Friday, January 20, 2012

NoTa JuMaaT...




بسم الله الرحمن الرحيم

ALHAMDULILLAH...
bertemu lagi di hari Jumaat yg mulia
^__^




tq (",)


~ Ujian itu tarbiah kehidupan ~

Setiap ujian yang ALLAH bagi pasti ada hikmahnya...

Semakin ALLAH sayang kepada seseorang hambanya...

Semakin kuat ujian buatnya



saya: cermin diri untuk sedar diri...


6 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum sahabat..

Moge sihat..

Terima kasih mendoakan saya..

cun09 said...

[[abd razak]]

salam sahabat...

moge dipermudahkan dan diberkati oleh ALLAH segala urusan dan perjalanan sahabat...

Hajar said...

salam...
terkadang apabila kita ditimpa kesusahan kita anggap ia ujian dan mengadu kpd-Nya...kita seolah terlupa, kesenangan juga ujian buat kita, langsung tidak mengadu apatah lagi mengucap syukur pada-Nya...

cun09 said...

{{hajar}}

salam akak...

itulah sifat manusia, susah baru ingat...senang buat2 lupa...

**moge akak sihat**

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Subhanallah! Dlm keadaan skrg dimana sistem hidup dan akhlak manusia telah rosak, inilah masanya yang terbaik kita melonjakkan iman supaya masuk dlm golongan seperti ternyata dlm Surah AliImran:139. Untuk mencapai tahap tersebut, kita mesti berusaha bersungguh2, jika perlu cari sahabat dan pasangan hidup yang seiring dgn cita2 murni ini. Tidak mustahil Allah SWT menggelarkan mrk sebagai wali/penjaga yang menghidupkan sunnah Rasulullah saw samada yang wajib mahupun sunat.
Surah Yunus:62 لَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّـهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.


“Wali-wali Allah itu (adalah) orang yang sungguh-sungguh beriman kepada Allah dan mereka bertaqwa kepada Allah SWT. (Surah Yunus, ayat 62 dan 63 ).

Dalam tafsir yang muktabar seperi Tafsir al-Qurtubi dan Tafsir al-Maraaghi, ketika menghuraikan ayat ini menyebut bahawa wali-wali Allah adalah orang-orang yang ikhlas mematuhi perintah Allah dan berserah diri kepadanya, tanpa mensyirikkannya tanpa sesuatu apapun. Mereka mengasihi-Nya dengan sebenar-benar kasih dan mentaati-Nya dengan sepenuh ketaatan.

Merujuk kepada ayat ini, Umar bin al-Khattab (r.a) pernah berkata, “Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, ‘ada di antara manusia, adalah menjadi hamba-hamba-Nya yang sebenar. Mereka bukan para Nabi dan bukan juga para Syuhada, tetapi amat disegani oleh para Nabi dan Syuhada di hari Kiamat kerana makam mereka amat istimewa disisi Allah pada hari tersebut.

“Lalu ditanya kepada Rasulullah s.a.w siapakah mereka dan apa amalan mereka, semoga kami boleh mencontohi dan mengasihi mereka, lalu Rasulullah bersabda, ‘mereka adalah kaum yang berkasih sayang kerana Allah, tanpa ada hubungan darah dan harta benda yang mengikat mereka, muka mereka bercahaya indah dalam kilauan cahaya dalam cahaya, mereka tidak takut ketika sekelian insan takut dengan azab Allah, mereka tidak berdukacita ketika insan sekelian berdukacita kerana takut kemurkaan Allah SWT.” Lalu Nabi membaca dua-dua ayat dari Surah Yunus tadi.

Wallahualam

cun09 said...

{{tajnur}}

salam sahabat...

jazakalah...komen sahabat yg cukup "bermakna" utk dijadikan pengajaran...ilmu...