Sunday, January 31, 2010

Jalan kita...

( Isyrak di sg. jagong, sg. petani )

"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,

maka ALLAH jadikan kekayaannya dalam jiwanya.

ALLAH mudahkan segala urusannya dan dunia akan

datang kepadanya dengan hina

(iaitu dalam keadaan dirinya mulia).

Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya,

maka ALLAH akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya.

ALLAH cerai -beraikan urusannya, dan dunia pula tidak

datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya

(iaitu dalam keadaan dirinya hina)."

(riwayat al-tirmizi,dinilai hasan oleh al-albani)

saya : sematkanlah dalam hati hambamu ini agar akhirat jalanku Ya-ALLAH...

Wednesday, January 27, 2010

Marah...

Manusia diciptakan oleh ALLAH dengan
memiliki berbagai-bagai bentuk emosi.

Marah merupakan salah satu bentuk emosi
yang dialami oleh setiap manusia.

Sifat marah ini merupakan sifat semula jadi.

Sifat marah yang sudah mula bertapak dalam hati
jika tidak dibendung,
lama-kelamaan akan memakan diri sendiri
dan akan membawa padah kepada
orang yang kita sayangi dan hormati.
Malah boleh membawa keburukan dan kemudaratan
kepada keadaan sekeliling kita.

Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu,
perasaaan marah sangat berguna kepada manusia.
Bahkan sekiranya digunakan dengan betul akan
memberi kekuatan pada diri sendiri untuk
bertindak membetulkan keadaan.

(majalah solusi isu no:15)

“ Perasaan marah laksana ubat yang berguna tetapi

haruslah digunakan secara berhemah agar

berperanan mengubati penyakit yang dideritai,

sebaliknya ia akan bertukar menjadi racun

yang membahayakan seseorang jika tidak

menepati kaedah preskripsi yang dianjurkan oleh pakar

– Imam Al-Ghazali”


“Marah dalam diri umpama senjata di tangan,

boleh memberi kebaikan dan boleh juga membinasakan”

Sumber : Solusi isu no. 15

Saya: Ya ALLAH sesungguhnya sifat amarah
juga berada dalam diri ini…
Ya ALLAH berikanlah hambamu ini sifat kesabaran
apabila menghadapi kemarahan…

Saturday, January 23, 2010

Selamat Pengantin Baru...

Alhamdulillah…
bersyukur kepada ALLAH kerana diberi peluang
kepada saya untuk bersama-sama sahabat semua
di ‘umah’ ini, setelah sekian lama ‘pintu ditutup’.
Ikutkan kerja memang penuh...
tetapi untuk sepupu (yang terdekat),
saya powerkan diri memandu kereta…
(seronoknya kalau jadi penumpang)
menuju ke utara…

Selamat pengantin baru untuk
Mohammad Rusydee dan isteri
Semoga dirahmati dan diberkati oleh ALLAH...

Saturday, January 09, 2010

Diri kita...


Orang kata kita 'syaitan',
kita marah,
sedangkan kita memang memiliki sifat-sifat syaitan.
Cuba semak diri kita apakah kita;

Seorang yang pemarah ?
Cepat marah dan suka marah-marah ?
Seorang pendendam dan menyimpan hasad dengki dalam diri ?
Seorang bakhil dan amat cinta kepada harta ?
Seorang yang tamak dalam apa juga bahkan makanan dan juga percakapan ?
Seorang yang suka bermegah-megah dengan barang perhiasan,
kecantikan mahupun anak-anak ?
Seorang yang kagum kepada diri sendiri dan sangat riak ?
Seorang yang alpa kepada suruhan-suruhan agama ?

Jika jawapan kita ya, memanglah kita ‘syaitan'...



(Tasik di zoo Taiping)