Friday, February 26, 2010

Kekasih ALLAH...

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad)
melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam"
(Al- Anbia:107)


Setiap kali kehadiran bulan Rabiulawal,
sibuklah kita meraikan sambutan maulidur Rasul
dengan pelbagai majlis keagamaan.
Kita sama-sama berselawat, memuji kebesaran dan kemulian baginda.
Namun selepas berakhir majlis,
kehidupan kita kembali seperti biasa.

Mari kita sama-sama merenung hala tuju kita dihidupkan kerana apa.
Adalah kerana hendak mengabdikan diri kepada ALLAH,
mencari bekalan untuk kita selamat di akhirat.
Bagaimana caranya ?
Apakah jaminan tahap iman dan amalan yang kita
buat sehari-hari cukup untuk menyelamatkan kita ?

Kita yang hidup diakhir zaman ini,
digambarkan dalam hadis “pagi beriman, petangnya kufur”
ditahap berapakah iman kita berada ?
Apakah sandaran kita untuk selamat disana ?
Kita sangat memerlukan syafaat Nabi S.A.W.
Untuk mendapat syafaat,
kita mesti melayakkan diri bergelar umat istimewa baginda.
Bagaimana caranya ?

Berselawat kepada Nabi S.A.W. beribu kali tiada sesiapa yang dengki.
ALLAH pun sangat suka.
ALLAH bangga dengan hamba-hambaNYA yang banyak
berselawat kepada kekasihNYA dan mengikut sunnah baginda.

Baginda memberitahu sahabat-sahabatnya tentang
segolongan umatnya diakhir zaman yang paling
dikasihinya iaitu mereka yang tidak pernah melihat
baginda tapi beriman kepadanya,
merinduinya sungguh-sungguh dan mengikut sunnahnya.
Diatas keistimewaan inilah baginda menjanjikan syafaat buat kita.



saya : terimalah kami sebagai umatmu…

Monday, February 15, 2010

MAHA Mengetahui...


JANGAN MENGELUH
Kita selalu Bertanya dan Al-Quran sudah menjawabnya.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka
dibiarkan saja mengatakan;
'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah')
sedangkan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg
sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2
yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA
YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal
ia amat baik bagimu,
danboleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'
- Surah Al-Baqrah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
'Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya.'
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya,
jika kamu org2 ygberiman.'
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
'Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam
mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),
dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada
kesabaran musuh, di medan perjuangan),
dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan
didaerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah
(be fearfull of Allah TheAlmighty)
kamu kepada Allah supaya,
kamu berjaya (mencapai kemenangan).

'KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan
jalan sabar danmengerjakan sembahyang;
dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk'
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,
diri, harta mereka dengan memberikan
syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya,
Hanya kepadaNya aku bertawakkal.'
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
'... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dr
rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.'
- Surah Yusuf ayat 12

( sumber : inbox )



Lihatlah ...kebesaran ALLAH...

saya : masih mengeluh...

Friday, February 05, 2010

Setahun Berlalu...

Assalamualaikum untuk semua sahabat-sahabat
‘kehidupan sementara’.

Pertama sekali ucapan terima kasih untuk shita
yang sudi mengajar saya cara-cara ‘membina umah’
(secara tiba-tiba…)
juga terima kasih buat kakak saya yang
'dok menghasut’ supaya ‘membina umah’ sendiri (^_^)
Sudah setahun ‘umah’ ini dibina,
walaupun ‘umah’ yang tidak seberapa jadinya…
tiada niat untuk menunjuk-nunjuk bahawa saya pandai menulis,
pandai menegur kesilapan orang lain,
pandai ilmu agama, tetapi ini adalah peringatan
untuk diri saya sendiri yang masih ‘buta’ tentang kehidupan…
Saya bukanlah seorang yang rajin menulis didalam diari,
bukan juga seorang yang suka menaip,
tetapi ada ketikanya...(ingin meluahkan),
membuatkan saya teringin mempunyai ‘sebuah umah’
seperti sahabat-sahabat yang lain juga…
Saya suka berkongsi ilmu daripada
bahan bacaan yang saya pernah baca,
berkongsi cerita, gambar yang menarik (di mata saya)...
semua itu adalah sebagai
pengajaran, pengalaman dan kenangan...
Saya doakan agar masa di depan PC ini dapat
berkongsi sedikit ilmu, semoga kita semua dapat manfaat...
Jika tiada lagi N3 baru,
mungkin saya tiada lagi di dunia ini...
(semoga ada manfaat drp. 'umah' saya ini dan doa dari sahabat)

Kepada sahabat-sahabat yang sentiasa meninggalkan komen,
berkongsi nasihat dan ilmu atau pun yang hanya membaca
tanpa meninggalkan sebarang 'jejak',
ucapan terima kasih untuk semua…


Kad untuk sahabat…sudi terima yee... (^_^)

Semoga jalinan ukhuwah kita semua diberkati oleh ALLAH…
Terima kasih….
saya : terima kasih kepada seorg. sahabat yg sudi memberi nasihat dan ilmu,
...tujuan asal membina 'sebuah umah'...