Tuesday, June 22, 2010

Perasaan...

Apabila kita merasa besar diri dan sombong,

lihatlah diri kita dari sudut yang kecil dari pandangan bumi,

yang tidak mampu untuk di lihat walaupun sebesar semut,

dan itulah sebenarnya kita...




saya: cermin diri untuk sedar diri...


Terima kasih...



Istimewa di bulan Jun 2010.
Terima kasih untuk adik deena farhana

Monday, June 14, 2010

Rejab...


Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan,
(yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa
Dia menciptakan langit dan bumi,
di antaranya empat bulan yang dihormati.
Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus,
maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam
bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya);
dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka
memerangi kamu seluruhnya;
dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.

( al-Tawbah (9) : 36
)




Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat
Allah menciptakan langit dan bumi.
Setahun itu ada dua belas bulan.
Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram,
tiga di antaranya ialah berturut-turut,
iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram.
Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah)
yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya’ban.
( Hadis riwayat Imam al-Bukhari)


Artikel tentang bulan Rejab.

Saturday, June 05, 2010

Buku baru...

Salam untuk semua sahabat...

Cepat benar masa berlalu,
sudah hampir setengah tahun kita berada di tahun 2010...
selamat bercuti untuk adik2 semua dan warga pendidik.
Semoga dipermudahkan buat emak saudara yang
mengerjakan umrah sempena cuti sekolah.
Sempat berbisik kat mak teh:
jangan lupa doakan liza agar dapat 'melepas rindu'
(kenapa hati ini begitu kuat teringat 'disana')

Pagi tadi saya baru habis baca novel baru,
tentang kematian (walaupun hanya cerita dari sebuah buku)
tapi banyak yang boleh difikirkan,
sekarang baru selesai baca n3 adikmelatidaisy
juga tentang kematian seorang sahabat,
semuanya telah diatur oleh ALLAH...

Sebenarnya saya nak kongsikan novel baru nii...
bila dah baca n3 adik kita, terus menaip mukadimah lain.

Sudah agak lama saya tidak membeli novel,
masa untuk membaca novel agak terhad sekarang ^_^
tapi bila saya terbaca ustaz zahazan syorkan buku ini,
terasa ada 'tarikan', kebetulan my sis beli dan
saya pun 'merasmi' laa petang semalam
dan pagi tadi, 2 bab terakhir...(hari niii cuti)
memang sarat dengan pengajaran
apabila kita diberi ujian oleh ALLAH
...lain dari yang lain...

Penulis buku ini:
Aneesah Aliyyah

Diterbit oleh:
Telaga biru Sdn Bhd- Januari 2010

"Perempuan selalunya dikawal oleh emosi mereka.
Apabila mereka dalam situasi tertekan, terlalu sedih,
terlalu sayang, terlalu marah
atau terlalu kasihan mereka selalunya akan
membuat pertimbangan menurut emosi mereka itu.
Pada waktu marah, mereka akan
terlebih menghukum.
Ketika kasihan mereka akan terlalu lembut.
Kerana inilah, dalam islam, wanita tidak boleh
dilantik menjadi pemimpin umum."


"Tuhan dalamnya cintaku kepada-MU
mengatasi cintaku terhadap suamiku,
anak-anak dan keluargaku.
Bawalah aku pulang ke kampung akhirat
untuk bertemu dengan-MU"



saya: 'hantu novel'...novel lagenda budak setan...kenangan