Friday, February 05, 2010

Setahun Berlalu...

Assalamualaikum untuk semua sahabat-sahabat
‘kehidupan sementara’.

Pertama sekali ucapan terima kasih untuk shita
yang sudi mengajar saya cara-cara ‘membina umah’
(secara tiba-tiba…)
juga terima kasih buat kakak saya yang
'dok menghasut’ supaya ‘membina umah’ sendiri (^_^)
Sudah setahun ‘umah’ ini dibina,
walaupun ‘umah’ yang tidak seberapa jadinya…
tiada niat untuk menunjuk-nunjuk bahawa saya pandai menulis,
pandai menegur kesilapan orang lain,
pandai ilmu agama, tetapi ini adalah peringatan
untuk diri saya sendiri yang masih ‘buta’ tentang kehidupan…
Saya bukanlah seorang yang rajin menulis didalam diari,
bukan juga seorang yang suka menaip,
tetapi ada ketikanya...(ingin meluahkan),
membuatkan saya teringin mempunyai ‘sebuah umah’
seperti sahabat-sahabat yang lain juga…
Saya suka berkongsi ilmu daripada
bahan bacaan yang saya pernah baca,
berkongsi cerita, gambar yang menarik (di mata saya)...
semua itu adalah sebagai
pengajaran, pengalaman dan kenangan...
Saya doakan agar masa di depan PC ini dapat
berkongsi sedikit ilmu, semoga kita semua dapat manfaat...
Jika tiada lagi N3 baru,
mungkin saya tiada lagi di dunia ini...
(semoga ada manfaat drp. 'umah' saya ini dan doa dari sahabat)

Kepada sahabat-sahabat yang sentiasa meninggalkan komen,
berkongsi nasihat dan ilmu atau pun yang hanya membaca
tanpa meninggalkan sebarang 'jejak',
ucapan terima kasih untuk semua…


Kad untuk sahabat…sudi terima yee... (^_^)

Semoga jalinan ukhuwah kita semua diberkati oleh ALLAH…
Terima kasih….
saya : terima kasih kepada seorg. sahabat yg sudi memberi nasihat dan ilmu,
...tujuan asal membina 'sebuah umah'...

20 comments:

Abd Razak said...

Salam saudari ^_^

Agama itu nasihat, maka nasihat itu menjadi tonggak penting, agar kebenaran dapat ditegakkan dan kebatilan dapat dimansuhkan.

Moga sentiasa istiqamah dalam menyampaikan perkara kebaikan

Unknown said...

yeah~!
kalau saya,bina pondok...pondong sang pencinta..hehehe

Honeyz said...

salam kak liza ^_^

mm, dr pemerhatian saya la kan.. hampir setiap n3 akak, mesti saudara Abd Razak la first commentor.. hehe.. laju je.. tp suke bace komen2 tulisannya :)

akak dah setahun ek bina umah ni? alhamdulillah.. lama juga tu.. moga tempoh yg lama tu sama dgn banyaknye ilmu yang akak kongsikan kat umah akak ni.. (sy nye 'umah' x sampai setahun pn lg.. 'baby' lagi.hehe)

apepun, sy suke kenalan ngan akak melalui kunjungan balas ziarah umah ni.. entri2 akak semuanya bagus2.. banyak mengingatkan diri2 yg adakalanya terleka.. khususnya diri sy sendiri (T_T) shukran jaziilan yaa ukhti! semoga akak trus thabat di medan perkongsian ilmu dan dakwah ni... inshaAllah ada ganjarannya buat akak.. aamiiin..

p/s: saya dah amek kad akak tu.. tq ^_^

Shita said...

salam liza

terima kasih byk2...cepat je waktu berlalu... 'rumah' adalah merupakan sebahagaian dari diri tuan 'rumah' itu sendiri...moga2 ada maanfaat yang tersendiri

saling mengingati...insyallah

...moga2 silatulrahim kita berkekalan hingga ke hujung nyawa.. amin

deena farhana said...

salam..

mabruk atas rumah yg dibina..

moga terus thabat dan kukuh..

jemput dtg rumah sy pulak ye..hehe..nti bgtau kalu nk dtg, leh prepare ape2..hehe

Dearie Pearls said...

Sahabatku Liza..
..kerana 'rumah' ini juga ukhuwah kita terjalin mesra. tanpa saling mengenali tetapi gerak hati kita mempunyai rentak yang sama. saling mengasihi sesama.

Terima kasih kepada blog ini.
..dan semoga jalinan persahabatan kita ini akan kekal. semoga berkesempatan bersua, bertemu pandang.

..dan, harapnya sahabatku ini beroleh kesihatan yang berpanjangan.

terima kasih atas 'layangan' kad ini. ku terima.

Guru said...

assalammualaikum cun

kunjungan balas
walau pun saya kurang kini berjalan2 ke sini,
kerana kesibukan yang membatasi waktu,
doa saya sentiasa bersama sahabat2 di maya

Hajar said...

salam liza...
t/kasih atas kad itu...
tahniah krn 'umah' dah setahun...moga terus kukuh tanpa gangguan 'anai-anai' mahupun makhluk perosak yg lain...

cun09 said...

{{abd razak}}

salam saudara ^_^

InsyaALLAH... semoga saya sentiasa istiqamah dalam menyampaikan perkara kebaikan utk diri saya dan sahabat semua...

cun09 said...

{{iqbal}}

salam iqbal ^_^

akak juga suka singgah pondok sang pencinta iqbal...kutip ilmu...

cun09 said...

{{honeyz}}

salam hani ^_^

kak liza juga ingin ucapkan terima kasih utk hani...kerana 'umah' ini juga kita menjalinkan ikatan ukhuwah...semoga berpanjangan dan saling berkongsi ilmu bersama...

cun09 said...

{{shita}}

salam shita ^_^

terima kasih utk awak...macam baru jeee kita dok ngadap pc nak mulakan 'umah' ini yeee...semoga ada maanfaat untuk diri saya dan sahabat semua insyaALLAH...

cun09 said...

{{deena farhana}}

salam deena ^_^

terima kasih...insyaALLAH...

terima kasih sudi singgah 'umah' kak liza...

**teringin nak p umah kat sabah**

cun09 said...

{{lol}}

salam Lol ^_^

terima kasih sahabatku...ia kerana 'umah' ini kita menjalinkan ukhuwah...semoga jalinan persahabatan kita ini akan berkekalan...

cun09 said...

{{a kl citizen}}

salam akak ^_^

terima kasih sudi singgah w/pun masa yg sibuk...saya juga suka ke 'umah' akak membaca kisah kehidupan dan ragam manusia...

cun09 said...

{{hajar}}

salam kak hajar ^_^

terima kasih sudi juga singgah w/pun sibuk...kak hajar adalah sahabat maya liza yg pertama...walaupun kak hajar menyepi seketika tp liza tetap di depan 'umah' akak...semoga ukhuwah kita berpanjangan dan terasa ingin bersua dgn kak hajar...

tajnur said...

Salam!
Semoga usia blog ni berpanjangan dgn dgn ilmu yg berguna. Nasihat dan kritikan adalah lumrah yg diperlukan utk membina kebaikan, InsyaAllah...

K.Nor said...

salam liza
maaf sgt2 k.nor terlupa sungguh nk amik kad ni..

walau dah agak terlewat, tak lupa nk ucapkan tahniah atas ulangtahun pertama rumah alam maya liza ni.. semoga berterusan berkongsi ilmu dunia dan akhirat di sini.. dan semoga ukhwah antara kita berkekalan dan dpt berjumpa satu hari nanti..

#k.hanieliza akan buat demo masakan di TTC pd bulan March nanti. kalau tak silap 27/2 (sabtu). jom pergi.. boleh kita jumpa kat sana nanti :) insyaallah..

cun09 said...

{{tajnur}}

salam...

InsyaALLAH... semoga saya sentiasa istiqamah dgn berkongsi ilmu utk sahabat2...terima kasih ^_^

cun09 said...

{{kak nor}}

salam akak...

pelupa adalah lumrah kehidupan ^_^

terima kasih kerana kak nor sudi juga singgah kat 'umah' liza...kerana 'umah' maya juga kita menjalinkan ikatan ukhuwah jarak kita nak ikutkan dekat jeee ^_^ insyaALLAH ada 'jodoh' kita bersua nanti...