Wednesday, September 15, 2010

6 Syawal...



Dalam kita bergembira menyambut Syawal
bersama-sama dengan keluarga,
tiba-tiba ada berita sedih diterima pada malam 3 Syawal...

" Suami saya telah meninggal jumaat minggu lepas,
maaf tak sempat nak bagitau"

berulang kali membaca mesej,
antara percaya dengan tidak!!!
Benar...suami sahabat
telah meninggal...
meninggalkan sahabat dan anak-anak yang
masih memerlukan seorang ayah...

3 Syawal terus menziarahi sahabat,
2 jam bersamanya,
bukan sahaja dia yang menangis
tapi diri ini juga...
ingat 22 tahun yang lalu, telah saya rasai
tanpa seorang abah...
Bagaimana perasaan ma masa itu yee?
Berat mata memandang,
berat lagi bahu memikul.

Apabila kita melihat kesusahan yang ditanggung oleh orang lain,
kita akan menyuruh dia bersabar,
dia akan menghadapi pelbagai lagi dugaan...
Cuba kita letakkan diri kita ditempat
dia...kuatkah diri ini?
bolehkah ayat sabar berada dalam diri ini?
YA ALLAH...
Sungguh hebat ujian yang KAU
berikan kepada setiap hambaMU
tapi ALLAH MAHA MENGETAHUI...


"Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu)
- untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu;
siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya;
dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu)
lagi Maha Pengampun,
(bagi orang-orang yang bertaubat);

( QS Al-Mulk:2 )


saya: benar-benar terasa...

6 comments:

Abd Razak said...

Salam sahabatku..:)

Moga sahabat sihat hendaknya..:)

Setiap orang akan merasa sedih apabila orang yang dikasihi pergi buat selama-lamanya. Sabarlah ubatnya. Namun, itulah hakikatnya kehidupan kita setiap kita ini akan kembali menemui~Nya.

Selalu mengingatkan diri, apakah yang bakal saya bawa balik nanti?

Guru said...

dugaan yang berat , memang, khas untuk dia, kerana pastinya dia antara yang terpilih dan Allah tingkatkan hubungannya dengan Yang Esa, insyaAllah

kita hanya bisa mendoakan dan membantu mana yang terdaya

cun09 said...

{{abd razak}}

salam sahabat...

betul tuuu apa yg kita nak buat balik kena ingat, tapi orang sekarang akan kumpul harta dulu untuk ditinggalkan kpd isteri dan anak2...bekalan nk dibawak balik tak ingat pulak!!!

cun09 said...

{{a kl citizen}}

salam akak...

yeee akak ini adalah ujian dr ALLAH utknya...semoga dia tabah!!!

musi said...

Salam.
Sayang dan kasih kita kepada nya. namum kasih Allah mengatsi yang ada di alam ini. Allah masih memberi kita peluang untuk berbakti dan meletakkan diri kita menjadi manusia yg sihat cerdas gembira yg setiap masa melakukan ibadah dengan ceria di samping memiliki kasih sayang kepada makhluk allah yg lain. Menghargai kesihatan sejahtera diri adalah tuntutan syariat. Semoga kita semua sihat sejahtera panjang umur untuk menabung saham akhirat sebanyak2nya.

cun09 said...

{{musi}}

salam saudara...

terima kasih nasihat dr.saudara ^_^
semoga kita yg masih diberi kehidupan ini dapat melakukan ibadah utk dibawa balik nanti...insyaALLAH

terima kasih sudi ziarah 'umah' saya...