Monday, September 07, 2009

17 Ramadhan...


Sempena Nuzul Al-Quran marilah kita bersama-sama menjadikan kitab suci itu sebagai pedoman dan panduan hidup kita.
Sesungguhnya semua hukum dan peraturan ALLAH menjadi penyelamat di dunia dan akhirat…


“ Dan kalau kamu ada menaruh syak mengenai apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggillah orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain daripada ALLAH, jika betul kamu orang yang benar “

(Surah al Baqarah ayat : 23)

“ Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang benar (iaitu ajaran Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh bahawa mereka beroleh pahala yang besar”

(Surah al-Isra’ ayat : 9)


“Kami turunkan kepadamu Al-Quran agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan”

(Surah An-Nahl ayat : 44)


“ Dan Kami turunkan dari ayat Al- Quran itu penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan tidak menambahkan orang yang zalim kecuali kerugian”

(Surah al-Isra’ ayat : 82)

2 comments:

Abd Razak said...

Salam...

Sesungguhnya al-quran akan menjadi teman kepada pembacanya di masa jasad terbujur di alam kubur dan pembela di akhirat kelak...

Moga diri ini lebihkan masa utk membaca al-quran, menghayatinya serta amalkan...

cun09 said...

salam...

Semoga kita semua dijadikan sebagai hamba yang mengenal dan menghayati al quran...

Sabda Nabi :
"Tidak ada pemberi syafaat yg lebih terutama tempatnya di sisi ALLAH drp Al-quran"