Sunday, April 24, 2011

JanGan DitanGisi Apa yaNg buKan miLikmU...



 بسم الله الرحمن الرحيم
 
Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.


 besut


"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu! ~ milikNYA ~

sumber

saya: cermin diri untuk sedar diri...

10 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله..:)

Sahabatku, moga Allah kurniakan kesihatan buatmu serta sentiasa dalam perlindungan~Nya..

Muhyiddin Ibn Araby berkata, "Jika ditahan permintaanmu maka bererti engkau telah diberi, dan jika segera diberi permintaanmu bererti telah ditolak dari sesuatu yang lebih besar. Kerana itu utamakan tidak dapat, daripada dapat, dan sebaiknya seorang hamba tidak memilih sendiri, tetapi menyerah sebulat-bulatnya kepada Tuhan yang menjadikannya, yang mencukupi segala keperluannya.

cun09 said...

{{abd razak}}

salam sahabat ^_^

syukran kongsi ayat -Muhyiddin Ibn Araby-

"...Kerana itu utamakan tidak dapat, daripada dapat..."
-berape ramai boleh fikir camnii?-

Melatidaisy said...

salam alaik akak :)

ape kbo? hope sihat n senyum2 slalu..sori lame x menjenguk..bru dpt peluang utk kembali berblogging.. syukran utk perkongsian penuh hikmah ini..semoga kita sentiasa redha dengan apa yg hilang dar kita kerana semestiNya Dia ingin menggantikanNya dengan sesuatu yg lebih indah..Sesungguhnya perencanaanNya Maha Hebat..

salam rindu dr melatidaisy :)

p/s: gmbar kt besut? akk mai besut ea? last week 2 kali sy g KT,ade urusan kt wisma darul iman n HSBC kt bndar KT.. mmg terfikir nk contact akak, tp syg nye sebelum ni x penah mtk no fon akak..lom ade rezeki lagi :)

Qawiem Khairi said...

assalamualaikum wbt,

apa khbar?
hamba singgah sini,
ingin mengucapkn ribuan terima kasih,
atas peningln jejak di lautan rabbani,
moga kehidupan kita juga Allah kasih.

utk artikel di atas,
smart n steady,
mempelajari sesuatu. (",)

~ mQ ~

Izariza said...

sedang kita terlalu sibuk memikirkan kenapa kita tidak berupaya menggapai apa yang kita mahukan, berapa banyak perkara yang telah kita syukuri rahmatnya selama ini .. Salam Cun, thanks for this significant reminder. Sesungguhnya hati yang 'hidup' adalah hati yang sentiasa bermuhasabah :)

Semoga kamu baik-baik dan ceria selalu ^^,

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Tujuan kita hidup adalah untuk mencapai keredhaan Allah (mardhatillah) Surah AnNisa:114وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٲلِكَ ٱبۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِ ٱللَّهِ فَسَوۡفَ نُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمً۬ا Dan sesiapa yang berbuat kebaikan dengan mencari keredaan Allah, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar. Tidak dinamakan redha selagi kita belum diuji kemanakah kedudukan sebenarnya kita. Setelah kita turun ke dunia, kita mesti mengikut petunjuk walau apa cara sekalipun kerana dakwaan Allah SWT, bahawa petunjuk akan sampai pada setiap orang Surah AlBaqarah:38فَإِمَّا يَأۡتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدً۬ى فَمَن تَبِعَ هُدَاىَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡہِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ Maka adapun ia pasti datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Jadi bagaimana cara untuk mendapatkan petunjuk itu adalah mengikut pemilihan kita kerana kita diberi 2 pilihan hidup samada jalan kesyukuran atau jalan kekufuran Surah AlBalad:10وَهَدَيۡنَـٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ (١٠ Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi). Kita disuruh untuk mencari penumpuan kebahagiaan diakhirat disamping tidak lupa nasib/bhgn didunia. Surah AlQasas:77وَٱبۡتَغِ فِيمَآ ءَاتَٮٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلۡأَخِرَةَ‌ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ
Mana yang tidak perlu dan bukan milik kita, tak perlulah kita rebut sampai lupa matlamat pencapaian kita. Apalah yang hendak kita kejar sangat di dunia ini walhal pendekatan kita terhadap AlQuran amat jauh sekali. Sejauh manakah kita meluangkan masa kita mempelajari dan mentadabbur AlQuran? Kerana dikhuatiri bahawa jika kita tidak mempelajarinya, maka kita tidak ada nilai sesuatu pun disisi Allah SWT Surah AlMaidah:68قُلۡ يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡكِتَـٰبِ لَسۡتُمۡ عَلَىٰ شَىۡءٍ حَتَّىٰ تُقِيمُواْ ٱلتَّوۡرَٮٰةَ وَٱلۡإِنجِيلَ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكُم مِّن رَّبِّكُمۡ‌ۗ Katakanlah: Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu agama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran).
Sudahlah harta dan pangkat yang dikejar tidaklah setinggi mana malah akhirnya yang tinggal pada kita adalah kekufuran demi kekufuran pada ayat2 Allah SWT . Na`uzubillahi minzaalik. Wallahualam

cun09 said...

{{melatidaisy}}

salam dik...

kesihatan k'liza kurang memuaskan, moge adik sihat n kembali berjuang kt uia ^_^

**moge kita dpt jupe nanti..insyaALLAH**

cun09 said...

{{~ mQ ~}}

salam sahabat...

terima kasih juga kerana tinggal jejak ^_^

**moge sihat**

cun09 said...

{{izariza}}

salam sahabatku ^_*

moge kamu sihat...

bila kita sedang bergembira kita lupa bersyukur, bila kita ditimpa kesusahan, kita bertanya kenapa ini berlaku pd diriku...manusia memang pelupa...

cun09 said...

{{tajnur}}

salam sahabat...

peringatan yg begitu canteeq dr sahabat...terima kasih sudi tinggalkan komen ini...

**moge sihat**