Sunday, June 21, 2009

Ingatan...


Abah...
Rasakan di hatimu,
secebis kasihku,
yang kian merinduimu,
biar kau tiada di mata ku,
asal kau bersama Pencipta ku,
juga Pencipta mu,
yang menjanjikan,
pertemuan ku dengan mu,
di syurga milik Yang Satu

Pernah terjadi di zaman Rasulullah SAW seorg lelaki
berselisih faham dengan ayahnya lalu mengadu kpd Rasulullah.
Anak yg sudah besar panjang, segak dan gagah malah berharta
pula menuduh ayahnya hendak merampas hak miliknya.
Rasulullah memanggil si ayah lalu bertanya apa yg berlaku.
Ayahnya pun bercerita, "sedarkah anak bahawa sedari kecil
sehingga dewasa ayah yg membesarkan, mengasuh dan mendidik,
kadang2 makanan yg akan masuk ke mulut ayah di bahagi lagi
separuh kpd anaknya agar anak dapat makan bersama.
Tetapi sekarang setelah besar panjang, setelah dapat
mengiraikan sayap terbang sendirian tanpa bantuan,
ia lupa untuk berbakti kpd ayahnya.
Malah hendak disisih ayah dari hidupnya,
dan apakah salah ayah mengambil sedikit harta anak kandungnya
sedangkan itu tidak menjejaskan kekayaan".
Rasulullah SAW memanggil anak muda itu memberikan
nasihat disamping mencela sifatnya yg demikian kasar
melayani ayahnya seperti haiwan.
Sesungguhnya harta dunia tidak akan masuk ke kubur, kata Rasulullah.
Di penutup nasihatnya Rasulullah SAW bersabda
" dirimu dan seluruh harta bendamu adalah milik ayahmu,
demikian ketentuan Ilahi"

2 comments:

Dida... said...

Salam...

Haaa.. baru dapat masuk blog ni... thanks ya sbb selalu tinggal comment di blog saya... InsyaAllah.. saya akan rajin2 dtg ke sini....

Al-Fatihah buat ayahanda.. moga rohnya tenang di sana...

cun09 said...

Salam persahabatan utk DIDA juga...

Terima kasih kerana sudi gak singgah "umah" saya yg masih baru dan tak seberape nii...nk dibandingkan ngan "umah" Dida yg lagiii canteek gitu ;)

Terima kasih jua utk doa buat ayahanda saya...