Saturday, April 17, 2010

Kehidupan Sementara...

masjid al-ubudiah batu 1, Temerloh


Dengan nama ALLAh yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihai.


1 - Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti)
oleh perbuatan berlumba-lumba untuk
mendapat dengan sebanyak-banyaknya
(harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),


2 - Sehingga kamu masuk kubur.

3 - Jangan sekali-kali (bersikap demikian)!
Kamu akan mengetahui kelak
(akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!


4 - Sekali lagi (diingatkan) jangan sekali-kali
(kamu bersikap demikian)!
Kamu akan mengetahui kelak akibatnya
yang buruk pada hari kiamat)!


5 - Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui
(apa yang kamu akan hadapi)
dengan pengetahuan yang yakin,
(tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara
yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).


6 - (Ingatlah) demi sesungguhnya!
Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.


7 - Selepas itu – demi sesungguhnya! kamu
(wahai orang-orang yang derhaka)
akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin
(semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!


8 - Selain dari itu,
sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu,
tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

(At-Takaathur ayat 1-8)

12 comments:

Unknown said...

takutnya....huhu

Abd Razak said...

Salam..

Apa khabar, moga sihat hendaknya.

Semua ini sangatlah penting dan perlu diingatkan selalu di dalam hati kita bahawa tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepadaNya dan akhirnya kita akan mencapai falah yang hakiki.

Apa yang ada di dunia ini hanyalah mampu menyesatkan dan melalaikan kita dari tujuan asal kita diciptakan, dan hanya orang yang selalu mengingati Allah sahaja yang akan mampu melawan segala godaan dunia.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Merujuk kpd Kitab AlBayan dan Kitab AtTabari dlm tafsir Surah AtTaubah:101وَمِنۡ أَهۡلِ ٱلۡمَدِينَةِ‌ۖ مَرَدُوا عَلَى ٱلنِّفَاقِ لَا تَعۡلَمُهُمۡ‌ۖ نَحۡنُ نَعۡلَمُهُمۡ‌ۚ سَنُعَذِّبُہُم مَّرَّتَيۡنِ ثُمَّ يُرَدُّونَ إِلَىٰ عَذَابٍ عَظِيمٍ۬
bahawa dalil dimana terdapat azab di dunia dan azab kubur iaitu 2 kali (سَنُعَذِّبُہُم مَّرَّتَيۡنِ) dan akhirnya azab yg paling besar diakhirat nanti. Mcm ahli Madinah yg nifa`, pada mulanya sesuatu perkara maksiat menjadi janggal tetapi lama-kelamaan telah menjadi biasa sehingga mrk rasa bukanlah satu dosa termasuklah mengumpulkan harta! Dlm Surah AlAn`aam:31 mengenai penyesalan yg tidak kesudahan apabila menanggung dosa atas apa yg mrk bebeankan selama ini. Wallahualam

cun09 said...

{{iqbal}}

salam iqbal...

persiapan diri sebelum mati...

cun09 said...

{{abd razak}}

salam sahabat...

alhamdulillah sihat ^_^

terima kasih peringatan dr saudara...

ummat diakhir zaman semakin lalai dengan kehidupan yg tidak kekal...berlumba2 mengumpul kekayaan sementara...

cun09 said...

{{tajnur}}

salam sahabat...

terima kasih perkongsian dari sahabat...

semoga kehidupan kita dirahmati dan diredhai oleh ALLAH

Dearie Pearls said...

Sahabatku Liza..

Terima kasih kerana mengingatkan..

betapa kita selalu terleka..

*insaf*

Bagaimana perkhabaran sahabatku?

cun09 said...

{{Lol}}

salam sahabat...

manusia sering terleka dan perlu diingatkan selalu...

sihat ^_^....TQ

Dearie Pearls said...

Selamat berhujung minggu, Sahabat..
Jaga diri..

mommy said...

salam...
takutnya bila terbayang siksaan neraka..
moga hati kita sentiasa terbuka untuk berbut kebaikan dan bertaubat atas setiap kesalahan

cun09 said...

{{Lol}}

Terima kasih sahabatku ^_^

cun09 said...

{{PrinCeSS}}

Salam dik ^_^

InsyaALLAH...semoga menjadi ingatan untuk kita