Monday, May 18, 2009

Peringatan...


"Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada
sebarang dosa yang aku telah bertaubat,
tapi setelah itu aku lakukan semula.
Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam
hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan.
Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu,
tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah
kepada kerana yang lain daripada-Mu.
Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang
Engkau kurniakan itu
sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya
untuk ingkar suruhan-Mu.
Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada
yang zahir atau yang terselindung,
aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada
siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi,
ketika beramai atau ketika seorang diri,
ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut."

Doa dan istighfar para nabi sejak daripada Nabi Adam a.s.
hingga ke Nabi Muhammad s.a..w., telah dinukilkan
oleh Imam Ghazali yang dimuatkan dalam kitabnya untuk
mendapat perhatian dan menjadi amalan umat akhir zaman.

2 comments:

Shita said...

tq liza, share doa ni...moga2 menjadi amalan seharian...amin

cun09 said...

Sama2 diingati :)