Wednesday, January 11, 2012

TanPa KiTa sEdaR...


بسم الله الرحمن الرحيم

Tanpa kita sedar masa terus berlalu meninggalkan kita dan kita pula asyik leka, alpa dan asyik dengan duniawi
Tanpa kita sedar sudah banyak wang ringgit kita habiskan untuk berfoya-foya namun sedikit sangat amal jariah kita terhadap mereka yang memerlukan
Tanpa kita sedar selama kita bercakap akan keburukan orang lain akan tetapi kita dibutakan dari melihat kelemahan dan kedaifan diri sendiri
Tanpa kita sedar peluang sudah diberi untuk berjaya namun kita angkuh dan meremehkannya lalu rebah tersungkur ke jalan kegagalan
Tanpa kita sedar nasihat sudah mengunung diberikan kepada kita tetapi kita memekakkan telinga dan menahan hati darinya lalu kita mudah digoda dan disesatkan
Tanpa kita sedar dosa menimbun dan makin bertambah, akan tetapi kita sering lupa untuk bertaubat sedangkan pintu taubat sentiasa terbuka
Tanpa kita sedar mata dikurnia memperlihatkan ciptaanNYA , sebaliknya kita merosakkannya dengan pandangan hina dan jahil
Tanpa kita sedar mulut diberi hak berbicara agar sentiasa melafazkan kata-kata zikir kepadanNYA, sebaliknya kita mempergunakannya dengan berkata-kata dengan perkataan lagha
Tanpa kita sedar telinga diberi hak untuk mendengar alunan kalam suciNYA , sebaliknya kita memperlakukannya dengan menerima berita-berita fasik dan fitnah
Tanpa kita sedar kaki dan tangan yang sempurna dikurniakan agar melakukan ibadat kepadaNYA sebaliknya kita terpelangkup dalam dunia kemaksiatan
Tanpa kita sedar kita selalu menyalahkan takdir walhal kita diberi peluang dalam mengubahnya
Tanpa kita sedar kita selalu lupa akan ALLAH, namun ALLAH tidak pernah sesekali melupakan hambaNYA
Tanpa kita sedar kita sering mengatakan keseorangan  padahal ALLAH sentiasa bersama kita sepanjang masa
TANPA KITA SEDAR KITA SUSAH UNTUK TERSEDAR DARI KEASYIKAN DUNIAWI KEPADA KESEDARAN MENGINGATI ALLAH DAN RASULNYA....
Itulah kita yang seringkali harus disedarkan secara berulangkali agar tidak jauh dari hidayahNYA....
Dan Tanpa Kita Sedar
ALLAH itu sentiasa menyayangi hambaNya yang soleh dan taat kepadaNYA.
(sumber: iluvislam.com)

alt
pic pinjam...tq
saya : cermin diri untuk sedar diri...

6 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum sahabat.. :)

Moga sahabat sihat..

Tanpa kita sedar mungkin esok kematian sudah menghampiri kita, masa yang berlalu dulu tanpa ada ketaatan maka merugilah kita.

cun09 said...

{{abd razak}}

salam sahabat...

alhamdulillah saya sihat ^_^

syukran...tanpa kita sedar dr sahabat ...

petang td usrah kt umah saya, bercerita tentang kita di padang masyar...tanpa kita sedar suatu hari nanti kita akan lalui semua itu...

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Tanpa kita sedar, usia kita telah berlalu dgn begitu pantas sehinggakan kita lupa bahawa kita pernah bersaksikan diri sendiri dan berbai`ah dgn Allah SWT semasa dialam Ruh. Pesanan Allah SWT kpd kita, jangan sampai kamu menjadi org2 yang lalai! Surah Al`Araaf:172 وَإِذْ أَخَذَ رَ‌بُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِ‌هِمْ ذُرِّ‌يَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَ‌بِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِي Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Begitu juga seterusnya, Allah SWT mengingatkan kita lagi bahawa jangan menyalahkan takdir dan org2 lain termasuk ibu-bapa kamu bahawa kita bersyirik kpd Allah SWT. Surah Al`Araaf:173 أَوْ تَقُولُوا إِنَّمَا أَشْرَ‌كَ آبَاؤُنَا مِن قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّ‌يَّةً مِّن بَعْدِهِمْ ۖ أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ Atau supaya kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?"

Tetapi sebaik sahaja lahir ke dunia sehingga sekarang apabila telah berlalu masa yg panjang dan jarak jauh antara zaman kita dgn zaman Rasulullah saw. maka jantung2 kita telah bertambah keras kecuali kita kembali kpd AlQuran dan Hadis. Surah AlHadid:16 أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ‌ اللَّـهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ‌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.

Begitulah juga bahawa kita tidak sedar bahawa kitab2 kita telah menimbun dlm pelbagai bentuk samada maya atau maujud namun sejauh manakah kita menghayati kembali apa yang telah kita pelajari? Kebykan manusia baik golongan ilmuwah wal ilmiah, ramai yang lupa pesanan Allah SWT. Surah Jumaat:5 مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَ‌اةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ‌ يَحْمِلُ أَسْفَارً‌ا ۚ بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّـهِ ۚ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ Bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.

Wallahualam

humble.yat said...

salam kak,

semuanya berlaku tanpa sedar melainkan kita saling mengingati, saling menasihati, saling merenung diri yang naif ini..:-)

semoga sihat selalu kak..
senyum sokmo2 ...:-)

cun09 said...

{{tajnur]]

salam sahabat...

jazakallah peringatan dr sahabat, komen utk saya sedar....


**saya yg mudah lupa***

cun09 said...

{{hayati A.G}}

salam adik akak...

ingat masa mula2 buat 'umah' kehidupan sementara niiii....antara tujuannya, untuk jadikan nasihat2, ilmu2, pengalaman2 dan pengajaran2 antara sahabat sumer adalah utk kita kongsi bersama n ingat-mengingati...manusia mudah lupa...

**moge adik kite sihat jugee**