Saturday, December 12, 2009

Memberi...




Tidak susah untuk menggembirakan orang lain.
Mungkin hanya dengan kata,
mungkin hanya dengan senyuman ataupun dengan doa.
Berilah kegembiraan kepada orang lain,
kegembiraan itu akan datang kepada kita semula...



(majalah solusi no. 14)


"Tidak berlalu hari-hari yang tatkala manusia
memulakan pekerjaan melaikan turun dua malaikat
yang satu malaikat berdoa,
Ya ALLAH , berilah ganti kepada orang yang membelanjakan
(iaitu menderma atau mensedekahkan) hartanya.
Sedangkan malaikat yang kedua berdoa,
Ya ALLAH, binasakanlah harta orang yang bakhil"

(Riwayat al-bukhari)


"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya
pada jalan ALLAH ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh
menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula
mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) ALLAH akan
melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya
dan ALLAH Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya,
lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya"

(Surah Al-Baqarah 2:261)

13 comments:

Izzah said...

memberi..dengan seikhlas hati..
memberi..pada yang paling hampir dengan kita dahulu...
semoga pemberian kita akan menjadi penolong kita di hari akhirat nanti..

cun09 said...

{{izzah}}

salam ^_^

"amal anak adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui"

terima kasih sudi singgah 'umah' saya...

Unknown said...

salam kak..
Allah sembunyikan keberkatan rezki melalui sedekah..

saya baru mula berjinak-jinak dgn majalah solusi.itupun selepas pinjam dari kawan..rupanya isu ke 14 dah keluar...kena cari ni~ =)

said...

salam kak...
yanie selalu beri senyuman...
itu jer pemberian yg dpt yanie berikan kat sahabat2...

ikhlas dari hati....

(^_^)

said...

salam pagi kak...singgah sini kejap

=D

Dearie Pearls said...

Salam Sahabatku..
Dengan senyuman, kita boleh menggembirakan diri sendiri dan orang lain.
Selalu mengucapkan 'terima kasih' juga boleh membantu mengeratkan hubungan silaturahim..

Kepada sahabatku ini,
Selamat bergembira.
Jaga diri sentiasa.

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor said...

salam. segala harta yg diberi kpd kita semua anugerah dr Allah. Jgn lupa keluarkan zakat. Samping itu selalu2 lah menghulurkan kpd yg memerlukan nescaya Allah akan melipat gandakan lg kpd kita.

cun09 said...

{{iqbal}}

salam iqbal...

majalah yg tak rugi dimiliki ^_^

cun09 said...

{{Yanie}}

Salam dik Yanie ^_^

Betul Yanie...Antara sedekah yang senang dilakukan adalah senyum tapi ada ketikanya kita terjumpa orang yg begitu susah untuk memberi senyuman...

Senyuman Yanie pada bulan Dec nii begitu canteeq (^_^)
Jaga diri...

cun09 said...

{{LoL}}

Salam sahabat ^_^

Selamat bergembira juga untuk mu sahabat...

**Senyuman Lol... pasti ada yang tunggu di Sabah**

cun09 said...

{{Hajah Nafisah}}

Salam kak...

Peringatan yang baik dari akak...TQ

Ingatlah... rezeki yang diberikan kepada kita, bukanlah milik kita semuanya tetapi juga milik orang lain...

Abd Razak said...

Salam...:)

Maaf ketinggalan memberi komen, tak perasaan saya blog sdri tidak dlm senarai dlm blog list saya bila menukar template baru hingga sdri update blog saya tak perasaan.

Maaf ya!

cun09 said...

salam saudara ^_^

sebenarnya saya dah perasan, tp saya takut saya yg ada bagi komen apa2 kat 'umah' saudara buat saudara marah...tapi saya tetap ke 'umah' saudara utk berkongsi ilmu...

maaf di terima ^_^ walaupun saya rasa tak ada apa2 kesalahan pun...