Tuesday, April 27, 2010

Fikir...







Kejadian gempa bumi dan gunung berapi begitu
mengejutkan penduduk dunia,
kejadian yang sangat kecil di sisi ALLAH benar-benar
terasa kepada penduduk dunia.
Kita sebagai umat islam haruslah berfikir
amaran yang telah ALLAH berikan itu...

Apabila manusia menganggap bumi ini milik mereka,
mereka lupa perintah ALLAH.
Itu hanyalah sementara, apabila ALLAH kehendaki,
DIA akan lenyapkan segala-galanya kerana bumi ini milik-NYA.
Manusia hanya menumpang,... sementara...
sebelum pergi buat selama-lamanya...

"Maka tidaklah yang mereka tunggu2 melainkan hari kiamat (iaitu)
kedatangannya kepada mereka dengan tiba2,
kerana sesungguhnya telah datang tanda2nya.
Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran
mereka itu apabila hari kiamat sudah datang?"

( Surah Muhammad: ayat 18)

untuk dikongsi bersama-sama sahabat semua:-

~ ustaz zaharuddin

~ gempa bumi di Yushu, China

~ gunung berapi di Eyjafjallaj0kull, Iceland


saya : ingatlah...kita hanya diberi pinjam

10 comments:

Abd Razak said...

Salam ya saudari :)

Apa khabar, moga sihat hendaknya.

Segala musibah yang terjadi, semuanya dengan izin Allah. Orang yang beriman kepada Allah akan tahu, bahawa bila Allah menghendaki, musibah itu tak akan terjadi. Akan tetapi Allah menghendakinya, maka musibah itupun terjadi, sebagaimana firman Allah:

"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu…" (At-Taghaabun : 11)

Moga dengan petanda sebegini meningkatkan lagi keimanan kita.

Dearie Pearls said...

Salam Sahabat..

..thanks for sharing.

peringatan untuk kita semua.

semoga sabahatku ini baik2 sahaja.

take care..

deena farhana said...

salam kak :)

insaf tgk gambar2 ni..moga kita semua sentiasa bersedia menghadapi saat pengakhiran..allahu akbar...

slm syg selalu buat kak liza.. :)

said...

salam kak.....

sama2 kita saling ingat mengingati...
kehidupan kita hanya sementara...

rindu akak juga....

=)

Unknown said...

Baru saya tahu nama akak,kak liza..hehe...

erm,peringatan yg sgt baik~bagi org yg berfikir........

cun09 said...

{{abd razak}}

salam saudara ^_^

terima kasih peringatan dr saudara juga...

cun09 said...

{{lol}}

salam sahabat ^_^

peringatan utk kita sama-sama berfikir...

**semoga sahabatku sihat**

cun09 said...

{{deena}}

salam dik ^_^

betul deena, kalau direnung gambar2 niii... memang terasa kebesaran ALLAH,Apabila DIA berkehendaki pasti akan terjadi...akal kita yg lemah tidak terfikir...

**salam sayang jugee**

cun09 said...

{{yanie}}

salam dik ^_^

semoga menjadi pengajaran utk kita bersama...

**jaga diri**

cun09 said...

{{iqbal}}

salam dik ^_^

berfikir di sebalik kejadian daripada ALLAH ~ tidak rugi ~

**semoga dipermudahkan oleh ALLAH utk exam ~ kak liza**