Friday, November 11, 2011

FiKir...


بسم الله الرحمن الرحيم

RASULULLAH SAW. DENGAN PENGEMIS YAHUDI YANG BUTA




Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata, “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.”


Setiap pagi Rasulullah s.a.w mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang baginda wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi yang buta itu.


Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a. Beliau bertanya kepada anaknya, “Wahai anakku, adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?” Aisyah r.a menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja.” “Apakah itu?” tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w selalu pergi ke hujung pasar dengan membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana,” kata Aisyah r.a.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “Siapakah kamu?” Abu Bakar r.a menjawab, “Aku orang yang biasa.” “Bukan! engkau bukan orang yang biasa mendatangiku,” jawab si pengemis buta itu. “Apabila dia (Rasulullah s.a.w) datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu dia berikan padaku dengan mulutnya sendiri,” pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Dia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w.” Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a, dia pun menangis dan kemudian berkata, “Benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia.” Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.







saya: Yang penting apa yang kita berikan kepada orang, bukan apa yang orang berikan kepada kita.

4 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum sahabatku...

Moga sahabat sihat hendaknya atas izin~Nya..

Begitulah contoh yang patut kita ikuti, sekalipun dihina atas kebaikan yang kita curahkan namun jangan pernah sekalipun merasa marah dan mengungkit-ungkit akan kebaikan kita pada orang.

Renungan untuk diri saya.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Sekadar muzakarah bersama dan mengikut ilmu dhaif yang saya milikki!
Setiap kisah2 yang diceritakan dlm AlQuran adalah merupakan pengajaran dan panduan bagi mereka yang beriman. Surah Yusuf:111 لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ۗ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَىٰ وَلَـٰكِن تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ emi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
Tetapi mengenai penceritaan yang dinukilkan ada sedikit keraguan mengenainya. Rasulullah saw adalah pemimpin yg bersifat bijak dan waspada dlm setiap masa. Almu`minu qaison fatinon (Riwayat Bukhari).
Selama yang kita dengar memanglah Rasulullah saw seorang yang bersifat lemah lembut tetapi pada orang islam dan tidak pada orang kafir. Kalau ada pun, ketika zaman Rasulullah saw berada diMekah ketika tiada Daulah Islamiyyah. Setelah berhijrah, Rasulullah saw menyertai 29 peperangan besar ketika hayatnya, baginda saw sebagai Panglima Perang (Jeneral) berada dibarisan yang paling hadapan sekali mendahului sahabat2nya menyerang musuh sehingga memilikki 7 baju besi. Sifat Rasulullah saw juga tersebut didalam Surah AlFath:29 مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّـهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانًا ۖ Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya.
Begitu juga dalam Perang Bani Nadir melalui Sirah Ibnu Hisyam dan Sirah AzZahabi, apabila org2 Yahudi melanggar perjanjian Madinah, semua lelaki yang mencapai usia baligh dibunuh dan perempuan2, orang2 tua dan kanak2 dihalau dari Semenanjung Arab. Maknanya di jazirah Arab termasuk mekah dan Madinah tidak boleh diadakan agama2 lain selain Islam. Tempat2 lain diperbolehkan utk kafir zimmi.
Kata-kata nabi yang disampaikan Imam Malik dll dan diriwayatkan dlm Sahihayn [koleksi hadis bagi Sunni Muslim yg disusun Al-Bukhari dan Muslim]: 'TIDAK AKAN ADA DUA AGAMA (yang wujud) BERSAMA-SAMA DALAM SEMENANJUNG ARAB.'
http://islamexpose.blogspot.com/2008/08/fatwa-larang-bangun-gereja.html?zx=b9bdf168db9f7cb4
Sahabat, bukanlah saya nak fokuskan perkara ini tetapi mengenai sesuatu cerita `ibrah` mestilah sesuatu yang bersandarkan tepat mengenai Rasulullah saw w/pun tujuannya baik utk menceritakan sifat Rasulullah saw. Kata Imam Ibnu Tamiah rh.a,`Dan daripada segolongan manusia ada yang suka menjadikan kisah2 kebaikan pengajaran walhal menyelitkan bidaah pada kata2nya dan lebih ramai tidak menyedarinya` Usul Tafsir Ibnu Tamiah m/s 86.
Wallahualam.

cun09 said...

{{abd razak}}

salam sahabat ^_^

pengajaran yg 'mahal' ~ suka utk berkongsi sbg renungan utk kita semua...insyaALLAH

cun09 said...

{{tajnur}}

salam sahabat ^_^

syukran sahabat,muzakarah yg sangat 'canteeq' ~ ilmu baru utk saya alhamdulillah...