Tuesday, January 31, 2012

HaRi TeRakHiR...

بسم الله الرحمن الرحيم




tq (",)


Salam buat sahabat kehidupan sementara...

Sebenarnya dah ada yg menegur..."kehidupan sementara" asyik C & P jeeee...
macam laaa 'dia' tak tau yang kita niii 'buat-buat sibuk' 
aduuusss kerja belom selesai...esok sudah bulan ke dua untuk tahun 2012...
nasib baik kelas belom bermula...
bercuti sakan...yang empat segi tuuu langsung tertutup...
kesian saya, ilmu dibiarkan...

Januari 2012...
Banyak meninggalkan kenangan...
...senyum.....tangisan......debaran...
25012012 sahabat jauh di utara tetiba muncul...rindu
jazakalah yunie sudi telefon n jumpa, walaupun masa yg begitu singkat...
29012012 makhluk perosak cuba mendekati...
jawapan yang ringkas
saya tidak mahu tahu dan tidak akan tanya apa2...titik

Feb 2012 akan bermula...


Ya ALLAH
banyak sekali impianku...
namun dosa yang menggunung membuatkan
hamba rasa malu bermohon padaMU...
Ya Rabb,
Kau amat suka pada hambaMu yang berdoa padaMu...
hamba akan terus memohon padaMu..
moga Kau meredhai impianku sebagai perancangan
yang telah Engkau takdirkan untukku…
permudahkanlah Ya ALLAH

6 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum sahabat..:)

Moga sahabat sihat..

Waktu begitu cepat sekali berlalu, seperti kata Imam Al-Ghazali dalam Kitab Kimyatusy, Dunia ini menipu kita dengan berpura-pura kekal bersama kita padahal sebenarnya ia sentiasa berlalu saat demi saat sambil melambaikan tangan mengatakan Selamat Tinggal kepada kita, seperti bayang-bayang yang nampaknya tetap tetapi sebenarnya bergerak.

Syukran sahabat :)

LadyBird said...

salam.. selamat memulakan kelas..
:).. dahulukan yg penting.. buat2 sibuk xpe.. menandakan kite menggunakan ms dgn sebaiknye..

cun09 said...

{{abd razak}}

salam sahabat...

syukran kongsi kata2 Imam Al-Ghazali dalam Kitab Kimyatusy...canteeq ^_^

cun09 said...

{{ladyBird}}

salam sahabat ^_^

syukran sudi singgah 'umah' akak...selamat bersahabat ^_~

***org ghanu eekkk***

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Sahabat,
Hidup ini ada tempohmasa dan bekalan sementara untuk kita sehingga Allah SWT menentukannya. Surah AlBaqarah:36 وَلَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِينٍ dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

Tidak dapat dinafikan mmg banyak perkara yang hendak kita kejar malah sampai kini tidak selesai2. Banyak perkara yang penting dalam duni INI. Sebagai orang mukmin, kita hanya mengejar, MEMILIH dan mengambil perkara yang terpenting dalam hidup kita SESUAI DENGAN MASA YANG DIBERIKAN. Surah AzZumar:18 الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّـهُ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.

InsyaAllah jika kita mengikut jalan Allah SWT dan RasulNya yang satu dan tidak bersimpang-siur, Allah SWT akan menunjuk dan membukakan kita kepada jalan2 lain yang luas.

Surah AlAn`aam:151 وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ۚDan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah.

Surah AlAnkabut:69 وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚDan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan).

Sahabat sudah mempunyai latar-belakang pembelajaran AlQuran, tentu sedikit sebanyak memahami apa yang saya maksudkan. Semoga kerja2 sahabat mendapat rahmat dari Allah SWt.
Wallahualam

cun09 said...

{{tajnur}}

salam sahabat...

jazakallah...perkongsian dan doa dr sahabat utk saya ^_^