CARI DUIT ATAUPUN CARI REZEKI?
SESETENGAH peniaga menjadikan duit sebagai objektif
utama menjalankan perniagaan dan bukan rezeki.
Apa bezanya mencari duit dengan mencari rezeki?
Bagi saya walaupun nampak kecil tetapi besar bezanya.
Secara umumnya, cari duit kaedahnya macam
Allahyarham P. Ramlee kata,
“Hantam sajalah Labu”,
tidak usah diambil peduli apa orang dan Tuhan kata.
Apabila cari rezeki, pilih-pilihlah sikit!
Berikut adalah dua kisah benar bagi menjelaskan
beza di antara cari duit dan cari rezeki.
Kisah 1
Beliau adalah kontraktor yang mempunyai
kontrak berjuta-juta.
Beliau bercerita, “Nak kaya, kena bagilah sikit!”
Saya tanya beliau, “Bagi apa tu?” Jawabnya,
“Bagi duit kopi ataupun bawa
perempuan ke hotel lah, apa lagi!”
Saya tanya lagi, “Kamu buat begitu?” Jawab beliau lagi,
“Aku tak buatlah tapi aku suruh staf aku
yang bereskan semuanya!”
Saya menjawab pendek, “Samalah tu!” Katanya lagi,
“Habis? Kalau kita tak buat,
orang lain buat! Kita melepas!”
Berhubung dengan perkara ini, hadis Nabi sebagaimana
di bawah ini dapat dijadikan panduan:
“Bakal datang kepada manusia suatu masa,
di mana orang tiada peduli akan apa yang diambilnya;
apakah dari halal atau dari yang haram.”
Kisah 2
Saya dimaklumkan oleh datuk saudara,
saya boleh makan secara percuma pada
setiap hari selepas solat subuh di sebuah gerai makan
yang terletak di hadapan sebuah masjid.
Ini disebabkan ada seorang hamba Tuhan yang sudah
membayar untuk semua jemaah masjid yang makan
di gerai itu setiap hari selepas solat subuh.
Apa yang lebih mengagumkan saya adalah,
ia sudah berlaku sejak beberapa tahun yang lepas.
Jika tanya saya berapa ramai jemaah?
Saya tidak mengira dengan tepat tetapi cukuplah
saya mengatakan bilangannya ramai.
Datuk saudara saya juga mengatakan,
beliau sudah segan mahu makan di gerai itu
kerana asyik makan percuma sahaja.
Saya tanya, “Wakil rakyat ke dia?” Jawab datuk saudara,
“Bukan. Orang biasa saja!”
Saya mahu benar mengenali orang ini.
Datuk saudara saya menyambung cerita,
“Dia tu anak kampung sini, bermula daripada bawah,
sekarang ini kontraktor.”
Mengikut datuk saudara saya lagi,
kontraktor ini memilih projek yang mahu diambilnya,
jika banyak ‘halnya’, duit kopilah, duit bawah mejalah
dan bermacam lagi kaedahnya, beliau mengundurkan diri.
Saya terharu kerana ada lagi hati yang
semurni itu dalam dunia ini.
Tentu banyak wang yang dibelanjakan oleh orang itu.
Tetapi tiada liputan dalam televisyen,
tiada pula hebahan dalam radio dan
tiada majlis menyerahkan cek besar yang ditonjolkan.
Mungkin beliau
‘tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya’.
Kata Tuhan dalam bab al-Baqarah,
ayat 271 yang bermaksud:
“Jika kamu lahirkan sedekah, maka itulah sebaik-baiknya,
dan jika kamu sembunyikan dan kamu berikan
bagimu dan menutupi kesalahanmu,
dan Tuhan Maha Mengetahui
apa-apa yang kamu kerjakan.”
Hati saya tidak puas,
saya bertanya pada datuk saudara saya,
di mana hamba Tuhan ini tinggal.
Dapat alamatnya, saya berkunjung ke rumahnya.
Tuhan Maha Kaya. Betul sebagaimana yang
Tuhan janjikan kepada makhluknya seperti
dalam dua maksud ayat di bawah berkenaan
limpahan nikmat untuk hambaNya yang bersyukur.
Tuhan menyatakan di dalam Quran,
bab Ibrahim ayat 7 yang bermaksud:
“Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur maka
Aku akan tambahkan nikmatku kepada kamu
dan sekiranya kamu kufur,
sesungguhnya azabKu amatlah keras.”
Dalam bab al-Baqarah ayat 261 pula,
Tuhan menyatakan yang bermaksud:
“Misalnya orang-orang yang menafkahkan
hartanya pada jalan Tuhan,
seperti sebuah biji yang tumbuh menjadi tujuh tangkai,
pada setiap tangkai ada seratus biji,
dan Tuhan melipatgandakan bagi sesiapa
yang dikehendakiNya, dan Tuhan luas (kurniaNya),
lagi Maha Mengetahui.”
Kita boleh bertanya pada diri sendiri,
sama ada kita sanggup membuat perkara
yang sama jika kita mampu.
dengan projek yang berjuta,
rumah mahligai berpagarkan permata,
kereta besar berkuasa kuda,
namun jiran sekeliling ada lagi yang
atap rumahnya bocor dan malam berlampu pelita.
Sesetengah daripada kita pula asyik berfikir,
berfikir dan berfikir untuk belanja
RM10 rakan-rakan minum.
(Sumber: Formula Menjadi Usahawan Berjaya
oleh Wan Mohd Nazif dan Fazilah Ibrahim)
11 comments:
Salam saudari..
Moga sahabat sihat hendaknya di sana..:)
Sungguh pada dua kisah tersebut tersimpan pengajaran yang sangat baik untuk diikuti dan dijauhi. Hendaknya kita jauhi rezeki yang haram kerana selayaknya yang haram itu ada neraka baginya..
Kesukaran dalam kita mencari rezeki akan dibayar oleh ALLAH SWT. Itu adalah sesuatu yang pasti.
Maka jagalah hati kita dengan menjaga diri kita dari dimasukkan sesuatu yang sumbernya haram atau syubhah. Hidup ini untuk mendapat keredhaan Allah SWT!
Sahabat,
Dulu Co tempat saya bekerja ni mengamalkan POLITIK sikit. Kalau nk project, kenalah bayar sejumlah untuk dia. So, terpaksa jugalah.
Dan dalam 2 tahun ni bos saya dh berubah. Semakin ketara selepas mengikuti ESQ.
*Semasa baca petikan ni, saya panggil bos baca. Heeeeee..
{{abd razak}}
salam saudara...
alhamdulillah saya sihat ^_^
Walaupun rezeki yg kita dapat sedikit tapi kita lebih rasa gembira jika ia mendapat keberkatan dr. ALLAH...
{{LOL}}
salam sahabat ^_^
niii kena marah ngan bos tak?? ^_~
cerita niii pengajaran utk kita semua...sebab tuuu liza tertarik utk kongsikan...perubahan yg ditunjukkan oleh bos tuuuu adalah petunjuk dan sayangnya ALLAH kpd kita. Duit banyak tapi hati tidak tenang, tiada guna juge...
salam sahabatku;
ketenangan hati kerana ketenangan mengingati allah dan rasulnya penuh ikhlas. jika wang banyak banyak pula mengingati dan sujud kepada allah banyaklah ketenangan dan pahalanya. sikit wang sikit sujudnya cuma sekali sekala dua kali dua kala ni yang rugi dunia akhirat. wang banyak dari sumber yang baik(halal) selalunya orang sebegini menjadi hamba allah yang baik budi pekerti dan pemurah serta dermawan, tanda orang beriman sebab agama itu ialah budi pekerti.
{{musi}}
salam ...
kekadang kita leka dan lalai dengan harta dunia...
terima kasih ^_^
salam 'alaik...
Sungguh kagum pd hamba Allah pada kisah kedua. Sukar mencari muslim seperti itu di zaman manusia semakin rosak ini.
Boleh dijadikan iktibar
Assalamualaikum.
Sebaik hidup dengan kesederhanaan. Kekayaan berlimpah2 jika lupa diri dan lupa daratan, binasalah badan. Dan kemiskinan yan menggigit boleh membawa kekufuran jika tiada kesabaran dan jiwa ygkental beriman.
Paling utama penuhi jasmani dan rohani(jiwa raga) Fardhu Ain n Fardhu Kifayah yangmantap dan tuntas, insyaallah sejahtera hidup kelak.
{{al-mu'allim}}
salam...
ramai yg mengejar 'hasil' yg sementara...manusia yg semakin rosak dizaman ini lupa bahawa yg lebih baik masih menunggu kita 'disana'
semoga menjadi iktibar kpd kita...terima kasih sahabat ^_^
{{musi}}
salam...
terima kasih komen sahabat, semoga kita dapat menjalankan kehidupan di dunia ini dengan 'sedar diri' ...permudahkanlah YA ALLAH
Post a Comment