Friday, July 31, 2009

Julai 2009...

Hari ini adalah hari Jumaat terakhir untuk bulan Julai 2009...
Hari ini orang yg pertama sampai kelas...saya laa...
sebenarnya hari ini ada ujian tapi kerana rajin sesangat...
baru nak buka buku, sebab tuu laaa awal...
soalan??!!... senang bg yang study,
bg saya... balasan orang yg buka buku saat-saat terakhir...
rasakan... (^-^)
Bulan Julai ini juga bulan yg terasa sangat kehilangan saudara,
walaupun jarang2 berjumpa tp 2 minggu sebelum dia meninggal
(23.07.2009) ada pergi menziarahi dekat hospital sg. buloh dan tetiba...
rasa baru sangat...penyakit yang tidak dapat diubati lagi,
seorang perempuan (31 tahun) yang
mempunyai 2 anak lelaki,
suami sudah meninggal, ibu dan bapa pun meninggal
masa dia sekolah lagi...
KEHIDUPAN SEMENTARA
AL-FATIHAH
Rasulullah bersabda :
" Ingatlah mati !! Demi zat yang di jiwaku dalam kekuasaanNYA,
kalau engkau tahu apa yang aku ketahui tentulah
engkau akan sedikit tertawa dan banyak menangis"

Hari ini juga my sis buat projek kat dapur...

*


*

*

*

ikan kerapu masak masam-manis, telur dadar n puding...

Thursday, July 30, 2009

Siapakah kita?...


Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan
tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan
kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin,
Tuhan sekelian alam.
Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi
dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang
diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an,
Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2
kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang
yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka
bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya
itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya
Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan
kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.
Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan
di depan matanya tidak sedikit pun ada
kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu
Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat
lidahnya untuk membaca
selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.
Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu
membaca dan meneliti
akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu
mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat
dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak
mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah
ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang di timpa musibah lalu dia
kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",
sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang
yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan
dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur
dengan apa yang ada dan tidak loba akan
kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan
nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk
hari kematiannya kerana dunia ini berusia
pendek sedang akhirat kekal abadi
Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya
berusaha sekuat tenaga untuk dunianya
sedangkan akhiratnya diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang
yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.
Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah
orang yang tidak memperdulikan akan
halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.
Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang
kerana hanya dua syarat saja yang
memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang,
pertama sekiranya ia haid dan
kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai
usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan
ibadat dan amal-amal kebaikkan.
Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda
yang menyangka bahawa kematian itu
berlaku hanya pada orang tua.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang
mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah
orang yang mati membawa amal amal kebaikan
di mana kuburnya akan di perluaskan
saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit
adalah orang yang mati tidak membawa
amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang
yang menghuni syurga kelak kerana telah
mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
*
*
*
siapakah kita??... siapa... yaa..??...

Monday, July 27, 2009

Bonda...

Hari ini 27072009 my mum besday, oleh kerana hari nii...
hari bekerja dan hari puasa maka upacara
makan secara "menu cepat" diadakan...

sate...

manggis yg manis...
*
*
*

* Semoga ma akan sentiasa sihat wala'fiat dan
sentiasa di bawah lembayung rahmatNya
* Semoga ma dipanjangkan umur dan kurniaan umur
itu dapat dimanfaatkan dgn sebaiknya
* Semoga ma sentiasa dimurahkan rezeki yang halal
* Semoga ma diberkati dan dirahmati oleh ALLAH di dunia dan akhirat
* Kami semua sayang ma
* Pengorbanan ma tidak mampu kami balas hanya ALLAH
yang layak membalas segala penat lelah ma membesarkan
kami 4 beradik hingga berjaya
Terima Kasih ma !!!
*
*
Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya bau Syurga itu tercium dari perjalanan
sejauh lima ratus tahun,
namun orang yang derhaka kepada orang tua
tidak akan dapat mencium baunya.
Tidak pula orang yang memutuskan sanak saudara"
(buat ingatan untuk diri ku)

Saturday, July 25, 2009

Kehidupan Sementara...

Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

1. Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji

2. Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya

3. Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)

4. Tidak! sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah"

5. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia " Al- Hutamah" itu?

6. "Al- Hutamah" ialah api ALLAH yang dinyalakan (dengan perintahNYA)

7. Yang naik menjulang ke hati

8. Sesungguhnya api neraka itu di tutup rapat atas mereka

9. (Mereka terikat disitu) pada batang-batang palang yang melintang panjang

( AL- HUMAZAH ayat 1-9 )

Sunday, July 19, 2009

Celik Mata Hati...


(majalah solusi isu no. 9)
Pandangan mata, sifatnya menipu.
Pandangan akal (fikiran) pula boleh keliru.
Pandangan nafsu selalu melulu.
Pandangan yang paling tepat dan hakiki ialah
pandangan mata hati...

Mata lahir VS Mata hati
Mengapa mata hati menafikan
penciptaan kali kedua (akhirat)
sedangkan mata lahir telah menyaksikan
penciptaan kali pertama (dunia)
dengan begitu terang dan nyata ?
(Setelah mereka melihat dan memerhatikan
makhluk-makhluk yang Kami ciptakan itu)
maka adakah Kami telah lemah dengan ciptaan yang pertama itu
(sehingga Kami tidak dapat mengadakannya semula ? Tidak !
Dan mereka pun tidak mengingkari kekuasaan Kami.)
Bahkan mereka berada dalam keadaan keliru dan ragu-ragu
tentang ciptaan makhluk-makhluk (hidup semula)
dalam bentuk yang baru.
(surah Qaf 50 : 15 )

Friday, July 17, 2009

Adik lelaki...


Hari nii sajee buat makan2 sikit sempena besday adik lelaki...

Chocolate Rich Brownies order dr shita (SFC)

Ini tak order tp... free dr shita (SFC)...TQ...

Lauk-lauk campur untuk besday my bro...

Wednesday, July 15, 2009

Durian + Pulut...

Durian...

Durian + Pulut = Boleh tahan...


Kuah...

Nasi pulut...

Hari ini my bos buat kenduri, durian + pulut untuk pekerja...
kebetulan ada pelanggan yg datang...semuanya telah disapu bersih
REZEKI...

Cheezy spongy...


Ini cheezy spongy yg. my sis order dr Shita (SFC)...

Monday, July 06, 2009

Hati...



Masih ' bernyawakah' hati ?


*



*


Bersyukurlah kalau hati masih berasa
keluh-kesah, gundah, bimbang dan cemas
apabila terjerumus dengan perbuatan dosa.
Itu petunjuk bahawa hati masih 'bernyawa'.
Masih dibuka ruang untuk berubah.


Bersyukur kepada ALLAH sekiranya 'terpilih' menjadi
orang yang mudah melakukan kebaikan
dan mudah pula menjauhi kemungkaran.


Hati tak ubahnya istana halimun,
sebuah keindahan yang tak nampak,
sebuah keagungan yang tak terlihat,
namun bisa dirasakan.
Akan tetapi, bila hati sudah ternoda dosa,
gelembung pahitnya tercicipi setiap kalangan,
ibarat santapan di sebuah pesta hidangan.
Hati bukanlah tuhan.
Tapi jangan biarkan hati menjadi sarang-sarang setan.
Bergantung hanya kepada hati adalah bualan sufi murahan.
Namun mengabaikan masalah hati adalah awal sebuah kesesatan.
Hati bukanlah gudang kebenaran.
Hati hanya tempat persinggahan petunjuk yang
dipahami melalui ajaran Al Qur’an.
Menuhankan hati adalah kenistaan,
namun menutup hati berarti membuka pintu kesombongan.

{{Sumber: Suci Hati Bersama Nabi ( Abu Umar Basyir ) }}