Sunday, September 20, 2009

1 Syawal...

Bermaaf-maafanlah dari hati ke hati...
Bukan bermaaf-maafan sekadar nak amik hati...
SALAM AIDILFITRI 1430H
Untuk semua sahabat-sahabat 'kehidupan sementara'





Roh Aidilfitri


Bukan kesibukan membeli-belah
Dan bergaya serba indah
Bukan hidangan aneka juadah
Lalu menyombong dan bermegah
Bukan kemeriahan pulang ke desa
Bukan kehebatan rumah terbuka

Roh Aidilfitri adalah
Kesyukuran atas kemenangan
Melawan menunduk hawa nafsu
Selama sebulan mendidik kalbu
Yang dipupuk dengan keikhlasan
Yang dibajai dengan keinsafan
Maka terjernihlah keimanan
Maka berserilah ketakwaan

Roh Aidilfitri adalah
Kesudian menerima kemaafan
Kerelaan memberi keampunan
Lalu terbinalah ukhuwah persaudaran
Lalu terpancarlah cahaya kemesraan

EHSAN JAMILY
PARIT KEROMA
MUAR


**********************************************************************



Terima kasih...



adik Honeyz




Sahabatku Lol




Kak Nor





Kak Mizan

Saturday, September 19, 2009

Tawaran ALLAH...


‘Offer’ ALLAH… Kenapa Kita ‘Sayonara’ kan?

Setiap tahun Ramadhan telah mendedahkan siapa diri kita…
Tapi dengan sikap ego,
kita langsung tidak ambil peduli untuk memperbaiki diri…
Ramadhan telah mendedahkan yang kita ini hanya mulut sahaja
cakap hamba ALLAH, tetapi diri ini menyerah sebagai hamba nafsu…

Adakah pekung kita telah pecah ?
Jangan sampai Ramadhan ini sebagai adat sahaja bukan ibadah…

Ramadhan telah membongkar segalanya hipokrit kita…
Dalam pada ALLAH menawarkan sesuatu yang tidak mampu
ditawarkan oleh mana-mana raja dan kerajaan di atas dunia ini,
tapi kita hanya memandang sepi…
Apakah tawaran ALLAH ini masih terlalu kecil lagi pada kita ?
Kalau kita belum lagi terasa terliur dengan tawaran ALLAH,
bermakna diri kita belum lagi diproses oleh Ramadhan…

Ya ALLAH itulah sebenarnya diri aku ini…
cukup ego dan sombong menerima kebenaran dari-MU…
Setelah pendedahan dan pembongkaran Ramadhan ini,
bilakah saat dan ketikanya kita akan sedar dan menerima kebenaran,
membetul kesilapan dan membuat perubahan ?
Ramadhan tahun hadapan ? Kalau ada…
Tetapi bagaimana kalau tiada…

Ya ALLAH maafkanlah segala kesalahan dan kealpaan kami.
Pimpinlah kami kearah keredhaan-MU…

Wednesday, September 16, 2009

Menjawab...


١-copy gambar amal Islam di atas..
copy satu post ni pun tak mengapa..
cuma tukar sket yg mana tak berkenaan..
mudah dan menjimatkan masa..
harapnya begitu la..
siap...TQ
٢-kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka
melakukan perkara yang sama. Ingat..!!! 10 orang tahu..
Lebih2??? lagi bagus. Kalau nak bagi semua..?? amat digalakkan..
Juga kepada sahabat yang sudi untuk menjawab
٣-gambar ini hak cipta tidak terpelihara..
jadi sebar-sebarkanlah ye..
InsyaALLAH...
٤-perkara yang wajib anda lakukan?? senang jer..
lakukan apa yang ditulis dekat gambar diatas..
kalau tidak nampak?? zoom la..
InsyaALLAH...

********************

Terima kasih untuk soalan cepumasss...(tag)
daripada adik Honeyz ...

Masa nak ambil tag nii memang saya takut...

mampu ke saya untuk menjawab soalan no 4 ?

Tapi soalan ini memang cantik untuk disebarkan sempena Ramadhan ini dan juga untuk sepanjang kehidupan sementara kita...

Wednesday, September 09, 2009

Kehidupan sementara...

Hari semalam atau kelmarin ialah hari yang berlalu.
Tiada kesempatan lagi ditangan kita. Walau sedikit pun. Telah selesai.
Apa yang tinggal hanya kenangan dan kesannya sahaja.
Sama ada bermanfaat,gembira,rugi, menyesal atau sebagainya...

Hari esok ialah hari yang kita tidak tahu akan ditemui atau tidak.
Belum tentu…

Hari ini di saat mana kita berada di dalamnya harus dipergunakan.
Sebelum hilangnya kesempatan dan bertaubat sebelum terlambat.
Kerana di hari esok kita mungkin sakit, sibuk, kesempitan wang,
hilang semangat dan sebagainya.

Maka sebaik-baik perbuatan atau amalan ialah memanfaatkan
waktu tatkala masih ada saatnya.
Jangan lalai,jangan bertangguh dan jangan…
sebaliknya bersegeralah dan bersungguh-sungguh dalam
kehidupan sementara ini…

Berfikirlah ketika memandang orang gila yang mengumpul
barang-barang terbuang, adakah kita akan mengumpul perkara-perkara yang tidak bermanfaat untuk dibawa balik ke akhirat nanti…




“Maka yang mana satu di antara ni’mat-ni’mat Tuhan kamu,
yang kamu hendak dustakan ?
Maha sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemulian

(Surah Ar-Rahman ayat 77-78)

Sabda Rasulullah SAW :
“ Celuplah jarimu ke dalam laut…
Air yang menitis dari jarimu adalah nikmat dunia dan
yang baki air laut yang terbentang luas itulah nikmat Syurga…”
...N3 ini dituju khas untuk diri sendiri
...hamba yang lemah dan tidak sempurna...

Monday, September 07, 2009

17 Ramadhan...


Sempena Nuzul Al-Quran marilah kita bersama-sama menjadikan kitab suci itu sebagai pedoman dan panduan hidup kita.
Sesungguhnya semua hukum dan peraturan ALLAH menjadi penyelamat di dunia dan akhirat…


“ Dan kalau kamu ada menaruh syak mengenai apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggillah orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain daripada ALLAH, jika betul kamu orang yang benar “

(Surah al Baqarah ayat : 23)

“ Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang benar (iaitu ajaran Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh bahawa mereka beroleh pahala yang besar”

(Surah al-Isra’ ayat : 9)


“Kami turunkan kepadamu Al-Quran agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan”

(Surah An-Nahl ayat : 44)


“ Dan Kami turunkan dari ayat Al- Quran itu penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan tidak menambahkan orang yang zalim kecuali kerugian”

(Surah al-Isra’ ayat : 82)

Wednesday, September 02, 2009

Kurma...



Kenapa perlu berbuka dengan kurma?
Ketika berbuka puasa Islam menganjurkan umatnya agar berbuka dengan buah tamar dan air. Kurma akan memberikan tenaga dengan cepat kepada badan. Apabila kita menyoroti kisah Maryam ibu Nabi Isa AS, Maryam telah bersandar pada pangkal pokok kurma di saat merasa sakit melahirkan anak. Lalu Allah SWT telah mengutuskan malaikat untuk memberitahu supaya digoncangkan pohon kurma untuk mendapatkan kurma yang masak. Daripada kisah ini dapat kita membuat kesimpulan bahawa kurma boleh membekalkan tenaga kepada Maryam tatkala merasa sakit untuk melahirkan Nabi Isa AS.
Kurma juga bertepatan dengan sunnah Nabi SAW. Kurma merupakan buah yang sangat berkat untuk dimakan. Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepada umatnya untuk berbuka dengan kurma pada bulan Ramadhan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;“Apabila seseorang dari kalangan kamu berbuka, maka hendaklah dia berbuka dengan tamar. Jika dia tidak ada, maka hendaklah dia berbuka dengan air kerana ia adalah penyuci."(Diriwayatkan oleh Abu Daud, kitab Puasa, nombor 2355 dan At-Tirmizi, kitab Sedekah, nombor 658)
Dari Anas, sesungguhnya Nabi SAW berbuka puasa dengan beberapa ruthab sebelum solat, kalau tidak ada ruthab, maka dengan beberapa kurma matang, kalau tidak ada, maka dengan meneguk beberapa tegukan air putih. (HR. Abu Daud dan Tirmidzi)

Kurma makanan kesihatan
Jelas disebalik sunnah Nabi SAW mengandungi manfaat yang banyak untuk kesihatan. Itulah sebabnya Rasulullah SAW memilih kurma berbanding makanan lain untuk berbuka puasa. Ini tidak lain dan tidak bukan ialah kerana kurma mempunyai kandungan yang baik untuk kesihatan.

Jika melihat dari sudut sains pula apabila saat untuk berbuka, organ-organ pencernaan mula aktif dan perlu diberikan sesuatu yang lembut. Ini akan menyebabkan organ-organ pencernaan memulakan kerjanya dengan perlahan-perlahan untuk terus mencernakan makanan yang lebih berat. Sebagai contoh di dalam kehidupan seharian, untuk melicinkan pergerakan sesebuah kenderaan ianya perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum bergerak. Ianya juga bertujuan untuk memastikan hayat kenderaan lebih lama.
Begitu juga dengan tubuh badan kita. Kesihatan sangat diperlukan untuk memudahkan melakukan ibadah bukan sahaja di bulan Ramadhan. Seperti kata pepatah arab berbunyi “al-aqlus salim fil jismi ssalim” yang bermaksud: ‘aqal yang sihat lahirnya daripada badan yang sihat’.

Kurma menghilangkan lapar dan dahaga
Keadaan orang yang sedang berpuasa sangat memerlukan makanan yang mempunyai gula yang mudah dicerna dan yang boleh menghilangkan rasa lapar. Nutrisi makanan yang paling cepat dicerna dan sampai ke darah adalah gula khususnya makanan yang mengandungi satu atau dua zat gula (glukosa atau sukrosa). Ini kerana tubuh mampu menyerap dengan mudah dan cepat zat gula hanya dalam beberapa minit. Apatah lagi jika perut sedang kosong, seperti orang yang berpuasa ini.
Jika kita mencari makanan yang boleh menyamai dua kandungan sekaligus (menghilangkan lapar dan dahaga), maka kita tidak akan menjumpai makanan yang lebih baik daripada apa yang disarankan oleh Nabi SAW. Iaitu kurma.

Kandungan gula dalam kurma
Berdasarkan kajian yang dibuat, menyatakan bahawa satu bahagian kurma yang dimakan menyamai 86-87% beratnya mengandungi 20-24% air, 70-75% gula, 2-3% protein. Manakala mengandungi hanya 8.5% serat. Berdasarkan penelitian, juga ditemui bahawa ruthab (kurma segar) mengandungi 65-70% air berdasarkan berat bersihnya, 24-58% zat gula, 1.2-2% protein dan 2.5% serat.