Wednesday, February 29, 2012

HaRi TeRakHir...

بسم الله الرحمن الرحيم


tq (",)


ALHAMDULILLAH
Bertemu semula di ruang yang tiada sempadan ini,
mudah-mudahan hari yang mendatang akan dilalui dengan ketaatan
kepada ALLAH serta menjauhi larangan ALLAH

Orang cakap hidup penuh dengan warna-warni, 
kekadang warna-warna cantik akan hilang dan timbul pula warna yang putih, 
suram, dan terus gelap…yee kee?
Tidak semua orang menerima perkara yang sedih sepanjang hidupnya,
 walaupun secubit pasti orang itu akan merasa juga kegembiraan…
yang pasti ALLAH ada bersama kita dan ALLAH menyayangi kita 
lebih daripada makhluknya menyayangi kita…

~ bermula sebagai pelajar
~ ujian kesakitan
~ ujian kesibukan
Esok..bulan kedua 2012 selesai dilalui…

Mac 2012 akan bermula...

" Katakanlah (wahai Muhammad): tidak sekali-kali akan menimpa 
kami sesuatupun melainkan
apa yang telah ditetapkan ALLAH bagi kami.
Dialah pelindung yang menyelamatkan kami, 
dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada ALLAH
jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal"
(QS at-taubah 51)

Sunday, February 05, 2012

KeKasiH ALLAH...

بسم الله الرحمن الرحيم




"Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum dia mencintaiku melebihi cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya"
(Riwayat muslim daripada Anas Bin Malik r.a.)


"Manusia yang paling utama bagiku ialah yang paling banyak berselawat kepadaku"
(Riwayat At - Tirmizi daripada Ibnu Mas'ud r.a.)


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ


saya: cermin diri untuk sedar diri...terimalah kami sebagai umatmu…

Tuesday, January 31, 2012

HaRi TeRakHiR...

بسم الله الرحمن الرحيم




tq (",)


Salam buat sahabat kehidupan sementara...

Sebenarnya dah ada yg menegur..."kehidupan sementara" asyik C & P jeeee...
macam laaa 'dia' tak tau yang kita niii 'buat-buat sibuk' 
aduuusss kerja belom selesai...esok sudah bulan ke dua untuk tahun 2012...
nasib baik kelas belom bermula...
bercuti sakan...yang empat segi tuuu langsung tertutup...
kesian saya, ilmu dibiarkan...

Januari 2012...
Banyak meninggalkan kenangan...
...senyum.....tangisan......debaran...
25012012 sahabat jauh di utara tetiba muncul...rindu
jazakalah yunie sudi telefon n jumpa, walaupun masa yg begitu singkat...
29012012 makhluk perosak cuba mendekati...
jawapan yang ringkas
saya tidak mahu tahu dan tidak akan tanya apa2...titik

Feb 2012 akan bermula...


Ya ALLAH
banyak sekali impianku...
namun dosa yang menggunung membuatkan
hamba rasa malu bermohon padaMU...
Ya Rabb,
Kau amat suka pada hambaMu yang berdoa padaMu...
hamba akan terus memohon padaMu..
moga Kau meredhai impianku sebagai perancangan
yang telah Engkau takdirkan untukku…
permudahkanlah Ya ALLAH