Wednesday, December 22, 2010

Semangat yang hilang...

بسم الله الرحمن الرحيم


Hampir dua minggu ‘kehidupan sementara’ berkubur…

rasa cepat bebenor masa berlalu…

sahabat saya pun dah balik dari Tanah Suci,

(terima kasih buah tangan dr jauh ^__*)

Semangat ku hampir-hampir nak hilang…kenapa yeee???!!!

Tarikh:-

10 Zulhijjah 1431H hingga 27 Zulhijjah 1431H

Suasana :-

Begitu meriah tahun ini buat keluarga di teratak 57,

keluarga dari Kedah,Mak saudara dari Kuching,

semua berkumpul…yang dah lama bebenor tak jumpa…

indahnya 10 Zulhijjah mengalahkan 1 Syawal 1431H…

terasa seluruh badan macam robot,

semua perkara nak kena fakir, semua perkara nak kena buat…

Aktiviti di luar yang tidak dirancang juga berlaku,

kita hanya mampu merancang,

tapi yang pasti ALLAH telah tentukan…


"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu

benar-benar menghalangi mereka dari jalan

yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk"

- Surah Az-Zukhruf 43 : 37


"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh

syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu"

- Surah Az-Zukhruf 43 : 62


Semangat saya :-

Bila kita bangun dari tidur, langsung kita tidak tahu

apa yang akan berlaku sepanjang hari yang kita lalui,

bila kita nak tidur dan muhasabah diri kita,

kita akan tersenyum atau menangis keseorangan

apabila memikirkan semula apa yang telah terjadi,

bukan kita tahu pun tapi ALLAH telah tetapkan untuk

kita, susah, sedih, gembira, menangis, tersenyum…

semua itu bukan kita yang aturkan,

aaaggghhhhh hidup yang hanya sementara

menunggu ajal datang menjemput entah bila,

macam-macam yang perlu difikirkan…

kekadang menyoal pada hati sendiri…bila nak habis niiii,

hati sendiri juga menjawab…

bila kita mengadap kematian…tapi jangan lupa!!!

Bila kita sudah berada dialam lain,

lagi banyak perkara yang perlu kita jawab,

duit 1 sen pun dipersoalkan…


Boleh lagi kee saya menulis blog yee?

kejap on, kejap off

takut nanti sahabat maya saya akan hilang...

eeerrrmmm...saya pun dah lama bebenor tak

berkunjung ke blog sahabat, maafkan saya...

Bila exam dan kerja saya udah selesai

(bila nak siap akaun niii)

saya akan muncul kembali

^___^

Semoga komen dari sahabat semua

(ada lagi kee yang sudi baca blog saya?)

akan buat semangat saya kembali pulih...


إن شاء الله


“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu:

dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya

dengan iman dan hidayah petunjuk)?

Dan Kami telah meringankan daripadamu:

bebanmu (menyiarkan Islam).

Yang memberati tanggunganmu,

(dengan memberikan berbagai kemudahan

dalam melaksanakannya)?”

- Surah Asy-Syarh ayat 1: 3.



Untuk sahabat maya saya:-

~ Adik Deena Farhana ~ semoga cepat sembuh dan dilindungiNYA

~ Dida ~ semoga gembira disamping Abdul Rahman yang sangat comel






harap2 saya tak sampai tahap cam kat video niii eeeaakk...


saya : ujian dari ALLAH untuk diri ini…

12 comments:

kella said...

kak! terima kasih sudi singgah blog kita!
saya singgah sini jenguk akak! :D
semoga akak di sana sihat sihat dan pagi pagi ni kita dan sampai ofis! sangat bersemangat mahu kerja ni! tapi jenguk blog dulu!
semoga semangat kita ni sampai pada akak juga! :)
jom! tarik nafas panjang..panjang.. pastu lepas.... tarik panjang2 lagi.. dan lepas...
Alhamdulillah.. masih diberi peluang untuk menghirup udara..jadi? mari kita terus bersemangat atas nikmat ini! yeah!
(upss... over pulak kita di sini! )

take care y e kak.. :)

Unknown said...

kak, masih exam lagi ke?

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
"......hati sendiri juga menjawab…
bila kita mengadap kematian…tapi jangan lupa!!!"
Jangan sekali2 kita sebutkan kematian sebab byk amanah yg kita pikul belum terlaksana. Allah SWT berfirman dlm Surah AliImran:103 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
Diantara tugas kita selepas Allah SWT mewajibkan belajar AlQuran (Surah AlQasas:85), Allah menyuruhkan kita mentadabbur AlQuran (Surah AnNisa`:82أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ‌ۚ وَلَوۡ كَانَ مِنۡ عِندِ غَيۡرِ ٱللَّهِ لَوَجَدُواْ فِيهِ ٱخۡتِلَـٰفً۬ا ڪَثِيرً۬ا Maka apakah mereka tidak mentadabbur akan Al Qur’an? Kalau kiranya Al Qur’an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang byk di dalamnya. Adalah mengerunkan jika kita sampai ke akhirat dlm keadaan byk amanah yg belum dilaksanakan. Takutnya! Surah AlInsaan:10إِنَّا نَخَافُ مِن رَّبِّنَا يَوۡمًا عَبُوسً۬ا قَمۡطَرِيرً۬ا Sesungguhnya Kami takut akan [azab] Tuhan kami pada suatu hari yang [di hari itu] orang-orang bermuka masam dgn bersangat muka masam.
Selagi ada ruang, selahi itulah sangat2 berguna kita mengharap keredhaan Allah SWT didunia ini. wallahualam

cun09 said...

{{kella}}

salam dik ^_^

terima kasih...
kak liza baca dgn penuh semangat!!!

**selamat bercuti n moga sihat**

cun09 said...

{{iqbal}}

salam iqbal ^_^

yup...25/12/10 doa utk kak liza eeaakk!!

**ada masuk blog iqbal tp lom sempat baca...moga sihat**

cun09 said...

{{tajnur}}

salam sahabat ^_^

syukran komen dr sahabat, kalu t'ingatkan amanah utk saya yg belum selesai memang begitu takut memikirkan tentang kematian...
saya sbg khalifah,anak,pekerja,kakak,adik di bumi ALLAH,akan disoal buku catatan amal kita depan ALLAH, masih byk tanggungjawab yg belum selesai...tp kita perlu ingat kematian akan menjemput kita bila2 masa...

**moga sihat**

Al - Mu'allim said...

Seharusnya begitulah!!

10 zulhijjah lebih meriah dari 1 syawal :)

'idulfitri hanya separuh hari, bkn sebulan.

||alis|| said...

salam liza.

saya masih ada disini. terima kasih kerna masih menjengah blog alis walau alis sudah lama tak ziarah sini. maaf T_T

tapi alis, akan ttap masih disini ;)

Abd Razak said...

Assalamualaikum sahabat...:)

Moga sahabat sihat hendaknya serta sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya..

Maaf terlambat, terlepas pandang. Moga Allah permudahkan segala urusan sahabat..amin

cun09 said...

{{al-mu'allim}}

salam sahabat ^_^

betul2...dulu penah saya sambut 1 syawal di mekah, jauh bezanyee ngan m'sia.

**maaf amik masa yg lama nk mjawab komen**

cun09 said...

{{alis}}

salam alis ^_^

setia menantimu sahabat ^__*
walaupun dah ada yg menantimu...moge sihat...

**maaf amik masa yg lama nk mjawab komen**

cun09 said...

{{abd razak}}

salam sahabat ^_^

tq masih sudi jln2 kt 'umah' niii...moge sihat...

**maaf amik masa yg lama nk mjawab komen**