Wednesday, July 21, 2010

Fikir...


Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama

dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:


PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'.

Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185


KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.


KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita,

jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam.

Rujuk surah al-A'raf ayat 179


KEEMPAT beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.


KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.


KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan

melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.


(Sumber: tinta_mujahid)


saya: cermin diri untuk sedar diri...

10 comments:

Abd Razak said...

Salam sahabatku..:)

Moga sihat hendaknya..
Saya amat letih hari ni..

**Meninggalkan solat** adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis. Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta).

cun09 said...

{{abd razak}}

salam sahabat...

saya sihat...letih??
hari yg sibuk kee!! semoga dipermudahkan...

**Meninggalkan solat** masih ramai makhluk yg terlebih keji daripada iblis sekarang niii...tidak takut kepada Khaliqnya.

Shita said...

salam liza

selamat bersiaran...best sabah?...:)
sedikit info..kalu rajin slps solat magrib cuba dgr kuliah magrib dr masjid putih kat radio trg 88.7 (fre.) byk ilmu situ walau hanya stgh jam..

= muhasabah n usahakan agar kita sama2 hadir n libatkan diri dlm majlis ilmu... secara maya atau nyata, insyallah...sama2 buat =

:)

MOMMY CGG said...

SALAM..
ENTRI Nie bagus:)

Unknown said...

sgt menarik kak!!!suka!!
Post baru:Jadi Bos.Mau?

Mama Zharfan said...

nice entry...thanks for sharing
salam ziarah dari nottingham UK

cun09 said...

{{shita}}

salam awak...

sabah!!! boleh laaa ^_^

tq info dr sahabatku...

cun09 said...

{{cik GULA-gULA}}

salam dik...

terima kasih sudi singgah 'umah' akak ^_^

cun09 said...

{{iqbal}}

salam iqbal

terima kasih...peringatan utk kita bersama ^_^

cun09 said...

{{mama zharfan}}

salam sahabat...

n3 utk kita sama2 muhasabah diri kita

terima kasih sudi singgah 'umah' saya ^_^