بسم الله الرحمن الرحيم
Seorang musafir yang hanya menumpang tidur di bawah sebatang pohon
pasti tidak akan menghabiskan seluruh usianya untuk terus menghuni di bawah
pohon tersebut biarpun pohon itu rendang dan indah dipandang mata. Ini kerana,
seindah mana pohon tersebut dan seredup manapun bernaung di bawahnya, tetap
sahaja, ia bukanlah tujuan musafir tersebut memulakan perjalannya.
Begitulah juga kehidupan duniawi ini dengan maknanya yang lebih
luas. Banyak ayat-ayat Al-Qur’an dan hadis-hadis menceritakan hakikat betapa
manusia ibarat musafir yang melalui sebuah perjalanan menuju akhirat lalu
singgah sebentar dalam kehidupan dunia untuk mengumpul bekalan bagi menuju
negeri yang abadi.
Hanya Kelalaian
Setiap jiwa manusia mengakui hakikat kematian. Bahkan, orang-orang Islam pula mempercayai adanya kehidupan yang lebih kekal setelah kematian. Antara petunjuk-petunjuk yang menguatkan lagi hakikat kematian dalam diri seseorang adalah kematian insan-insan di sekelilingnya. Datuknya, neneknya, ayahnya, jirannya, temannya atau siapa sahaja yang meninggal dunia di sekitar kehidupannya, maka kematian mereka adalah cerminan terhadap hakikat betapa dirinya juga menuju kematian sebagaimana mereka yang telah sampai ajal kematiannya.
Hakikat ini adalah suatu kepastian, namun ramai manusia tidak mengumpul bekalan Akhirat dengan ketaatan tetapi malah memilih untuk melakukan maksiat dan terus menderhakai Allah s.w.t. hanyalah kerana kelalaian mereka semata-mata. Mereka sedar, dalam hati kecil mereka sentiasa membisikkan kerugian menjalani hidup tanpa ketaatan, namun kerana nafsu ammarah juga yang diikuti, maka mereka tetap sahaja mencari penderhakaan dan meninggalkan ketaatan dan ibadah dalam kehidupan.
Sangat jelas betapa mereka hanya tertipu dengan nafsu sendiri, setelah hakikat terlalu jelas dalam penghayatan mereka. Orang yang membina rumah bagai mahligai di dunia juga tahu, dia tidak akan menghuni di dalamnya untuk selama-lamanya. Tetapi, dia tetap sahaja sibuk mengumpul duniawi untuk kepentingan sendiri dan cuai daripada melakukan ketaatan dan tidak membelanjakan sebahagian hartanya untuk tujuan ibadah dan ketaatan.
Sebaik-baik Penasihat
Bukan tidak ada yang mengingatkan orang-orang yang lalai tentang hakikat kesementaraan dunia dan ancaman neraka di hari akhirat bagi kelalaian mereka di dunia. Namun, jika diri sendiri tidak mahu untuk memilih cara hidup yang benar dan baik, maka tiada siapa lagi boleh menasihatinya.
Sebaik-baik penasihat kepada seseorang adalah dirinya sendiri. Para ulama’ sufi memanggil unsur nasihat dalam diri tersebut sebagai “kejujuran”. Jika seseorang itu jujur untuk kembali kepada Allah s.w.t., maka akan terbentang jalan yang luas untuk sampai kepada ketataan kepada-Nya. Ukurannya adalah sejauh mana seseorang itu sanggup menerima hakikat betapa dirinya hidup di muka bumi ini sekadar seorang hamba kepada Tuhannya yang perlu melakukan tanggungjawab kehambaan kepada-Nya.
Seseorang tidak perlu mencari jawapan siapa dirinya terlalu jauh kerana jawapannya ada di dalam dirinya sendiri. Suatu ketika dahulu, dia tidak wujud di dunia ini. Kemudian, setelah dia wujud, pastilah dia menghayati suatu makna bahawasanya “dirinya” diwujudkan daripada tiada kepada ada. Maka, apabila dia diwujudkan, pastilah ada maksud dan tujuannya daripada Tuhan yang telah menciptakannya. Kehidupan yang Sementara
Ini mendorong seseorang mencari hubungan dengan Tuhannya di samping menjadi tujuan sebenar dia diciptakan oleh Tuhannya yang Maha Bijaksana. Oleh yang demikian, Allah s.w.t. mengingatkan di dalam Al-Qur’an bahawasanya manusia tidak pernah diciptakan sia-sia tanpa tujuan. Bahkan, maksud daripada penciptaan mereka sangat murni dengan tujuan hidup yang sangat mulia iaitulah untuk menjadi hamba kepada Allah s.w.t. serta khalifah bagi Allah s.w.t. di muka bumi ini.
Ajaran Islam sudah mengajar manusia tentang makna dan hakikat kehidupan ini. Hidup tanpa tujuan adalah suatu kepalsuan. Jika manusia itu kosong tanpa mengetahui apa ingin dicari dalam perjalanan kehidupan, maka, jiwanya akan tersiksa kerana kematian bukanlah penghujung perjalanan. Maka, sesiapa yang inginkan kehidupan yang sejahtera setelah kematian, hendaklah dia menunaikan tugas kehambaan selagi masih meniti usia kehidupan.
Janganlah Lalai
Hentikanlah kelalaian daripada melakukan tugas kehambaan segera. Kembalilah kepada ketaatan serta-merta. Ketahuilah betapa hidup ini tidak tahu bilakah akan sampai ke penghujungnya. Sedangkan, kematian itu adalah suatu permulaan baharu yang lebih mencabar dan menggerunkan bagi mereka yang lalai.

Dengan kelalaian inikah kita ingin pulang bertemu Ilahi setelah
mati? Dengan kebiadaban inikah kita ingin berdiri di hadapanNya sewaktu hari
Perhitungan? Alangkah tertipunya andai masih terus tertawa, sedang amalan masih
belum terkumpul utuk dibawa. Alangkah malangnya andai masih terus terlena,
sedang usia semakin sirna.
Kembalilah kepada-Nya dengan ketaatan, sebelum kembali kepadaNya
tanpa amalan. Kembalilah kepada-Nya dengan kejujuran, sebelum kembali kepadaNya
dengan penuh sesalan.
Manusia menderita kerana biarpun dia tahu dia akan mati, tetapi
tetap sahaja menjalani kehidupannya seolah-olah hidup selama-lamanya di muka
bumi ini. Orang yang usianya dilanjutkan oleh Allah s.w.t. juga akan melalui
usia tua yang tidak mampu menikmati kehidupannya sebaiknya. Maka, samada
seseorang itu mati lalu tidak lagi menikmati kehidupan ini, atau melalui
kehidupan tua yang juga hampir kehilangan kebanyakan nikmat kehidupan duniawi
ini, mengapa tidak kembali kepada realiti, bahawasanya kita di dunia ini
sekadar untuk mengumpul bekalan bagi negeri akhirat yang abadi?
Sabarlah dalam mentaati Allah s.w.t., dalam kehidupan duniawi yang
semakin hari semakin menuju penghujungnya. Ia justeru membawa kepada
kebahagiaan yang abadi di akhirat nanti. Pilihlah kebahagiaan abadi daripada
kelalaian dan kenikmatan palsu yang fana ini. Tiada nilainya kelazatan,
kenikmatan, kepuasan hatta kebahagiaan jika ianya sekadar mimpi, lalu ketika
kita terjaga, semua kelazatan, kenikmatan dan kepuasan tersebut lenyap begitu
sahaja.
Maka, dunia juga begitu. Akhiratlah jua yang hakiki. Marilah keluar
daripada prasangka kelalaian menuju keyakinan yang tinggi dengan ketaatan yang
murni agar dapat mencapai kebahagiaan di akhirat yang abadi dan redha Allah
s.w.t yang menjadi kemuncak kebahagiaan sejati.
Sumber : Raja Ahmad Mukhlis
5 comments:
salam...insyaAllah moga kita sama-sama menjalani hidup di dunia ini dgn pimpinan-Nya...
***harap liza sihat
Assalamualaikum...:)
Moga sahabat sihat hendaknya...aamiin
Dari satu petikan :
"Andai manusia mengejar dunia, hingga nafas habis, dan tenaga tak bersisa, niscaya manusia tak pernah mendapatkan kepuasan dengannya. Manusia yang lalai dengan dunia, maka di akhirat kelak, tentu akan menjadi hina. Tak mampu lagi berdiri tegak dihadapan Allah Azza Wa Jalla."
jujur kpd diri boleh menepis segala sifat wahan, lnsya-Allah.
wak tumpang salam singgah jakk..ahhak
seronok tirana aduka membcanya thanks
Post a Comment