Friday, April 29, 2011

SeLesai suDaH...


بسم الله الرحمن الرحيم


Membz lagi kee 'tuan umah' niii??

Minggu nii bz ngan kursus,
  sepanjang hari asyik duduk kat kerusi
sakit lama macam terasa lagi, kat kelas pagi tadi, 
eerrmm...sabau jeee laaa.


29.04.2011 
Tarikh nii bukan saja di tunggu2 oleh rakyat Britain, 
tapi keluarga saya juga ada buat majlis hari niii...
Petang tadi selesai sudah majlis pertunangan adik lelaki saya.


Okeh...tak leh nak duduk lama2 kita layan gambar

 


Barang2 pihak kami direka bentuk oleh my sis dan mak teh
Terima kasih juga buat shita, kek simple yang comel  ^_^



Pihak Perempuan




Sessi Kenangan


saya :   ^__^  ...kenapa saya senyum? coz tak sangka saya akan ada adik ipaq

Sunday, April 24, 2011

JanGan DitanGisi Apa yaNg buKan miLikmU...



 بسم الله الرحمن الرحيم
 
Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.


 besut


"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu! ~ milikNYA ~

sumber

saya: cermin diri untuk sedar diri...

Wednesday, April 20, 2011

kHutBah...



بسم الله الرحمن الرحيم


Salam untuk semua sahabat kehidupan sementara
^___^

N3 sepantas kilat tuuu...saje laaa nak kongsi ngan sahabat semua.
Lepas dok cari-cari pasal isi khutbah, tetiba boleh muncul khutbah niii...
sape-sape nak mengenali beliau boleh cari lagi kat sini.



Saturday, April 16, 2011

TaK tErLiHat...



بسم الله الرحمن الرحيم


Tak Terlihatkan...




Tanpa sedar
manusia tidak pernah akan sempurna
tanpa sedar
manusia acapkali melakukan dosa
saban hari saban waktu
walau kecilnya dosa itu
tak terlihatkan
namun semakin menebar
kelam suram hati nurani
meracuni fitrah suci.

Mana datangnya?
rasa resah gelisah
mana datangnya?
rasa bosan mencuka
gerak hati kecilmu sering menjerit rintih
tidakkah kau dengari atau memperhalusi?

Bagai baju yang perlu dibasuh
setelah kau pakai seharian
apakah warna air basuhannya?
putih atau hitam?

Sampai saatnya kau pasti akan bertemu
Pencipta sedia dihadapanmu
kau bawa apa jua amalmu
tidakkah kau rasa takut?
jikalau kau tersungkur ke lembah seksa.

Pintu kembali masih terbuka
Pintalah ampun setulusnya
saban waktu saban detik
atas dosa yang tak terlihatkan
namun terkesan pada jiwa fitrahmu.
 


Sumber: Putra Rman



pic pinjam...tq

saya: cermin diri untuk sedar diri...

Tuesday, April 12, 2011

kEmbALi...


بسم الله الرحمن الرحيم


 
kenangan...kota kinabalu072010


Alhamdulillah...
Bertemu semula di ruang yang tiada sempadan ini,
mudah-mudahan hari ini dan hari-hari yang mendatang akan dilalui
dengan ketaatan kepada ALLAH,
serta menjauhi laranganNYA.
 Semoga sahabat semua sihat dan dirahmati oleh ALLAH...
^___^

Lamanyee menyepi... :-(
menyepi bukan lupa tapi terpaksa lupakan sementara 'umah' ini.
Alhamdulillah, selepas dapat keputusan exam,
bulan lepas saya sudah bergelar pelajar semula, 
dan menghadapi mata pelajaran yang mencabar fikiran saya...
InsyaALLAH saya akan cuba!!! 
Kerja kat opis untuk awal tahun niii pun boleh tahan laaa 'diterjahnya'.
Alhamdulillah, rezeki untuk bos dan pekerja ^_^

Masih ada yang sudi bersahabat dengan saya kee??!!
ucapan terima kasih kepada sahabat yang masih setia singgah di 'umah' saya
dan juga sahabat baru saya...
Tahun ini juga adalah tahun ke-2 (Feb lalu)

'kehidupan sementara' berada di alam maya.
Setakat nii sahabat maya yang saya sudah jumpa,
kak nor dan suaminya.
Selepas niii ada lagi ke yang sudi jumpa dengan saya yeee  ^__^
semoga ukhuwah kita diredhai oleh ALLAH...



Pesanan TGNA:

"Dalam melaksanakan sesuatu perkara, 
kita seharusnya meletakkan akhirat di depan mata, dunia di bawah dagu.
Sekiranya kita berpegang teguh kepada prinsip ini, 
kita tidak mudah merasa sedih, kecewa atau penat 
dalam setiap urusan yang dilakukan kerana kita pasti akan
mendapat ganjaran daripada ALLAH SWT kelak di atas segala kebaikan yang kita lakukan."
"Kita boleh merendah diri tetapi jangan sampai ke tahap menghina diri 
kerana menghina diri hukumnya haram.
Kita boleh merendah diri,
tetapi sekiranya ada orang yang mahu memijak kepala kita,
kita perlu mempertahankan maruah diri dan hak kita.
kita kena bercakap benar walaupun pahit"


saya : peringatan untuk diri saya jugee...

Saturday, April 02, 2011

HambaMU...


بسم الله الرحمن الرحيم





Saya melihat kerosakan umat ini ,saya cuba memperbaikinya, namun tidak mampu,lalu saya cuba memperbaiki masyarakat setempat.Setelah waktu dilalui, masih banyak yang kurang, menyebabkan saya beralih kepada penduduk setempat untuk memperbaikinya,namun tidak banyak juga yang dapat diikhtiarkan.Akhirnya saya memulakan dengan keluarga...barulah saya memahami bahawa perubahan harus bermula dari diri sendiri nescaya berubahlah keadaan sekeliling... 
sumber : - ustaz zahazan mohamed -
saya : cermin diri untuk sedar diri...