesusahan akan diakhiri dengan kesenangan.
Bantuan ALLAH akan datang kepada kita sekiranya
kita percaya dan yakin bahawa bantuan datang daripada ALLAH.
Bersegeralah mengerjakan solat adalah seumpama
bersegera mencari rahmat ALLAH.
Apabila rahmat ALLAH datang sebagai pembantu dan penolong,
maka tidak mungkin kesusahan itu berterusan lagi.
InsyaALLAH…

Thursday, December 17, 2009

1431 Hijrah...

Salam Maal Hijrah 1431
untuk semua sahabat-sahabat "kehidupan sementara"


Doa Akhir Tahun

“Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Segala puji hanya bagi ALLAH .
Tuhan yang memerintah dan mentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad serta
seluruh ahli keluarga Baginda dan para sahabatnya.

Ya ALLAH,
sesungguhnya pada tahun ini aku telah melanggar
larangan-Mu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan
Engkau tidak redha padanya.
Engkau telah menangguhkan azab-Mu itu yang
telah ditetapkan padaku.
Engkau telah memerintahkan supaya aku
bertaubat dari kesalahan itu.
Sesungguhnya pada hari ini aku memohon
keampunan dari-Mu,
Ampunilah aku dari segala apa yang telah aku lakukan
pada tahun ini yang Engkau redhai dan Engkau janjikan
pahala maka aku memohonnya dari-Mu Ya ALLAH.
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad serta
seluruh ahli keluarga Baginda dan para sahabatnya.
Segala puji hanya bagi ALLAH,
Tuhan yang memerintah dan mentadbir sekalian alam.
Amin…


tasik kenyir 2009...

Doa Awal Tahun

“Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Segala puji hanya bagi ALLAH .
Tuhan yang memerintah dan mentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad serta
seluruh ahli keluarga Baginda dan para sahabatnya.

Ya ALLAH,
Engkaulah Tuhan yang kekal abadi untuk selama-lamanya.
Demi kelebihan-Mu yang Maha Agung dan
kemurahan-Mu yang melimpah-ruah,
sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepada-Mu
perlindungan daripada syaitan yang direjam serta
dari sekalian kuncu-kuncunya.
Aku juga memohon perlindungan daripada
nafsu amarah yang sentiasa mendorong kearah kejahatan
yang melalaikan dengan perkara-perkara yang tidak
mendatangkan faedah daripada mendekatkan diriku kepada-Mu.
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad serta
seluruh ahli keluarga Baginda dan para sahabatnya.
Segala puji hanya bagi ALLAH,
Tuhan yang memerintah dan mentadbir sekalian alam.
Amin…

Terima kasih...



Award daripada sahabat baru saudari izzah.
Semoga ukhuwah kita berpanjangan

Saturday, December 12, 2009

Memberi...




Tidak susah untuk menggembirakan orang lain.
Mungkin hanya dengan kata,
mungkin hanya dengan senyuman ataupun dengan doa.
Berilah kegembiraan kepada orang lain,
kegembiraan itu akan datang kepada kita semula...



(majalah solusi no. 14)


"Tidak berlalu hari-hari yang tatkala manusia
memulakan pekerjaan melaikan turun dua malaikat
yang satu malaikat berdoa,
Ya ALLAH , berilah ganti kepada orang yang membelanjakan
(iaitu menderma atau mensedekahkan) hartanya.
Sedangkan malaikat yang kedua berdoa,
Ya ALLAH, binasakanlah harta orang yang bakhil"

(Riwayat al-bukhari)


"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya
pada jalan ALLAH ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh
menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula
mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) ALLAH akan
melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya
dan ALLAH Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya,
lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya"

(Surah Al-Baqarah 2:261)