Wednesday, February 16, 2011

Surau Al - Iman...

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam untuk sahabat 'kehidupan sementara' 
^__^
Alhamdullillah, majlis pelancaran kutipan dana
untuk surau al - Iman berakhir jugee...
Majlis di mulai dengan solat hajat yang di imam oleh Ustaz Azhar,
tazkirah dan pelancaran terus di lakukan dan di akhiri dengan jamuan.
Ustaz Azhar sempat berpesan, 
walau pun di tulis untuk mendirikan surau tapi 
biarlah pemilik tanah ini niat jadikan masjid.
Walaupun surau ini dibom tapi kita semua 
masih boleh lagi beriktikaf disini.

Citer dari Ustaz Azhar

Kisah RM 50 dan RM 1

RM 1 : Lama kita dok jupe yee, ko kat mana sekarang?

RM 50 : Aku sekarang dah kat tempat baru.

RM 1 : Kat mane ?

RM 50 : Aku kat Genting, best dok sane...ko kat mane?

RM 1 : Aku masih di tempat lamee...dalam tabung surau.

(Ustaz Azhar masih lagi cakap ghanu, saya jee yg ubah ^_^)

Pagi tadi saya telah dimaklumkan dana yang dapat 
dikumpulkan sepanjang majlis RM 20,220.00 
(Alhamdullillah duit RM 50 lebih banyak drp RM 1,
kes citer kat atas kot ^_^)
Ada juga yang ingin memberi bata, pasir dan kayu.

Semoga di permudahkan oleh ALLAH
segala urusan pembinaan surau al -iman.


majlis makan


  
solat hajat dan tazkirah


saya : tanya hati saya jugee...nak tanyee lagi kee!!!

Tuesday, February 15, 2011

12 Rabiulawal 1432 H

بسم الله الرحمن الرحيم




tq...pic pinjam

Salam Maulidur Rasul Untuk Semua Sahabat ‘Kehidupan Sementara’

Setiap tahun kita semua menyambut Maulidur Rasul
Ada yang buat majlis itu...
Ada yang buat majlis ini...
Tidak salah kita mendengar berulang kali riwayat kekasih ALLAH,
bila ustaz menyoal, mulalah kita pandang kiri dan kanan,
isteri Rasul, anak Rasul, 4 wanita hebat menjaga Rasul ketika kecil...
tersasul-sasul kita nak menjawab...
Yee kita seorang yang pelupa...

Cinta kah kita kepada Rasul ??

Apa kah perkara-perkara yang kita lakukan untuk menunjukkan yang kita mencintai Rasul ??

Apa kah balasan yang kita berikan kepada Rasul,
setelah apa yang telah baginda lakukan untuk kita sebagai ummatnya ??

Adakah sifat-sifat yang ada pada baginda kita contohi ??

Pernahkah kita tanya soalan ini kepada diri kita sendiri ??
Kita takut kalau2 kagum kita kepada Rasul hanya di mulut bukan di hati...
kesusahan dan keperitan yang baginda lalui untuk menyebarkan islam
lebih hebat daripada apa yang kita lalui...
Kita beriman perkara yang sama seperti baginda,
tapi sedalam mana keimanan dan keyakinan kita kepada ALLAH ??
kita sepatutnya melihat dan mencotohi Rasulullah SAW
Moga hati kita dapat mengenal sirah dan sunnah baginda...

saya : cermin diri untuk sedar diri...

Sunday, February 13, 2011

Infaq...


بسم الله الرحمن الرحيم



Salam untuk sahabat 'kehidupan sementara' 
^__^

 n3 baru lagi !!!
sebenarnyee n3 nii begitu istimewa untuk kita semua
kepada sahabat yang nak keuntungan yang sangat-sangat-sangat-sangat BESAR
pelaburan yg begitu tinggi keuntungannyee
mane2 pelaburan memang tak leh nak bagi punyee
Kepada sesiapa yang berminat sila ke : 
RHB Islamic Bank Berhad 21306160003093
(tiada paksaan,tanya hati kita) 
Kepada yang berada sekitar tempat ni boleh juga datang pada :
Hari - Selasa, 12 Rabiul Awal 1432H (15 Februari 2011) 
Jam - 11.00 pagi - 3.00 petang 
Tempat - tapak surau ( Jalan Siakap) 
(penceramah bebas yg begitu istimewa di terengganu)


saya : tanya hati saya jugee...nak tanyee lagi kee!!!

Saturday, February 12, 2011

Peringatan...

بسم الله الرحمن الرحيم


Bertemu semula di ruang yang tiada sempadan ini, mudah-mudahan hari yang mendatang akan dilalui dengan ketaatan kepada ALLAH serta menjauhi larangan ALLAH.

Sebenarnyee cerita niii udah basi…tapi nak jugee kongsi ngan sahabat semua dan jadikan kenangan dan pengajaran untuk saya…almaklum laaa jari2 nii tak sempat nak ketuk keyboard…


 Program: Panggilan Sakaratul Maut
Ustaz Haji Abdullah Khairi  Bin Haji Haroon
(org penang mesti tau macammana ustaz nii bagi ceramah...)


Sabtu 22.01.2011, hari tuuu saya begitu seronok sangat2 sebab tak pernah datang ke mana2 program yg melibatkan semua keluarga saya dapat datang, tapi ALLAH telah membuka pintu hati kami semua untuk melangkah supaya menyertai majlis ilmu yang cukup bermakna bagi saya dan yang dapat datang pada majlis tuuu…

Sempat saya memujuk seseorang sehari sebelum majlis niii... program nii kita sendiri kena pegi dengar, dok aci wakil2 sebab sakaratul maut tak boleh hantar wakil, kita setiap makhluk akan merasainya…akan sampai juga waktu untuk kita…

Majlis dimulai dengan bacaan ayat suci al-quran oleh adik yang berusia 7 tahun (bukan dr Malaysia) , Lepas tuuu di tayangnya video, bermulanya kejadian kita…kehidupan sementara kita di dunia…dan diakhiri cara mana kematian kita nanti…

Antara video yang buat kita terasa ialah kisah seorang
ulama yang sudah meninggal, tapi Allahyarham masih dapat
mengislamkan seorang pilot ketika 
membawa jenazah pulang ke negeri Allahyarham,
kerandanya tidak perlu menaiki kenderaan,hanya bertukar tangan terus sampai ke kubur,
betapa ramainya orang yang menziarahi Allahyarham...
kita yang masih hidup niii, dah berapa orang kita dapat mengislamkan saudara kita?

Begitu banyak ilmu dan pengajaran yang dapat di kutip melalui program ni,
tangisan anak2, ibu2 dan saya rasa ayah2 juga ada yang mengalirkan air mata...
semoga majlis ilmu ini selalu menjadi peringatan untuk saya...


saya : terima kasih kpd seorang sahabat yang masih sudi menghantar 
email utk saya...maaf saya belom sempat nak ke blog sahabat ^_^