Wednesday, September 09, 2009

Kehidupan sementara...

Hari semalam atau kelmarin ialah hari yang berlalu.
Tiada kesempatan lagi ditangan kita. Walau sedikit pun. Telah selesai.
Apa yang tinggal hanya kenangan dan kesannya sahaja.
Sama ada bermanfaat,gembira,rugi, menyesal atau sebagainya...

Hari esok ialah hari yang kita tidak tahu akan ditemui atau tidak.
Belum tentu…

Hari ini di saat mana kita berada di dalamnya harus dipergunakan.
Sebelum hilangnya kesempatan dan bertaubat sebelum terlambat.
Kerana di hari esok kita mungkin sakit, sibuk, kesempitan wang,
hilang semangat dan sebagainya.

Maka sebaik-baik perbuatan atau amalan ialah memanfaatkan
waktu tatkala masih ada saatnya.
Jangan lalai,jangan bertangguh dan jangan…
sebaliknya bersegeralah dan bersungguh-sungguh dalam
kehidupan sementara ini…

Berfikirlah ketika memandang orang gila yang mengumpul
barang-barang terbuang, adakah kita akan mengumpul perkara-perkara yang tidak bermanfaat untuk dibawa balik ke akhirat nanti…




“Maka yang mana satu di antara ni’mat-ni’mat Tuhan kamu,
yang kamu hendak dustakan ?
Maha sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemulian

(Surah Ar-Rahman ayat 77-78)

Sabda Rasulullah SAW :
“ Celuplah jarimu ke dalam laut…
Air yang menitis dari jarimu adalah nikmat dunia dan
yang baki air laut yang terbentang luas itulah nikmat Syurga…”
...N3 ini dituju khas untuk diri sendiri
...hamba yang lemah dan tidak sempurna...

14 comments:

Dearie Pearls said...

Salam,
Thanks sharing this..
menginsafkan dan sebagai suluh.
thanks again.

Abd Razak said...

Salam sis...

Usah biar masa itu berlalu begitu saja tanpa sebarang manfaat di isi di dalamnya agar esok ianya tidak menjadi penyesalan buat kita...

Selamat berpuasa...

||alis|| said...

salam liza;

terharu dgn n3 ini..

:)

Honeyz said...

salam sis..

baca n3 ni benar2 membuatkan diri yang seringkali alpa ni supaya sedar akan hakikat kehidupan sementara di dunia ini..

thanx for sharing this.. semoga diri kita pd hari ni lebih baik dari hari semalam, dan hari esoknya pula akan lbh baik dari hari ini...aamiiin...

selamat berpuasa =)

# kalau punya kelapangan waktu, sila ke blog saye ye.. ade tag untuk sis =)

cun09 said...

{{Lol}}
salam sahabatku...
Buat ingatan utk kita bersama...

cun09 said...

{{Razak}}
salam...
terima kasih utk kata2 ingatan dr saudara

cun09 said...

{{alis}}
salam...
...terharu??!!...090909 adalah hari yg 'terharu' buat liza ;)
dan n3 ni utk dikongsi bersama...

cun09 said...

{{Honeyz}}
salam dik...

tq sudi singgah "umah" akak ^-^

n3 yg bertarikh 090909 nii akak buat spesel utk akak dan untuk sahabat2 maya yg sudi dtg "umah" akak...
sebagai ingatan pd diri sendiri yg selalu lupa bahawa diri ini hanya "menumpang" di bumi ALLAH...

Dearie Pearls said...

Salam..

Ya..
thanks and happy weekend..

Dida... said...

Salam Liza..

I miss u too.... sorry, agak lama tak buka blog sebenarnya... bz skit akhir2 ramadhan ni... nnti lepas ni lagi lama kot saya menghilang.. sbb balik bercuti ke Malaysia.. mesti tak sempat nak buka blog..

Thanks atas peringatan ini... Liza take care ya.. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yg bakal menjelma... Maaf Zahir batin..

cun09 said...

{{Lol}}
Salam...

Happy always ^-^

cun09 said...

{{Dida}}

Salam...

Bz rupenye sorry kalu ganggu...
lama menyepi ingatkan Dida p Mekah...nak kata dah balik msia, memang dah tau lepas raya...mesti dah tak sabau ^-^ semoga selamat sampai msia...

...salam aidilfitri dr liza mohon maaf selama kita "bersahabat"...

Sayang inazul said...

salam

Jaa,

Mesti tau sapa yang guna tag Jaa.

Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan sepanjang berada di hesb

cun09 said...

Salam sahabatku...

mula-mula tak perasan tengok hesb baru terperasan...
saya pun nak ucapkan terima kasih juge sepanjang Na kerja kat hesb
balik kay tee bagitau, nak jumpe baru ni tak sempat

Mesti hepi kerje kat kg sendiri eekk ^-^

saya pun nak mintak maaf tak sempat nak jd cikgu blog awak ^-^
tp akhirnye awak ada juge "umah" baru...

semoga persahabatan kita hingga ke akhir...Terima kasih untuk semua...
miss u...