Tuesday, November 01, 2011

ZuLhijjaH 1432...



بسم الله الرحمن الرحيم

pic pinjam...tq ~iluvislam~

"Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. katanya; Rasulullah s.a.w bersabda,
 “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

"Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: 
"Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati".
(at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

 Imam As-Syafiie :
"hukum korban adalah sunat muakad yang sangat dituntut kepada mereka yang mampu termasuk para hujjaj (jemaah haji) yang berada di Mina dan umat Islam yang berada di kampung halaman sendiri, kerana ia amalan yang sangat dikasihi Allah pada hari nahar (Hari Raya).
Namun begitu, terdapat sebahagian ulama menyatakan ia wajib kepada mereka yang mampu berdasarkan firman ALLAH dalam surah Al-Kautsar ayat 2 yang bermaksud:
 "Maka dirikanlah solat kepada Allah (Tuhanmu)dan berkorbanlah."

Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepung (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu dia mencukur rambutnya), hendaklah dia membayar fidyah iaitu berpuasa atau bersedekah atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah dia melakukannya kemudian wajiblah dia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau dia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) Masjidilharam (Mekah). Dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).
(Surah Al-Baqrah 2: 196)
Ya ALLAH
banyak sekali impianku...
namun dosa yang menggunung membuatkan
hamba rasa malu bermohon padaMU...
Ya Rabb,
Kau amat suka pada hambaMu yang berdoa padaMu...
hamba akan terus memohon padaMu..
moga Kau meredhai impianku sebagai perancangan
yang telah Engkau takdirkan untukku…
permudahkanlah Ya ALLAH

saya : cermin diri untuk sedar diri...

6 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum sahabat..:)

Moga sahabat sihat hendaknya..

Berkorban dalam erti kata yang luas, meliputi pengorbanan harta benda, tenaga, diri sendiri, waktu dan kesungguhan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Kella said...

Kak liza.. singgah petang di sini..
kak liza.. insyaAllah... tahun ni, kita berniat korban juga.. amik 1 bahagian..terasa mahu ikut serta dan terasa senang hati ni bila berniat begitu.. moga moga dipermudahkan Allah.. ini pertama kali turut serta diri sendiri.. biasanya makan hasil korban orang lain je.. insyaAllah moga tercapai niatnnya.. kerana Allah.. =)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Semua ayat AlQuran dan Hadis Rasulullah saw yang dinyatakan memang tepat dan benar sekali. Apa yang menjadi masalah kaitan penghidupan kita dengan apa yang diperintah Allah SWT.
Maksud saya, Islam adalah sistem yang teratur menurut ketetapan keutamaan (priority)nya. Firman Allah SWT,`لَن يَنَالَ اللَّـهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْDaging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. QS 22:38
Semua penat lelah amalan akan menjadi sia2 sahaja jika kita tidak ada sifat taqwa dan mencapai sifat ketaqwaan dalam semua perkara samada dari segi ibadah muamalah, pencarian rezeki, kedapatan ilmu dsbnya. Hatta dari satu sudut contohnya untuk memahami AlQuran pun mesti ada kaedah dimana dengan mentadabbur AlQuran itu sendiri barulah dapat memahami dan mencapai sifat taqwa! Surah AzZumar:28 قُرْ‌آنًا عَرَ‌بِيًّا غَيْرَ‌ ذِي عِوَجٍ لَّعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ laitu Al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang bengkok; supaya mereka bertaqwa.
Sebab itu, rukun haji dan ibadah qurban dalam Islam sangatlah ketat kerana melibatkan banyak perkara yang perlu kita perhalusi. Bukanlah sekadar berkemampuan dan bercita2 mesti pergi juga walau apa cara asalkan jangan sampai kempunan. Wallahualam.

cun09 said...

{{abd razak}}

salam sahabat...

betul...betul...dan yg penting keikhlasan kita ^__^

cun09 said...

{{kella}}

salam kella...

Alhamdullillah ^_^

korban kt klate kee?

cun09 said...

{{tajnur}}

salam sahabat...

perkongsian ilmu yg canteeq...syukran sahabat ^_^