Monday, December 05, 2011

BaGaiMaNa kiTa?...


بسم الله الرحمن الرحيم







Salam untuk semua sahabat  'kehidupan sementara' 


Bumi mana tidak di timpa hujan. Manusia mana yang tidak pernah berdosa.
Tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam,
kita masih ada masa untuk jadikan hari ini dan
masa depan lebih putih berseri tanpa noda dosa.

Jika semalam diari harian dan bulanan terpalit warna hitam maksiat,
pastikan hari ini bangkit bertahajud merintih memohon keampunan daripada ILAHI.
Jika dulu bergelumang dengan dosa terasa manis dan bahagia, berpatah baliklah.
Jadikan dosa kini terasa pahit dan punca sengsara.
Jika zaman jahiliah akal terasa kosong dengan ilmu 
dan panduan untuk membezakan antara baik dan salah, 
binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dengan risalah wahyu iaitu al-quran dan hadis.

Moga warna hitam yang kita corakkan dulu kini mampu
kita lunturkan dan padamkan secara bertahap.
Biar merangkak, biar bertatih asalkan langkah menuju ILAHI sentiasa maju ke hadapan.
Moga dengan itu, kita menjadi insan terpilih untuk 
bahagia menikmati anugerah syurga abadi.

(sumber: masa silam yang kelam - solusi)

saya : cermin diri untuk sedar diri...

10 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum ya sahabat..:)

Moga sahabat sihat hendaknya dengan izin~Nya..

Ketika taubat menyusul dosa, ia menghapusnya. Dosa musnah seolah-olah tidak pernah terjadi. Ketika taubat mengiringi perbuatan baik dan doa, ia bagaikan cahaya yang bersangkutan cahayanya, kebaikan di atas kebaikan.

Syukran ya sahabat..:)

Guru said...

moga kita dalam redhaNya .

*lagu latar blog mengganggu video :) *

wakgelas said...

wak pon insaf baca baca puisi niii.... eeeeE wak dh datang niiii nk komen komennnnn..........

cun09 said...

{{abd razak}}

salam sahabat...

alhamdulillah saya sihat ^_^

syukran, komen dr sahabat...

cun09 said...

{{a kl citizen}}

salam akak...

harap kita agar diredhaiNYA dan takut kita kalu tidak diredhaiNYA...

**alamak! lupe nk off...tq akak**

cun09 said...

{{wak gelas}}

salam wak ...

yeeeaaa puisi yg sgt "canteeq" utk kita renungkan...

**tq wak datang mengomen**

Cikgu Tie said...

Puisi yang indah untuk dihayati...semoga kita akan sentiasa insaf dan akan berubah menjadi insan yang terbaik di dunia dan di akhirat dan semoga sentiasa hidup di dalam keberkatanNya.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Apabila sejarah hidup manusia terpalit dengan kegelapan dan membuang waktu dgn perkara2 lagho, sudah tiba masanya mengubah keraha keislahan diri. Yang lepas tetap berlalu. Belum masa terlewat utk mengejarinya. Surah AliImran:195 فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka.

Bukankah janji2 Allah SWT utk menutupkan segala kesalahan2 / dosa2 kita yang lalu sekiranya kita ingin meubahkan penghidupan kita kearah yang lebih baik? Berhirah dan mengislahkan diri ke jalan Allah. Semuanya bermula dari sekarang. Tidakkah Allah SWT pernah berfirman bahawa jihad yang paling besar adalah dengan belajar AlQuran bersungguh2 menghadapi sistem dan orang2 kafir? Surah AlFurqan:52 فَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُم بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.
Wallahualam

cun09 said...

{{cikgu Tie}}

salam sahabat ^_^

InsyaALLAH...ameen...

**moge sihat**

cun09 said...

{{tajnur}}

salam sahabat...

Syukran sahabat...ilmu untuk saya dan sahabat2 yg lain ^_^...canteeq...