Tuesday, March 09, 2010

Wanita...


Dimanakah cantiknya seorang wanita?
Mungkin pada sepasang matanya yang hening,
yang selalu menjeling tajam,
atau yang kadang-kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu
menyerlahkan senyuman manis,
atau yang sekali-sekala memberikan
kucupan mesra di dahi umi juga ayah,
suami dan pipi monggel anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik
dan suara manjanya yang boleh melembut
sekaligus menghangatkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk
menceritakan kecantikan wanita.
Berjuta-juta kali ganda perkataan masih tidak cukup untuk
mendefinasikan tentang keindahan wanita.
Kitalah wanita itu.

Panjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH kerana
menjadikan kita wanita dan memberikan
kita keindahan-keindahan itu.
Namun betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap
di hadapan cermin saban waktu,
tiba masanya segalanya akan pergi…
wajah akan suram, mata akan kedam…dimakan usia…

Satu sahaja yang tidak akan dimakan usia,
sifat wanita yang dipupuk dengan iman dan ibadah…
demikianlah kecantikan yang sebenarnya…

"Wanita telah dijanjikan syurga apabila solat 5 waktu,
puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya,
dan taat kepada suaminya..."

Terima kasih kepada sahabat yang menghantar email...tazkirah wanita ^_^

saya: cermin diri untuk sedar diri…

16 comments:

Abd Razak said...

Salam saudari..

Wanita solehah adalah wanita yang taat pada Allah, taat pada Rasul. Kecantikannya tidak menjadikan fitnah pada orang lain. Kalau wanita muda dari awal menjaga dirinya, selain dirinya akan terjaga, juga kehormatan dan kemuliaan akan terjaga pula, dan dirinya akan lebih dicintai Allah kerana orang yang muda yang taat lebih dicintai Allah daripada orang tua yang taat. Dan, Insyaallah nanti oleh Allah akan diberi pendamping yang baik.

Unknown said...

very well~ =)

Shita said...

byk ujian utk ditempuhi......

cun09 said...

{{Abd Razak}}

salam...

Terima kasih menambah ilmu lagi ukt saya dan sahabat yg lain ^_^

cun09 said...

{{Iqbal}}

salam...

Terima kasih, peringatan untuk yg bernama wanita ^_^

cun09 said...

{{shita}}

salam...

Itulah yg dinamakan wanita...pelbagai ujian yg harus ditempuhi...semoga dipermudahkan oleh ALLAH ^_^

Melatidaisy said...

salam ziarah ukhti..

kecantikan wanita pada matanya..di mana di situ terpancar keindahan hatinya :)

tajnur said...

Salam!
Dimanakah kecantikan seorang wanita?
Walaupun kerlingan, jelingan mata, suara gemersik mrk mampu menggoncangkan lelaki tetapi sampai bila? Sejuta perkataan belum cukup untuk
menceritakan kecantikan wanita.
Berjuta-juta kali ganda perkataan masih tidak cukup untuk
mendefinasikan tentang keindahan wanita.
Tingginya nilai seorang wanita apabila mrk sama2 membantu org mukmin spt terdapat dlm Surah Ali Imran:195 menegakkan Daulah sehingga apabila sekumpulan Yahudi memalukan seorang wanita solehah, maka Rasulullah saw telah mengisytiharkan Perang Bani Nadhir sehingga terkeluarnya mrk dari bumi Arab. Begitulah tingginya darjat wanita jika dibandingkan zmn Jahiliyah. Wallahualam

cun09 said...

{{melatidaisy}}

salam dik...

dimata rupenyeee yeee ^_^

terima kasih sudi ziarah 'umah' akak...

cun09 said...

{{tajnur}}

salam sahabat...

betapa tingginya nilai wanita ^_^

...terima kasih kongsi Surah Ali Imran:195

deena farhana said...

salam kak..

wanita hiasan dunia, seelok wanita adalah yg solehah.. ^_^

kak...ada award utk kak, sila lah ambil kat blog sy ye.. tq :)

cun09 said...

{{deena farhana}}

salam dik...

insyaALLAH... semoga kita juga tergolong dikalangan wanita solehah...

tq deena...nanti akak amik ^_^
semoga sudah sihat...

Dearie Pearls said...

Sahabatku Liza,

Indah sungguh kata-kata untuk wanita..

..dan aku bangga kerana aku salah seorang yang 'indah' itu.

Terima kasih sahabat..

Lama kita tak berkunjungan.
Maaf sahabat..

Semoga hari2nya baik2 saja k..

Anem Arnamee said...

Salam akk.

yeah!bangun menginsafi diri.
Anem msih lemah,mundur jiwa.
ya ALLAH hi..

thnks perkongsian tazkirahnya.
lama taklawat akk.miss you:P

cun09 said...

{{LoL}}

salam sahabat... LoL ^_^

Itulah wanita...yang 'indah'

***Lama kita tak berkunjungan.
Maaf sahabat..*** Liza juga mohon maaf...masa oh masa ^_^

cun09 said...

{{Anem}}

salam dik...

Tazkirah untuk akak juga yang bernama... wanita...

maaf...akak juga lama tak ke 'umah' anem ^_^ miss u...