Wednesday, October 14, 2009

Fikir...

Cerita ini adalah dari email yang diterima daripada sahabat,
samaada cerita betul atau rekaan itu saya tidak pasti…
Tapi cerita ini boleh membuat kita berfikir bukan sahaja tentang
keluarga itu, tapi tentang diri kita…
cuba kita bayangkan keadaan ini berlaku kepada
ibu, bapa, adik beradik dan diri kita sendiri…


**sekadar hiasan**



PUASA SI MISKIN

Sekadar renungan....buat peringatan buat diriku
yang sering terlepas pandang.
Aku telah menemui sebuah rumah yang usang.
Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa.
Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil
yang kelihatan lesu dan letih.
Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang
paling tua antara mereka,
seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:
"Mana emak? ""Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?""Bapak pergi kerja...
""Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?"
Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? ""Sepuluh.
"Adik ni yang ke berapa?""Saya yang kelapan.
"Mana abang-abang kamu pergi? "Tolong emak menoreh.
""Adik puasa hari ini?""Sama je pakcik, puasa ke tidak..
Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?
""Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu.."."Bapak kerja apa?
""Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".
Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa
berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa
mereka dapat makan kuih.
Ada saja orangyang hantar. Aku berlalu dari situ
dengan seribu-satu keinsafan.
Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual
daging lembu tempatan.
Aku beli satu kilo tulang lembu.
Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras
untuk disedekahkan kepada keluarga itu.
Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya,
dia melompatkegembiraan sambil menjerit
"Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malamni..!".
Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat.
Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban
tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan
daging lembu sekali lagi.
Seminggu kemudianaku datang lagi ke rumah itu.
Bila mereka melihat aku datang, mereka girang
menyambutku di pintu rumah.
Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.
Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:
Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku
bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang
yang aku berikan hari itu.
"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik..
"Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan
hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu?
Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama
dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya
agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan.
Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya
semula untuk dimakan pada hari berikutnya.
Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata
"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan
tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya.
Dia orang suka sangat."Aku bertanya lagi
"Upah menoreh berapa makcik dapat?""Cuma RM3.00 sehari.
""Ayahnya bekerja macam mana
""Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari.
"Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya
hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus
semula sepanjang hidup anda?
Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging
yang ada padanya kerana anda kata ianya
"TAK SEDAP"?Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang
hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah,
masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

20 comments:

Abd Razak said...

assalamualaikum...

Allah akan mendatangkan kemudahan setelah kesempitan (QS ath-Thalaq 65:7)

Tidak ada persoalan yang menghimpit dan musibah yang mendatangkan nestapa, kecuali akan diikuti dgn penbebasan.

Dearie Pearls said...

Sahabatku,
Banyak peristiwa sekitar kita yang menginsafkan..

Semoga ku lebih menghargai kehidupanku ini..

Terima kasih mengongsikan rencana ini.

Salam Khamis..

Honeyz said...

salam kak liza..

nice n3.. cukup menginsafkan.. kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan segala ni3mat yg Allah berikan pada kita..

kadang2 kita berasakan diri serba kurang, tapi kita terlupa kemungkinan masih ada yang lebih serba kurang berbanding kita.. dgn didedahkan kisah sebegini, dapatlah kita bandingkan dgn kehidupan kita yg hakikatnya xla sesusah manapun, lalu bersyukur dengan segala apa yg ada pada kita saat ini.. alhamdulillah..

Anem Arnamee said...

Salam..

syg , ya, kita kena bersyukur dan selalu memandang ke bawah:)

cun09 said...

{{Abd Razak}}
Salam saudara...

ALLAH Maha Mengetahui.
musibah dan ni'mat yg diberi, haruslah kita berfikir apabila menghadapinya...

cun09 said...

{{LOl}}
Salam sahabat...
Semoga kita semua sama-sama menghargai kehidupan ini...

Cerita yang boleh kita mengambil pengajaran dalam kehidupan kita...

cun09 said...

{{Honeyz}}
Salam Hani...

Mungkin kita sudah biasa
hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah,
masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita...

cun09 said...

{{Arnamee}}
Salam...

Apabila kita bermuhasabah, cuba kita memandang orang yg lebih susah dari kita dan bukan memandang orang yang lebih senang dari kita...

Muhammad Abdulloh Suradi said...

Salam ziarah kembali. Bagus blog ini. Banyak entri2 yg bagus. Teruskan. Kenapa ukhti tak buat ruang komen di tepi blog? Mudah nanti kalau ada org nak komen. Moga ukhti dlm redhaNYa selalu. :)

Izariza said...

salam Cun,

Saya memetik kembali kata2mu: "Apabila kita bermuhasabah, cuba kita memandang orang yg lebih susah dari kita dan bukan memandang orang yang lebih senang dari kita..." - itulah pesan ibu setiap kali ada keluhan di bibir .. dan lama kelamaan pesan itu melekat di hati .. bersyukurlah dengan apa yang Allah berikan untuk kita, meski rezeki masing2 berbeda, namun jika kita tidak meilik apa yang kita suka, sukailah apa yang kita ada..kan? :)

cun09 said...

{{M.A.Uswah}}
Salam...

Terima kasih untuk komen dan doa dari saudara, masih lagi belajar mengenal diri sendiri...
Ruangan komen akan di fikirkan ^-^

Terima kasih sudi singgah "umah"
saya...

cun09 said...

{{Izariza}}
Salam Iza ^-^...

"jika kita tidak milik apa yang kita suka, sukailah apa yang kita ada"

***ayat yang cantik untuk kita fikirkan...terima kasih sahabat***

Anem Arnamee said...

syg..

salam..
thnks ikut blog anem ea.

:)

cun09 said...

Salam...

Semoga ukhuwah kita berpanjangan...^_^

ainul_rabb said...

salam..mohon copy...tq..

cun09 said...

Salam...
Silakan, moga ada manfaat untuk semua ^_^


Terima kasih sudi singgah "umah"
saya...

cahaya ketenangan said...

salam...ana suka blog enti...ana nak minta link ye...ngan nak copy tuk sebarkan

mamawana said...

Kisah yg menarik. Teringat waktu kecil dulu semasa musim buah, pagi2 lagi dah duduk atas pokok rambutan, jambu, mangga, kuinin, mempelam, ciku dan selalu cari pucuk paku kat hutan kecil tepi rumah sehari suntuk sampai tak makan nasi.. Cam Tarzan. kadang2 sehari suntuk duduk di kebun abah kunyah kacang panjang...petik cendawan pagi2....hehehe. Itu semua kenangan manis yg sangat indah....

cun09 said...

{{truelove}}
Salam dik...

"Kehidupan Sementara" ini ditujukan buat peringatan kpd diri sendiri..."umah" adik pun banyak pengajaran...

Silakan link n copy, moga ada manfaat untuk semua ^_^


Terima kasih sudi singgah "umah"
akak...

cun09 said...

{{mamawana}}
Salam...

Pengalaman yg sukar dilupakan ^_^ bukan semua orang dapat merasai kehidupan macam tuu...

Terima kasih sudi singgah "umah" saya ^_^