Thursday, December 17, 2009

1431 Hijrah...

Salam Maal Hijrah 1431
untuk semua sahabat-sahabat "kehidupan sementara"


Doa Akhir Tahun

“Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Segala puji hanya bagi ALLAH .
Tuhan yang memerintah dan mentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad serta
seluruh ahli keluarga Baginda dan para sahabatnya.

Ya ALLAH,
sesungguhnya pada tahun ini aku telah melanggar
larangan-Mu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan
Engkau tidak redha padanya.
Engkau telah menangguhkan azab-Mu itu yang
telah ditetapkan padaku.
Engkau telah memerintahkan supaya aku
bertaubat dari kesalahan itu.
Sesungguhnya pada hari ini aku memohon
keampunan dari-Mu,
Ampunilah aku dari segala apa yang telah aku lakukan
pada tahun ini yang Engkau redhai dan Engkau janjikan
pahala maka aku memohonnya dari-Mu Ya ALLAH.
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad serta
seluruh ahli keluarga Baginda dan para sahabatnya.
Segala puji hanya bagi ALLAH,
Tuhan yang memerintah dan mentadbir sekalian alam.
Amin…


tasik kenyir 2009...

Doa Awal Tahun

“Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Segala puji hanya bagi ALLAH .
Tuhan yang memerintah dan mentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad serta
seluruh ahli keluarga Baginda dan para sahabatnya.

Ya ALLAH,
Engkaulah Tuhan yang kekal abadi untuk selama-lamanya.
Demi kelebihan-Mu yang Maha Agung dan
kemurahan-Mu yang melimpah-ruah,
sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepada-Mu
perlindungan daripada syaitan yang direjam serta
dari sekalian kuncu-kuncunya.
Aku juga memohon perlindungan daripada
nafsu amarah yang sentiasa mendorong kearah kejahatan
yang melalaikan dengan perkara-perkara yang tidak
mendatangkan faedah daripada mendekatkan diriku kepada-Mu.
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad serta
seluruh ahli keluarga Baginda dan para sahabatnya.
Segala puji hanya bagi ALLAH,
Tuhan yang memerintah dan mentadbir sekalian alam.
Amin…

14 comments:

Dearie Pearls said...

Sahabatku,
Salam Maal Hijrah..

Selamat bercuti dan bergembira..

Honeyz said...

salam buat kak liza ^_^

lamenye rase x jenguk blog akak..
asif jiddan ya ukhti..
agak bz kebelakangan ni.
baru skrg punya kelapangan waktu =D

salam maal hijrah buat akak juga..
semoga amalan kita hari ni adalah lebih baik dari amalan hari semalam, dan semoga amalan kita di hari esoknya adalah lebih baik berbanding amalan kita pada hari ni.. dan begitulah juga seterusnya... sama2lah kita berusaha utk perbaiki diri menjadi insan yg berjaya di dunia n akhirat, inshaAllah.. aamiiin..

Abd Razak said...

Salam...:)

Salam Maal Hijrah...

Moga kita semakin dekat dgn Allah dgn kita memperbaiki segala amalan kita dari hari ke hari...

Unknown said...

Aminnnn Ya Rabb...

cun09 said...

{{Lol}}

salam maal hijrah sahabatku

selamat bercuti panjang ^_^

cun09 said...

{{Honeyz}}

salam Hani ^_^

semoga kita menjadi hamba yang bersyukur...

cun09 said...

{{Abd Razak}}

salam saudara ^_^

semoga kita sama-sama membaiki amalan kita selama ini...agar di rahmatiNYA

cun09 said...

{{Iqbal}}

salam maal hijrah iqbal ^_^

Guru said...

assalammualaikum

ameen... untuk doa tuan rumah.

Hajar said...

Assalamualaikum cun09

Selamat thn baru hijrah, juga tahun baru 2010, moga ikatan persaudaraan semakin utuh sesama kita...jaga diri, hiasi peribadi...

||alis|| said...

salam liza..

salam maal hijrah untuk awak.


miss u too :P

cun09 said...

{{a kl citizen}}

salam maal hijrah ^_^

cun09 said...

{{Hajar}}

salam maal hijrah ^_^

waahhh seronok nyee...akak singgah "umah" liza...
semoga akak n keluarga sihat...nape lama "bercuti" ??

cun09 said...

{{alis}}

salam maal hijrah ^_^

Semoga sihat...