Dalam kita bergembira menyambut Syawal bersama-sama dengan keluarga, tiba-tiba ada berita sedih diterima pada malam 3 Syawal...
" Suami saya telah meninggal jumaat minggu lepas, maaf tak sempat nak bagitau"
berulang kali membaca mesej, antara percaya dengan tidak!!! Benar...suami sahabat telah meninggal... meninggalkan sahabat dan anak-anak yang masih memerlukan seorang ayah...
3 Syawal terus menziarahi sahabat, 2 jam bersamanya, bukan sahaja dia yang menangis tapi diri ini juga... ingat 22 tahun yang lalu, telah saya rasai tanpa seorang abah... Bagaimana perasaan ma masa itu yee? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Apabila kita melihat kesusahan yang ditanggung oleh orang lain, kita akan menyuruh dia bersabar, dia akan menghadapi pelbagai lagi dugaan... Cuba kita letakkan diri kita ditempat dia...kuatkah diri ini? bolehkah ayat sabar berada dalam diri ini? YA ALLAH... Sungguh hebat ujian yang KAU berikan kepada setiap hambaMU tapi ALLAH MAHA MENGETAHUI...
"Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
Hari ini 2 Syawal... Sudah ramai saudara-mara yang kita jumpa setelah sekian lama tak bersua muka... tapi berhati-hati, perkara yang dipandang remeh oleh kita tetapi tetap TIDAK BOLEH!!!