Friday, March 04, 2011

Boleh ke?...


بسم الله الرحمن الرحيم

Enam petang, 
Hajar masih di pejabat, setia dan tekun menyelesai kerja-kerja di mejanya.
Tangan Hajar mencapai telefon bimbitnya...
" Esok hari minggu, kau free? Boleh hantar Sarah ke klinik tak?"
Hajar menaip...
"Esok kalu aku free aku bagitau" - send

Sepuluh pagi...
" Sorry Sarah lewat sikit, ada orang mai umah tadi..."
Sarah membuka pintu kereta Hajar...Lima orang anaknya masuk...
"Aku yang patut mintak maaf, selalu menyusahkan kau jeee"
Hajar tersenyum memandang Sarah yang sedang
sarat mengandung anak ke 6...

Selesai aktiviti di klinik...
" Hajar kita singgah kat tasik nii kejap, boleh? 
Dah lama anak-anak aku tak datang sini, abahnya asyik kerja"

Bawah pokok di tepi tasik...
Sambil melihat gelagat anak-anak Sarah bermain buaian,
Hajar tersenyum sendirian sambil membuka plastik kacang
"Hajar boleh aku cakap sikit?"
"Eeermm..."
sambil matanya melirik pada Sarah yang sedang minum...
"Kalu aku cakap, kau jangan marah eeaakk"
"Eeermm..." 
Masih setia memegang plastik berisi kacang...
"Kita dah berkawan sejak tingkatan 3 lagi...sekarang dah hampir 21 tahun"
Sarah memandang Hajar yang setia mendengar kata-katanya...
"Sebenarnya aku nak bagitau sesuatu kat kau...
tapi engkau jangan tekejut pulak...
apa kata kita bermadu?,
sebelum umur kita 40 tahun bolehlah kau dapat anak...
dah lama aku fikir nak bagitau kat kau,
tapi rasanya hari niii yang paling sesuai agaknya"
Hajar tersenyum...
"Kelakar betul laaa kau niii Sarah,
ada pulak kau boleh terfikir sampai macamniii"
"Hajar, tak ada apa yang nak kelakar...aku cakap betul laaa"

Dipejabat...
"Hajar...bos nak jumpa kau tuuu" 
Lamunan Hajar terhenti seketika 
dan tersenyum bila mengingatkan peristiwa
bersama Sarah kelmarin...


Jika anda seorang isteri seperti Sarah...
Jika anda seorang sahabat seperti Hajar...
Jika anda seorang suami yang mempunyai isteri seperti Sarah...
Apa komen anda???



pic pinjam...tq

saya :

MySpace