Sunday, January 31, 2010

Jalan kita...

( Isyrak di sg. jagong, sg. petani )

"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,

maka ALLAH jadikan kekayaannya dalam jiwanya.

ALLAH mudahkan segala urusannya dan dunia akan

datang kepadanya dengan hina

(iaitu dalam keadaan dirinya mulia).

Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya,

maka ALLAH akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya.

ALLAH cerai -beraikan urusannya, dan dunia pula tidak

datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya

(iaitu dalam keadaan dirinya hina)."

(riwayat al-tirmizi,dinilai hasan oleh al-albani)

saya : sematkanlah dalam hati hambamu ini agar akhirat jalanku Ya-ALLAH...

12 comments:

Abd Razak said...

Salam..:)

Andai kita memilih akhirat itu tujuan utamanya sesungguhnya itulah kebijaksanaan.

Andai disebaliknya kita berfikiran sempit dan akan menghadapi kesengsaraan buat selamanya.

Terima kasih atas peringatan ini

LadyBird said...

tq dik sudi jadi folower kak Isyrak..

:D.. selamat menulis.. :D

Unknown said...

Hati kata mahu akhirat,tapi jasad beramal utk dapatkan dunia...susahnya......huhu

Dearie Pearls said...

Salam Sahabatku yang dirindui..
Ke manakah sahabatku ini menghilang?
Sunyi terasa..

..ke arah destinasi kekal.

cun09 said...

{{Abd Razak}}

Salam...

Jika ALLAH memilih hati kita menuju ke jalan akhirat, semoga kita beristiqomah agar hati kita tidak ke jalan yang merugikan...InsyaALLAH

cun09 said...

{{Putri}}

salam ^_^

Semoga ada manfaat dr tulisan...InsyaALLAH

Terima kasih sudi singgah 'umah' saya...

cun09 said...

{{Iqbal}}

Salam iqbal

Beginilah yg berlaku dlm kehidupan kita di zaman yg penuh dengan tipu helah manusia...

cun09 said...

{{Lol}}

salam sahabat ^_^

sekejap ada...sekejap takde...

miss u 2...

Honeyz said...

salam kak liza yg dirindui ^_^

saya dh fikir nk tulis ape, tgk2 ayat lbh kurang cam iqbal lak =D

mm, tula.. mulut dan hati kata akhiratlah tujuan utama.. tp jasad plak adekalanya kecundang n tewas dengan hal dunia (T_T) astaghfirullah... semoga diri ini cepat diberikan kesedaran tiap kali tersasar dari matlamat asal..

saya nk aminkan doa akak tu... aamiiin... :)

cun09 said...

{{Honeyz}}

salam hani ^_^

Dunia yg selalu mempengaruhi kita...moga kita tidak lalai...insyaALLAH

tajnur said...

Salam!
Live today for tomorrow! Kalau tidak ada jembatan dunia, manakan mungkin kita ke akhirat. Di dunia inilah Allah menguji kita siapakah hambaNya yg paling baik amalannya (Surah AlMulk:2) setelah kita melafazkan bai`ah(sumpah setia)ketika dlm Alam Ruh (Surah AlAn`am:130). Kita kena buat yg terbaik sebelum kembali ke alam ruh semula dan jangan sekali2 kita mati melainkan kita pasti dlm keadaan org2 yg menyerah diri (Islam) Surah AlBaqarah:132. Wallahualam

cun09 said...

{{tajnur}}

salam ^_^

terima kasih atas peringatan...

semoga kita tidak tersalah utk memilih jalan kehidupan kita...insyaALLAH