Saturday, May 21, 2011

bUkan HAK kiTa...



بسم الله الرحمن الرحيم




 ~ tasik kenyir ~



Jagalah hak-hak ALLAH, maka ALLAH akan menjaga hak-hak kamu,
jagalah ALLAH seakan-akan DIA wujud di hadapanmu,
jika kamu inginkan sesuatu, maka mintalah kepada ALLAH, 
jika kamu ingin meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan ALLAH. 
Ketahuilah sekiranya seluruh ummat berkumpul ingin
memberikan manfaat kepada kamu, 
nescaya mereka tidak akan mampu melainkan
apa yang telah ditulis oleh ALLAH untuk kamu. 
Dan sekiranya seluruh ummat berkumpul ingin
memberikan mudarat kepada kamu, 
nescaya mereka tidak akan mampu melainkan 
apa yang telah dituliskan oleh ALLAH ke atas kamu.

~ Riwayat Tirmidzi ~

Jangan ditanya kenapa ALLAH tidak mengabulkan doa, 
kalau hak terhadap ALLAH tidak kita laksanakan.
Jangan ditanya kenapa ALLAH tidak murahkan rezeki, 
kalau hak terhadap ALLAH tidak pernah hadir di ingatan.
Jangan ditanya kenapa dan mengapa selagi hak
dan tanggungjawab pada ALLAH tidak dilaksanakan.
Ingat hanya apabila kita menjaga hak-hak ALLAH,
maka ALLAH akan menjaga hak-hak kita. 


Kalau kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH
dengan sujud pada-NYA, taat pada-NYA 
dan meninggalkan segala larangan-NYA, 
maka barulah kita berhak mendapat hak kita seperti
hak supaya ALLAH mengabulkan doa kita,
mempermurahkan rezeki dan sebagainya.
Adalah hak ALLAH terhadap kita, 
supaya kita sentiasa ingat pada-NYA,
bersyukur pada-NYA kerana setiap nafas ini adalah milik-NYA.


"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan ALLAH. 
Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati 
kamu atau kamu memyembunyikannya, 
nescaya ALLAH akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu.
Kemudian DIA mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNYA
dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNYA
(menurut undang-undang peraturanNYA) 
Dan (ingatlah), ALLAH Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
(Al-baqarah 2:284)




saya: cuba tanya diri, yang mana satu hak kita ?

4 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Apabila kita mengucap kalimah `Laillahaillaiiah` bermakna pengakuan Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah dimana hubungan diantara Pencipta (Kholiq) dan makhluk. Sebagai makhluk, ada perkara2 kita tidak boleh bertanya mengenai kekuasaan Allah SWT kerana itu hakNYA. Tetapi sebagai makhluk atau hamba Allah mestilah membuat kerja2 hamba (biif`aalil`ibaad) iaitu sentiasa beribadah kepada Allah dalam semua perkara (Surah AzZariyyat:56مَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Kalau diikutkan kita adalah dari Alam Ruh dan kesemua yang ada pada diri kita hanyalah pinjaman semata2 dan akan dipersoalkan apabila kita kembali kepada Allah SWT. Surah Luqman:15وَٱتَّبِعۡ سَبِيلَ مَنۡ أَنَابَ إِلَىَّ‌ۚ ثُمَّ إِلَىَّ مَرۡجِعُكُمۡ فَأُنَبِّئُڪُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
Tugas kita setelah bersumpah setia di alam ruh dan turun kebumi mesti hidup dlm petunjuk Allah SWT setelah diberi tempoh masa (ajal) dan keperluan bekalan hidup sehingga suatu tempoh yg ditentukan. (Surah AlBaqarah:36وَلَكُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مُسۡتَقَرٌّ۬ وَمَتَـٰعٌ إِلَىٰ حِينٍ۬ Dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati). Wallahualam

Abd Razak said...

Assalamualaikum sahabatku..:)

Moga sahabat sihat hendaknya..


Tunaikanlah apa yang telah diwajibkan
Oleh Allah ke atasmu
Maka engkau akan menjadi
Orang yang paling hebat ibadahnya.
Jauhilah larangan-larangan Allah
Maka engkau akan menjadi
Orang yang paling zuhud.
Terimalah dengan senang
Apa yang telah dibahagikan Allah untukmu
Maka engkau akan menjadi
Orang yang paling kaya

cun09 said...

{{tajnur}}

salam sahabat...

perkongsian yg canteeq utk diingati
jazakallah...

cun09 said...

{{abd razak}}

salam sahabat...

alhamdulillah ^_^