Friday, February 26, 2010

Kekasih ALLAH...

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad)
melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam"
(Al- Anbia:107)


Setiap kali kehadiran bulan Rabiulawal,
sibuklah kita meraikan sambutan maulidur Rasul
dengan pelbagai majlis keagamaan.
Kita sama-sama berselawat, memuji kebesaran dan kemulian baginda.
Namun selepas berakhir majlis,
kehidupan kita kembali seperti biasa.

Mari kita sama-sama merenung hala tuju kita dihidupkan kerana apa.
Adalah kerana hendak mengabdikan diri kepada ALLAH,
mencari bekalan untuk kita selamat di akhirat.
Bagaimana caranya ?
Apakah jaminan tahap iman dan amalan yang kita
buat sehari-hari cukup untuk menyelamatkan kita ?

Kita yang hidup diakhir zaman ini,
digambarkan dalam hadis “pagi beriman, petangnya kufur”
ditahap berapakah iman kita berada ?
Apakah sandaran kita untuk selamat disana ?
Kita sangat memerlukan syafaat Nabi S.A.W.
Untuk mendapat syafaat,
kita mesti melayakkan diri bergelar umat istimewa baginda.
Bagaimana caranya ?

Berselawat kepada Nabi S.A.W. beribu kali tiada sesiapa yang dengki.
ALLAH pun sangat suka.
ALLAH bangga dengan hamba-hambaNYA yang banyak
berselawat kepada kekasihNYA dan mengikut sunnah baginda.

Baginda memberitahu sahabat-sahabatnya tentang
segolongan umatnya diakhir zaman yang paling
dikasihinya iaitu mereka yang tidak pernah melihat
baginda tapi beriman kepadanya,
merinduinya sungguh-sungguh dan mengikut sunnahnya.
Diatas keistimewaan inilah baginda menjanjikan syafaat buat kita.



saya : terimalah kami sebagai umatmu…

6 comments:

Abd Razak said...

Salam saudari ^_^

Salam maulidur rasul..:)

Kelahiran baginda membawa rahmat untuk sekalian alam. Kelahiran kekasih Allah ini bagaikan cahaya yang menyinari segenap alam. Menerangi manusia yang terkapai-kapai dalam kejahilan, memandu mereka kepada makrifatullah. Bayangkan betapa besarnya rahmat ini: Sebesar rahmat seorang anak diketemukan dengan ibunya, besar lagi rahmat seorang hamba dan makhluk diketemukan dengan Penciptanya.

Unknown said...

Salam maulidurrasul..moga kita tersenarai dalam kalangan hambanya yg terselamat drpd siksa neraka yg menyala-nyala.

Moga cinta kpd Rasul makin bertambah saban hari

cun09 said...

{{Abd Razak}}

salam saudara...

Salam maulidur rasul ^_^

Terima kasih...

cun09 said...

{{iqbal}}

salam iqbal...

Salam maulidur rasul ^_^

InsyaALLAH...

tajnur said...

Salam!
Dalam tafsiran Surah Aliimran:72 ada menyatakan mengenai umat diakhir zaman dimana suatu ketika mereka Islam dipagi hari tetapi kufur dipetang hari dan apabila kufur dipagi hari Islam dipetang hari! Apakah yg menyebabkan Rasulullah saw berkata demikian? Semenjak runtuhnya Daulah Islamiah diTurki pada 1925, umat Islam sudah hilang khalifah yg perlu utk mentadbir hukm Islam, maruah Islam, akidah Islam, nasib Umat Islam dan tonggak kekuatan Islam dari segi syariat mahupun muamalat. Amanah inilah yg dituntut oleh Rasulullah saw dan para khalifah sebelum wafat agar dpt meneruskan keutuhan Islam sampai hari qiamat. Wallahualam

cun09 said...

{{tajnur}}

salam...

terima kasih kongsi ilmu ^_^