Tuesday, December 29, 2009

Ketetapan ALLAH...

(Halaman teratak)

Daripada Ibu Abbas r.a., Nabi SAW bersabda :

"Wahai anak, aku ingin ajarkan kepada engkau beberapa kalimah:

Peliharalah hak-hak ALLAH nescaya ALLAH memelihara kamu.

Peliharalah hak-hak ALLAH nescaya engkau akan mendapati-NYA

di mana sahaja kamu berada.

Apabila kamu ingin meminta bermohonlah kepada ALLAH.

Apabila kamu inginkan pertolongan mohonlah pertolongan daripada ALLAH.

Dan ketahuilah, sekiranya seluruh umat berhimpun untuk

memberikan suatu manfaat kepada engkau,

mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikit pun

melainkan dengan suatu yang telah ALLAH tetapkan kepada kamu;

sekiranya mereka berhimpun untuk memudaratkan kamu,

mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikit pun

melainkan dengan suatu yang telah ALLAH tetapkan ke atas kamu.

Telah pun diangkat dan segala pena dan telah keringlah segala buku.

(segalanya telah ditetapkan oleh takdir dan ditulis di Luh Mahfuz)"


(Riwayat Al-Tirmizi dan Ahmad)


10 comments:

Abd Razak said...

Salam...:)

Hidup ini berisi ketetapan-ketetapan Allah. Manusia hanya boleh berusaha dan berusaha yang terbaik...

Setelah itu, semua dikembalikan pada Allah swt.. tawakal..semangat dan terus semangat utk menghasilkan yg terbaik..insyaAllah…

||alis|| said...

salam liza...

terbaik!

lately nih jiwa alis tersangat parah, banyak cabaran terpaksa alis tempuh..

bila fikir2, Allah takkan aniaya hambaNya jika hamba itu tak mampu harungi ujian2 tersebut.

kira alis nih tough la gak eh? *wink2*

:)

cun09 said...

{{Abd Razak}}

Salam ^_^

terima kasih utk komen saudara...

InsyaALLAH...semoga hidup kita dirahmati dan diberkati oleh ALLAH

cun09 said...

{{Alis}}
salam alis ^_^

Betul Alis, ALLAH berikan kita ujian salah satunya adalah untuk kita berfikir tentang dosa kita, dan ALLAH tidak akan aniaya hanbaNYA...

Jaga diri ^_^

Faridrashidi said...

Assalamualaikum,

Pertama kali menjejakkan kaki ke sini. Apa khabar?


http://www.faridrashidi.com

Unknown said...

semua bentuk musibah yg dtg di dunia ini adalah nikmat kerana dgn musibah itulah kita kembali ingat kpd Allah.

Semua yg terjadi,semuanya dalam pengetahuan dan ketetapanNya..
Kita wajib berusah mencorakkan hari esok kita..

Honeyz said...

salam kak liza ^_^

windu kat akak =D lame x dgr khbr? bz ek? harap akak sihat walafiat hendak-Nya.. aamiiin..

ttg entri kali ni, sgt2 bgs! peringatan yg mendatangkan kesedaran dan keinsafan.. sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada-Nya jualah kita kembali... hanya Dialah yg selayaknya kita sembah, memohon sesautu dan bergantung harap..

kita manusia, aqal fikiran terbatas. kita xkan mampu mengetahui apa yg bakal terjadi, bkn sahaja esok, malah sejam dua dari skrg pn, blm kita ketahui apa bakal berlaku. semuanya dalam perancangan dan ketetapan-Nya jua..

dan sbb kita x tahu tula, kita kena pandai mencorakkan hidup di mase akan dtg.. sntiasa berusaha manfaatkan waktu dgn segala kebaikan.. perbanyakkan berdoa.. dan akhirnya tawakkal sepenuhnya kepada Allah..

WALLAHU A3LAM...

cun09 said...

{{Faridrashidi}}

salam saudara

Sihat alhamdulillah ^_^

Terima kasih sudi ziarah 'umah' saya...

cun09 said...

{{iqbal}}

salam...

"Semua yg terjadi,semuanya dalam pengetahuan dan ketetapanNya..
Kita wajib berusaha mencorakkan hari esok kita.."

tq kongsi 'ayat peringatan' utk akak ^_^

cun09 said...

{{Honeyz}}
salam Hani ^_^

Ada juga org rindukan kak liza eekk...sihat alhamdulillah ^_^
tp masa agak terkejar2...

Terima kasih berkongsi ilmu untuk renungan kita bersama...